.

Ahad, 14 Ogos 2016

FBI CARI MALAYSIAN OFFICER 1






FBI - CARI  MALAYSIA OFFICIAL NO 1


Pada 20 Julai 2016 yang lalu satu dunia telah heboh. Semua akhbar dunia buat laporan. Semua tv dalam dunia ada berita ada tentang sidang akhbar Peguam Negara Amerika Puan Loretta Lynch. Hanya di Korea Utara,  Malaysia dan Negara Johor berita ini tidak ada laporan media dan liputan tv.

Ini sidang akhbar bersejarah. Orang Puteh kata ‘ unprecedented’. Orang Melayu kata ‘ tak pernah terjadi. Ini sidang akhbar nak rampas harta Riza Aziz a.k.a Anak Rosmah dan  Jho Low a.k.a China Tembam.  Peguam Negara Amerika nak rampas harta Anak Rosmah dan   China Tembam yang berjumlah 1 bilion dollar.  Ini kiraan awal. Mungkin jika  semua terkumpul jumlah boleh menjadi 3 bilion dolar.

Tapi gua sudah buat silap. Gua  silap besar. Dalam tulisan  gua yang lalu gua kata  Puan Loretta Lynch telah diapit oleh tiga pegawai. Ini tidak tepat. Ini tidak betul. Ini satu kesilapan besar.

Peguam Negara Amerika Puan Loretta Lynch telah diampit oleh empat sosok bukan tiga. Aduh. Silap besar kerana gua tulis tiga pengapit. Empat sosok  ini bukan kecik anak. Bukan pegawai kerajaan. Mereka ini tiang negara Amerika.

Biar gua tulis siapa ada di sidang akhbar itu. Besama Peguam Negara Amerika ialah :- Timbalan Peguam Negara  Puan Leslie Caught Weld yang juga Pendakwa Raya California, Encik Richard Weber  Kepala Sisatan Jenayah Kastam/Perbedaharan, Puan Eileen Decker - Pendakwa Raya California dan Encik Andrew Mccabe.


Disini gua nak royak kesemua empat sosok ini memang gedebe besar dalam pentabiran kerajaan  Amerika. Dari empat sosok ini ada seorang lagi  yang lebih besar dari besar. Lagi godang dari Rumah Godang. Sosok ini bernama Andrew Mccabe. 

Siapa  Encik Andrew Mccabe ini?

Andrew Mccabe  ini ialah orang kedua dalam FBI-  Timbalan Pengarah FBI. Sosok ini bukan kecik anak. Ini membuktikan kes Anak Rosmah dan China Tembam di Amerika ini bukan kes rompak seluar dalam. Bukan kes seludup dadah. Bukan kes pecah rumah. Bukan kes curi kasut di masjid. Ini kes sejarah yang paling besar dalam alam samesta ini. Tak pernah kes saperti ini berlaku dalam dunia.

Apa yang tak pernah berlaku? 

Pertama - Tak pernah berlaku jumlah harta yang akan dirampas.  Harta Pablo Escobar - samseng dadah dari Colombia pun tidak sampai 1 bilion dolar. Kedua - Tak pernah berlaku Peguam Negara di apit oleh Timbalan FBI dalam satu sidang akhbar.  Ini ‘unprecedented’. Justeru sidang akhbar pada 20 Julai 2016 adalah sejarah dunia. 

Apa dia FBI ini? FBI ialah Federal Bureau of Investigation - Penyiasat  Persekutuan Amerika. Badan ini boleh menyiasat semua kes  besar di Amerika. Kuasa FBI melintasi sempadan 50 buah negeri Amerika. Malah FBI boleh juga menyiasat diseluruh dunia jika kes yang disiasat berkait dengan kepentingan Amerika. 

Berbanggalah kamu wahai  Bani Ketuanan Melayu kerana kamu telah  berjaya mencatat  sejarah. Sejarah bukan hanya tercatit di Amerika tetapi  menjadi  sejarah dunia.

Bila gua dengar nama FBI datang menyiasat  gua jadi kecut mecut. Kalau gua Anak Rosmah, kalau gua China Tembam - gua akan makan ubi gadung,  gua akan telan  200 gram cendawan tahi lembu, gua makan satu gengam pucuk kecubung dan gua kunyah 10 butir buah perah mentah. Untuk melicinkan tekak - gua  akan minum satu liter air ketum dari Bendang Raja Kedah.  Jika tercekik  dan hendak menyedapkan selera gua basuh dengan air champagne Dom Perignon.


