Isnin, 22 Ogos 2016

TURUN TURUN SEMUA TURUN






TURUN TURUN

SEMUA TURUN

HIMPUN SOGO

MASJID NEGARA

KE DATARAN



GKCM sokong #TangkapMO1, ajak rakyat turun berhimpun

Dijangkakan seramai 10,000 penyokong Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) menyatakan pendirian mereka untuk turut menyertai himpunan #TangkapMO1 pada 27 Ogos ini.
Presiden GKCM Kamarulzaman Habibur Rahman  mendesak semua ahli GKCM seluruh negara dan rakyat Malaysia untuk turun menyokong perhimpunan yang akan diadakan itu.
"Kita menyokongan gerak kerja anak muda seperti mahasiswa untuk menganjurkan perhimpunan sedemikian. Ini kerana merekalah kumpulan yang peka dengan situasi semasa yang berlaku dalam negara pada hari ini.
'Kita jangka ahli dan rakyat akan menyertai himpunan ini bersama golongan anak muda ini," ujarnya dalam sidang media diadakan petang ini.
Manakala Timbalan Presiden Mohd Zin Mustafa pula berkata, penyelewengan yang berlaaku dalam 1MDB telah membawa kepada beban kos sara hidup rakyat.
Justeru katanya, GKCM menyeru ahli serta masyarakat berbilang kaum agar memberi sokongan penuh kepada gerakan anak muda dan mahasiswa dalam perhimpunan aman ini.
"Masa telah tiba untuk rakyat bangun dan bersuara. Ini bukan masa untuk berdiam diri.
"Berilah sokongan kepada anak muda agar kehidupan generasi akan datang tidak tergadai angkara Malaysia Official Number One ini," ujarnya.
Sepuluh pertubuhan bukan kerajaan, kebanyakannya belia, telah menunjukkan sokongan mereka terhadap perhimpunan itu dengan PKR, DAP dan Amanah yng berikrar untuk turut serta, yang dianjurkan oleh beberapa pertubuhan belia, mahasiswwa dan disokong Bersih 2.0.

GERAKAN BARU

ANAK MUDA

BANGUN 

MELAWAN




--------------

Tiada ulasan: