.

Rabu, 31 Ogos 2016

SANG SAKA LAWAN JALUR TEMBERANG




KOMENTAR
yang amat penting
perbincangan ini telah dibuka
semakin ramai dapat pencerahan
sejarah negara bangsa
yang selama ini dipencongkan
kini  di urus kembali

la rosalie 
memula moon
terang bulan 
menjadi lagu negara-ku
kini diketahui ramai
kini pencerahan sampai

lagu nasioanl kita lagi ciplak

bagitu juga bendera jalur temberang
hasil dari pertanding
dengan hadiah hamper
kini semakin ramai sedar
bahawa kita ada bendera
sejarah bangsa - sang saka

bagitu lama kita ditipu
kini semua dibongkar
dengan wujudnya internet

terima kaseh ronald reagan!


Hukum penjara pihak hina Jalur Gemilang - Ahmad




PONTIAN 1 Sept. - Pihak berkuasa digesa tidak lagi bertolak ansur, sebaliknya mengambil tindakan tegas, termasuk mengenakan hukuman penjara terhadap mana-mana pihak yang menghina Jalur Gemilang.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menyifatkan tindakan seorang aktivis propembangkang yang menggelarkan Jalur Gemilang sebagai "Jalur Temberang" amat tidak wajar dan biadap sekali dan jelas dipengaruhi kebenciannya terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

"Sikap melampau itu perlu dibendung kerana Jalur Gemilang merupakan lambang dan maruah negara yang mesti dihormati dan bukan dicaci, dihina disebabkan berbeza fahaman politik. UMNO amat kesal dengan sikap aktivis propembangkang yang sekali lagi menimbulkan isu ini sepertimana yang dilakukan pada tahun lalu.

"Sikap dan pendirian mereka ini amat bertentangan dengan sikap bertolak ansur kerajaan selama ini yang terus mengadakan provokasi bagi menghina Jalur Gemilang demi untuk kepentingan pihak tertentu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kedai IKS dan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Pontian yang baru di Benut, di sini hari ini.

Ahmad berkata demikian sebagai mengulas tindakan aktivis propembangkang, Hishamuddin Rais yang menggelarkan Jalur Gemilang sebagai "Jalur Temberang" pada Sambutan Malam Ambang Merdeka di Dataran Merdeka malam kelmarin.

Selain itu, Hishamuddin juga turut mendakwa tarikh 31 Ogos yang juga Hari Kemerdekaan sebagai "Hari Malapetaka", manakala bendera Sang Saka adalah bendera tradisi daripada Kerajaan Melayu Langkasuka.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan menambah, bukan sahaja Hishamuddin yang perlu dikenakan tindakan tetapi sesiapa sahaja yang terlibat mencemar dan menjatuhkan maruah Jalur Gemilang perlu dikenakan tindakan tegas kerana sudah sampai masa kerajaan bertindak tegas dalam isu menghina bendera dan lagu kebangsaan.

"Sikap berlembut dan bertolak ansur selama ini telah menjadikan sesetengah pihak bertambah kurang ajar dan biadap termasuk golongan pelajar yang berada di luar negara seperti yang berlaku di Taiwan sebelum ini.

"Aktivis propembangkang perlu memisahkan diri mereka dengan emosi kepartian dan dendam terhadap kerajaan sebaliknya menjadikan sambutan Hari Kemerdekaan sebagai satu hari bersejarah kepada setiap lapisan masyarakat," katanya. - UTUSAN ONLINE



-------------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sekarang kta tggu apa kata moofti pahang dan semakan dedak dgnnya..... Haram, berdosa, jatuh iman.... Diharamkan mengentot selama 40 hari hahahaha

Lembik tapi terpancut berkata...

Encik Amat..ooi Encik Amat, kalau hina bendera boleh dikatakan kurang ajar dan patut dipenjara, bagaimana pula kalau terima duit dari hasil songlap dan kelepit duit rakyat. Mana yang terlebih salah dalam kesalahan tu?????

Tanpa Nama berkata...

sesapa yg dok ditanah arab, sila simpan bendera malaysia. kalo kena ambus atau nak selamat, kibarkan bendera malaysia ni.ini adalah kerana bendera malaysia ini seirias dgn bendera amerika.pak2 arab ni sokong amerika, so kalian bole selamat kalo ditahan ketika melalui mana2 roadblok. terutama yg tingggal berdekatan sempadan iraq..lori2 tangki air sebenarnya lori minyak diseludup keluar..kalo bole seluar dlam pun bendera malaysia..