Ahad, 9 Oktober 2016

BALAK KES BALAK KELANTAN





f.b


Wanji Wanhussin Wanji
13 hrs
Jangan percaya dakwaan Husam.
Sila tabayyun selepas Husam dedah.

PEMIMPIN TERIMA RM4 JUTA.
...
Semalam Husam dedah ada seorang pemimpin tertinggi parti agama berstatus sebagai lawyer terlibat dengan perbuatan berunsur rasuah. Pemimpin itu telah menjalankan urusan penjualan sebuah syarikat milik sebuah yayasan kepunyaan negeri Kelantan di mana pemimpin berkenaan sebagai salah seorang ahli lembaga pengarahnya.

Syarikat yang dimaksudkan itu dijual kepada sebuah koperasi Felda dari Johor. Entah macam mana disebabkan syarikat yang beli itu lambat untuk menguruskan syarikat berkenaan, menyebabkan ia dijual pula kepada sebuah syarikat lain (L). Syarikat L ini membayar RM4 juta kepada yayasan berkenaan. Satu juta daripadanya dibayar kepada pemimpin berkenaan dan ia dibahagi-bahagikan kepada beberapa orang termasuk kepada salah seorang timbalan pesuruhjaya parti itu.

Syarikat yang awal dari Johor tadi menyaman yayasan berkenaan dan dia menang. Akhirnya syarikat milik yayasan itu yang memilik aset berupa tanah diserahkan kepada syarikat dari Johor itu.

Syarikat L yang merupakan pembeli kedua itu marah dan menuntut balik wang sebanyak RM4 juta itu. Pihak yayasan atau pemimpin tertinggi parti agama itu gagal menjelaskannya sebab wang sudah "jadi tahi". Maka jalan alternatif lain dicari dengan meluluskan Hutan Simpan Kekal (HSK) di Bukit Berangkat diluluskan kepada syarikat L tadi dengan keluasan sebanyak 5,000 hektar dengan peremium murah jauh lebih dari kadar sebenar.

Kelulusan tanah ini kepada syarikat L menjadi kontroversi dan menyebabkan MB terpaksa menafikannya. Ia heboh dalam DUN Kelantan. Sehingga kini lesen mengeluarkan hasil balak di hutan berkenaan belum dikeluarkan kepada syarikat L itu.

Senario yang diceritakan itu menjelaskan berlaku penyelewengan dan rasuah. Segala dokumen termasuk pembayaran RM4 juta katanya ada dalam simpanan. Rakyat dan pengikut bawahan parti berkenaan tidak menyedari penyelewengan ini, mata mereka ditutup dengan wang one off seperti mana juga penyokong Umno yang terima B1IM.

Demikianlah apa yang berlaku dalam kerajaan "Membangun Bersama Islam", tetapi tidak berdaya melaksana dan menghayati ajaran Islam. Trims


BILA BACA
 
BERITA INI
 
APA DALAM
 
KEPALA
 
 
A



-----------------

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ayatullah TT,

Betul ka seperti apa yang Si Arman exco pemuda bangang cakapkan tuu..Dia akap 'Hishamudin Rais cakap jer pong pang pong pang hebat sangat..masa dalam konvoi bersih hari tu..budak baju merah baru ketuk tingkap kereta..Hisahamudin Rais dah cabut lari..takuttt...kahkahkah

Tanpa Nama berkata...


fuhhh ini dah melampau, ini dah kes berat, ini loya sudah buat palat...

kasi bongar sampai tebongkang...

kasi tanggal dia punya kopiah... biar dia sedar dia dijalan sesat...

Tanpa Nama berkata...


BILA BACA BERITA INI
APA DALAM KEPALA?
Kosong, kosong...
Que sera, sera, whatever will be, will be...

Tanpa Nama berkata...

Melayu lagi

Geng UMNO jugak

Yang lahanat Melayu jugak

Bagus...

Bagus...

Bagus...

Tanpa Nama berkata...

Tokayakiyudin san.

Tanpa Nama berkata...

Kah kah kah....blm berdua dgn AMNO, dah ikut perangai AMNO...hj hady... saman husam 90 juta

Tanpa Nama berkata...

Sebagai juruprihatin pada exco kelantan dan pimpinan pas, saya protes ucapan husam yang berbaur dan berbau. Dan saya juga menjemput keprihatinan (adus panjang pulak perkataan nih!) pembaca agar ingat, husam ditendang keluar dari parti pas, husam ditolak oleh perwakilan dan ahli pas daripada memegang jawatan parti, dan lebih penting lagi, husam juga sebelum ditendang dulu adalah seorang ahli dalam kerajaan negeri kelantan malah bukannya memegang jawatan kecilan! Tuan fikirlah sendiri, apa maksud bersirat belakang dakwaan husam. Maka saya sebagai juruprihatin, menuntut ilmu hitam, maaf, menuntut supaya husam angkat tangan dan surrender atau angkat tangan dan takbir solat taubat, kerana jika husam tak tau buat, saya akan ajar dia dengan saman pada selasa depan.