Inilah jalan terbaik untuk dua ekor  yang sedang dicari oleh FBI. Pada hemat gua lebih baik mereka  berehat dari dunia ini dari terus berhadapan dengan FBI  yang tidak diketahui bila ajen-ajen  FBI  akan menerkam. Lebih baik terus tidur rehat dari terus dalam ketakutan tak tahu bila FBI akan menyerkup.

Yakinlah cakap gua - segala peguam jenis Shafie, segala bentuk duit rasuah, segala macam hadiah beg Birkin kulit buaya, segala emas  dan cincin berlian dalam dunia ini tidak akan berjaya lagi melepaskan Anak Rosmah dan China Tembam dari tangkapan FBI.

Kendati  Rosmah  menghadiahkan  saekor buaya jantan berkulit lembut dari Afrika untuk dijadikan beg kepada Encik Andrew - kes 1MDB ini tetap akan berjalan. Amin.


Teliti sekali lagi siapa yang berada dalam sidang akhbar itu. Timbalan Peguam Negara yang juga Pendakwa Raya California. Ini bermakna kes ini  sedang berjalan di California. Kerana rumah Anak Rosmah dan harta China Tembam berada di California. Juga kerana  syarikat filem  Red Granite Pictures milik Anak Rosmah dan China Tembam berdaftar di California.

Pengarah Siasatan Jenayah juga bersama.  Jenayah?  Saheh - pengarah siasatan jenayah ada bersama. Ini lagi gempak. Apabila Pengarah Siasatan Jenayah ada bersama disidang akhbar ini membuktikan dengan jelas akhirnya Anak Rosmah dan China Tembam ini akan didakwa dalam kes jenayah. 

Jenayah apa yang mereka lakukan?

Biar gua terangkan disini apa  sebenarnya kes 1MDB yang sedang terbarai di Amerika. Penerangan dan pencerahan ini gua tujukan khusus  untuk Bani Ketuanan Melayu yang sedang  melompat,  menangis, meraung  dan menjerit mengatakan bahawa  kes  1MDB ini bukan kes jenayah tapi kes sivil.

Malah Peguam Negara Malaysia telah mengumumkan bahawa tidak ada apa-apa salah laku dalam 1MDB. Ini NCA - No case to answer. 


Mengikut lojik Bani Ketuanan Melayu mustahil seorang Tan Seri Peguam Negara bercakap bohong. Lagi pun Tan seri ini telah naik  Haji. Naik Hajah pun telah masuk kali kedua. Juga si Tan Seri telah  berumrah  lebih dari lima kali. Mengikuit mazhab Sunnah wal Rasuah sosok sabagini lebih bersih dan lebih puteh dari kain cucian  sabun Fab. Khalas.

Memang saheh lagi tepat buat filem dan memiliki syarikat buat filem bukan satu jenayah. Beli kondo memang bukan jenayah. Beli hotel untuk pelaburan  memang bukan jenayah. Beli lukisan Van Goh atau Monet juga bukan satu jenayah. Beli gambar bogel pun bukan jenayah.  Beli kapal terbang jet pribadi juga  bukan satu jenayah. Berpoya dan enjoy de menjoy sambil berbogel dengan Paris Hilton mustahil satu jenayah.  

Justeru yang mana jenayah? Dan apa dia  jenayah Anak Rosmah dan China Tembam di Amerika? Apa sangkut paut Amerika  dengan 1MDB?

Ha ha ha. Mari sini gua nak royak. Kes harta  Anak Rosmah dan  China Tembam menjadi kes jenayah kerana  semua duit yang membeli harta dan pelaburan itu adalah duit curi. Duit Anak Rosmah dan  duit China Tembam  telah dicuri dari 1MDB.  Mereka jadi kaya raya kerana mencuri duit 1MDB.


Menggunakan duit curi, duit jual dadah atau duit rasuah kemudian membeli rumah di Country Height Kajang  atau di Mesir atau di Abu Dhabi atau di Qatar atau di Saudi bukan satu kesalahan. Memiliki duit curi  atau duit dadah atau  duit rasuah bukan satu jenayah dalam negara-negara ini. Malah duit sademikian  dianggap rezeki dari Allah. 

Tetapi dalam negara kapir saperti  Amerika  duit curi  dan duit rasuah yang digunakan untuk membeli harta dianggap jenayah. Di Amerika ada undang-undang melawan pekara ini. Curi duit kerajan dan rasuah ini dipanggil kleptocracy.

Apa di kleptocracy ini? Kleptokrasi  ejaan  Melayunya.

Kleptokcracy ini bahasa Greek yang memberi makna - kerajaan di kepalai oleh pencuri dan perasuah. Pada bulan Ogos 2006 Jabatan Kerajaan  Amerika - State Department America  ada memberi penjelasan apakah makna undang- undang  yang baru diluluskan ini.   Hakikatnya undang-undang ini melawan dan menumpaskan kerajaan yang dipimpin  atau dikepalai oleh perasuah atau pencuri.  

Kalau tak yakin apa yang gua tulis - sila baca dari laman State Department of America. Semua diterangkan dengan jelas saperti matahari jam 12.

Dalam kata yang senang kleptokrasi  ini ialah  kerajaan penyamun, kerajaan kaki rembat  atau kerajaan kaki songlap. Mengikut undang-undang  Amerika ini kerajaan yang mengamalkan kleptokrasi  wajib dilawan, wajib ditumpaskan, wajib dihapuskan kerana negara yang mengamalkan kleptokrasi menjadikan warga negara itu terseksa. Suasana ini membahayakan dunia.

Undang-undang Amerika ini pula boleh digunakan untuk seluruh dunia.  Apakah masih ada lagi yang tidak faham?

Yang menjadikan kes 1MDB ini kes bersejarah dan  menjadi kes berat ialah duit curi ini telah digunakan oleh Anak Rosmah dan China Tembam  dalam Amerika. Duit curi ini dibawa masuk kedalam bank  Amerika.

Kalau tetiba Puan Loretta Lynch membuat sidang akhbar nak rampas harta Sultan Berunai atau harta  Syarikat Balak Nik Abbaduh - maka ramai akan bersetuju untuk mentakrifkan bahawa kerajaan Amerika sudah gila.  Tetapi dalam kes Anak Rosmah, China Tembam dan 1MDB tidak ada sesiapa yang mengatakan Puan Loretta ini sasau.


Oppsss…. silap. Gua silap lagi. Memang ada kumpulan dan individu malah  Menteri yang telah berkata bahawa Peguam Amerika ini sasau dan  tersasar.  Siapakh mereka ini?

Jangan ketawa dan jangan menangis. Mereka yang berkeras menuduh Loretta Lynch sasau dan tersasar terdiri dari kaum kerabat  Bani Ketuanan Melayu. Rata-rata mereka ini penyokong tegar dasar ketuanan Melayu dan ahli parti United malays National Organisation.

Bani Ketuan Melayu dan suku sakatnya amat bebal  untuk memahami kes 1MDB ini. Atau mereka sengaja membebalkan diri. 

Pelik tetapi benar - Bani Ketuanan Melayu bertempik marah kepada Puan Loretta Lynch. Mereka menuduh Peguam Negara ini campur tangan dengan hal dalaman Malaysia. 


Opps… tertiba Bani Ketuanan Melayu menjadi nasionalistik. Menjadi anti-Amerika. Gua hanya ada satu nak tanya Bani Ketauan Melayu - kenapa  Bani Ketuanan  Melayu tidak menentang TPPA? Tunggu minggu depan gua jawab. (TT)




NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45

------------

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Patutlah 'MO1' beria benar pergi main Golf dengan Obama..walaupun masa tu banjir besar melanda negara. Rupa-rupanya MO1 cuba pergi membodek mengipas Obama supaya jangan proceed kes 1MDB ini. MO1 ingat Obama tu macam Hadi atau Harun yang boleh dibeli dan disuap dedak. Lepas ni 1Dunia akan ketawa melihat MO1 lari lintang pukang bersama badak dan anak2nya...kah3.. Padan muka.

Tanpa Nama berkata...

Malaysian Official ONE (1 atau UNO) ini bukan budak Pak Gud ke yang jaga PAM TAIK di KERINCHI HEIGHTS nun....

Semua orang kat situ KAYA BILYON BILYON kan...


Cuba lah cari kat tempat ORANG KAYA....

Mana nak ORANG KAYA dengan MUKA KAYA tinggal kat kampung kampung


SAPUMAN pun tak duduk kampong....

Ini pulak M.O.1.


Paling tidak jadi PAK GUD kat RUMAH KAYA KAYA....

Cuba tengok at KERINCHI HEIGHTS KUALA LUMPUR !!!!!!!!

Bukan Pantai Dalam lah.....

Tanpa Nama berkata...

Maaf TT, saya tak percaya apa yg tuan tulis akan menjad kenyataan.

Saya bukan nabi, jauh sekali jadi wali. Sifir saya, kita negara Islam Dunia Ketiga. Kita ramai ultra melayu dalam PAS dan UMNO. PAS ultra biol agama. UMNO ultra biol ketuanan rasis. Mmg sesuai berkawan an bersahabat.

Kedua2 bergabung menjadi SUPER SERABUT macam.beruk. Bangun pagi je, dah ngok ngek dah...maklomlah...solat terlalu lama sehingga kepala jadi biol. Nabi solat bengkak kaki, walaunta solat jadi biol. Ini hikmah menjadi Islam assunnah walkepalabutuh di Malaysia.

Gua nak royak, jika hingga hujung tahun ni Najib n the klepet cabinet gang ditangkap, sehingga 31 dec 2016, gua akan hadiahkan sebijik kereta Frarri untuk lu TT.. (Kereta Ferarri model 1/32).

Tanpa Nama berkata...

Teringat cerita kawan2 yang balik grad dari US. Masa belajar kat sana, ada yang cuba bodek pensyarah sebab nak markah lebih. Kawan tu pergi rumah pensyarah tu dan bawa buah tangan. Pensyarah tu sambut dan rai kawan tu. Tapi lepas exam, markah yang kawan tu dapat lebih kurang je dengan student lain. Kata kawan tu, profesional kat US tu tak layan rasuah2 ni.

Tanpa Nama berkata...

jgn lupa seperkara bro..barangkali fbi ni juga pembaca tukar tiub yg tegar mcm gua..me last time write write in this blog..mr fbi, please catch the presiden ulama dunia mr abdul hadi awang.this is because mr abdul hadi is a consultant for mr najib and first lady of malaysia rosmah mansur..if fbi can seek or catch or make appointment with mr abbdul hadi, you will know where is mr riza and mr jho low is hidding..mr hadi is mr najib rosmah consultant, might be mr abdul hadi has made suggestion to mr najib where to hide this two conman mr riza dan mr jho low.suddenly sarawak report published report of RM90million provide to high ranking member in Parti Seislam Semalaysia.might be mr riza dan mr jho low hiding near tasir kenyir, as you know mr menteri besar terengganu has given a land or tasik kenyir to preacher mr zakir naik.mr fbi, you can call 24434 to contact mr abdul hadi.sometime mr abdul hadi attend a meeting inside kaabah mekah and madinah without use any plane or private jet.mr fbi also can track mr hadi foot step by following din chicken..may allah bless you for hududing najib rosmah and may allah bless america and save donald trump for next presiden..you don`t need us to sign tppa because if anwar release from the jail and be a prime minister, malaysia will be come peace and harmony. with peace and harmony you can invest billion of dolar in here and mr stateman will approve free duty for fdi or low corporate tax.remember to catch mr abdul hadi najib consultante then you will find mr riza and mr jho low..mr hadi now nis MIA missing in action. mr hadi didnt come to terenggane assemble..ciau...me speak no english..

Tanpa Nama berkata...

Kalau aku jadi najib aku ceraikan rosmah. Biar dua beranak tu dan cina tembam saja yg ditangkap fbi. Bila dah cerai dgn bik mama maknanya najib takde hubungan dgn riza. Najib boleh cakap pada fbi yg dia telah diperdayakan oleh 2 beranak dan cina tembam. Persoalannya, berani ke najib nak ceraikan suami dia?? Kah kah kah.

joetamchi berkata...

Jom Cari jantan pokeMO1....
Yg betina... Puakamon....

Saiful berkata...

Tq uncle Sam ..I lap u...htq la sana f22..f19..sekali...ambo dah tak tahan ..dok nak minta tolong jkkk..depa semua dah stone dah..dok tunduk pala mkn dedak..htq la mai.. Tq uncle Sam.. boleh apply green card dak...kalau sokong FBI..teringin bak dok Colorado.. gua boleh buat dapuq isap dam dr buluh

Nazrio Dond DoLLa berkata...

Budak Cina tembam bercakap-cakap tepi puki Saya percaya ceLah keLentit Paris Hilton ada mikropon macam cerita do re mi P ramLee...
Bodoh Cina tembam tu, bercakap-cakap rahasia 1yem di bi tepi puki, ...tuLisan TT kaLi styLe bomo keLantan juaL obat keras peLir jer... WaLaupun sarat dengan ilmiahnya dan akademik, tapi kenapa Lah TT x perasan mikropon daLam puki