.

Rabu, 18 Januari 2017

SIAPA DAN APA DONALD TRUMP



SIAPA DAN APA DONALD TRUMP

Ketika saya menggarap  tulisan ini - dalam masa 5 hari lagi - Donald Trump akan mengangkat sumpah untuk menjadi Presiden Amerika. Pada Jumaat 20 Januari 2017 Peguam Negara  Amerika akan menjalankan upacara angkat sumpah. Donald Trump akan ditabalkan sebagai Presiden Amerika ke 45.

Ini majlis angkat sumpah untuk Presiden Amerika. Ianya dilakukan dengan adat istiadat dan budaya  Amerika yang bukan feudal. Tetapi penuh   tradisi turun tumurun  yang lahir dari  200 tahun budaya kapitalis Amerika.

Dihari pertabalan ini -  Amerika  sebagai kuasa imperialis terulung, terkuat dalam dunia ini akan memperlihatkan kepada dunia majlis angkat sumpah yang gilang gemilang. Media gergasi seluruh dunia akan membuat liputan khas. Syarikat tv dari semua negara akan berpusu-pusu untuk mendapatkan imej pertabalan ini. 

Siapa yang dijemput, siapa yang datang ke pertabalan Donald Trump adalah mereka yang memiliki nama - mereka yang ada nama. Bukan untuk Mat dan Dol.  Bukan untuk Minah dan Joyah dari Pantai Dalam.

Jemputan yang dijemput datang akan memperlihatan garis politik diri masing-masing. Sosok-sosok yang ada nama tapi  tidak dijemput juga adalah kerana garis politik. Seniman, pelakon dari Hollywood, bintang rock - siapa yang datang akan membawa garis politik. Malah yang dijemput tapi memulaukan majlis ini  dengan sebab garis politik. Pertabalan Donald Trump  sebagai Presiden Amerika ke 45 adalah pertabalan garis politik.

Belum pernah berlaku dalam sejarah Amerika - bakal Presiden - sebelum mengangkat sumpah telah diserang. Serangan sampai tanpa henti-henti. Semenjak  mengalahkan Hillary Trump telah diganggu gugat. Trump telah serang oleh semua media arus perdana Amerika. Trump diperlekeh. Keupayaan politik Trump bukan ditanya malah dituduh  sebagai sifar. 

Untuk memahami apa yang sedang berlaku di Amerika pada ketika ini maka saya wajib menerang untuk kesekian kali tentang makna politik, makna kuasa dan tujuan politik. Ini asas penting bukan hanya untuk memahami politik di Amerika malah untuk memahami politik mana negara pun.

Merebut kerusi politik ialah merebut kuasa. Merebut kuasa bertujuan untuk merebut ekonomi. Merebut ekonomi ialah memiliki dan menguasai punca -punca pengeluaran ekonomi. Dengan memiliki punca-punca ekonomi seseorang akan menjadi kuat. Bila ekonomi kuat maka boleh melebar luas pengaruh. Dengan pengaruh yang luas berkemungkinan mendapat kuasa politik.

Hakikatnya politik dan ekonomi mustahil dapat  dipisah. Semua gerak kerja manusia dalam alam ini bertujuan untuk merebut ekonomi. Agama dan budaya atau bahasa hanyalah alat  senjata untuk merebut ekonomi. Alat-alat ini diguna untuk mengolah persetujuan atau pun digunakan untuk mengumpul sokongan untuk mendapat kuasa.

Hillary Clinton sebagai calon presiden Amerika  telah mendapat sokongan kaum pemodal multinasional. Hillary adalah Puteri Lindungan Wall Street. Wall Street adalah sarang dan pusat kaum kapitalis terbesar dalam dunia.

Hillary disokong kerana  sebelum menjadi calon Hillary telah dilantik sebagai Setiausaha Negara yang ke 67 dalam kabinet Obama.  Sebagai Setiausha Negara  Hillary telah membuktikan kebolehan dirinya untuk mengembangkan  dan mempertahankan kepentingan  kaum pemodal. 

Contoh terbaik ialah Hillary bertanggung jawab membunuh Muamar Gadaffy dan menghancurkan Libya. Bila ditanya tentang Libya Hillary telah menjawab - I came, I saw and He died. Saya datang, saya tengok dan Dia mati - kemudian Hillary ketawa terbahak-bahak. Dia yang mati itu ialah Muamar Gadaffy.

Tuan empunya kilang senjata - the military industrial-complex dan syarikat gergasi cukup senang dengan  Hillary. Sama saperti Obama - Hillary telah membuktikan yang dia bersedia untuk  menjadi budak suruhan yang amat baik lagi setia kepada kepentinagn kaum pemodal internasional.

Barack Obama - dengan imej Budak Itam - telah  dapat  menerus dan melancar tiga perang besar - Iraq, Afghanistan dan Syria. Ini kejayaan Budak Itam. 

Manakala  Hillary jika menjadi presiden akan bersedia untuk melancarkan perang dimana sahaja yang diminta oleh tuan empunya kilang senjata. Malah Hillary telah berkata bahawa dia akan terus meluaskan perang di Syria dan membuat tekanan yang lebih hebat terhadap Russia.

Sebagai Puteri Lindungan Wall Street Si Hillary akan memastikan segala kepentingan syarikat gergasi dan kepentingan koprat tidak akan diganggu oleh Dewan Senat mau pun di Dewan Kongres.

Kenyataan dan garis politik yang diajukan oleh Hillary cukup merdu.  Malah Hillary mengritik Obama kerana tidak berani bertegas dalam kes perang Syria.  Suara merdu Hillary ini sedang menaikkan nafsu syawat tuan pembuat senjata - military industrial-complex. 

Bagaimana dengan Donald Trump?

Trump adalah mimpi Amerika yang menjadi realiti. Trump bukan dari elit politik. Tetapi sosok usahawan Amerika yang berjaya. Dia pernah rebah bangkrap - bangun  kembali untuk meneruskan perniagaan  hingga menjadi kaya raya - billionaire. Ini mimpi Amerika. Mimpi setiap imigran yang datang ke Amerika untuk mencari kaya.

Pandangan politik Trump adalah kanan.  Ini tidak dinafikan. Trump tidak menyamar saperti Budak Itam Obama.  Obama mengajukan pandangan liberal - dengan retorik liberal tetapi membunuh dan mengebom lebih banyak negara berbanding dengan dua Bush yang berfahaman kanan.

Trump juga tidak pernah menjawat apa-apa jawatan politik. Tidak ada pengalaman politik. Yang Trump tahu ialah putar belit perniagaan.  Menjadi kaya raya adalah The Americam Dream - Mimpi  Amerika. Donald Trump adalah contoh terbaik  mimpi ini. 

Sila pergi ke YouTube yang lihat isi kempen Trump. Ketika berkempen Trump menggunakan bahasa yang difahami oleh rakyat bawahan.  Bahasanya  kasar  bukan dari percakapan kelas elit Boston.  Justeru, kaum buruh, kaum pekerja, penggangur, pekerja sementara -  amat senang dengan ucapan Trump.

Betul Trump mencarut. Betul cakap Trump kasar. Betul  Trump tidak suka pendatang haram.  Betul Trump tidak suka kepada warga yang bukan warga Amerika. Trump memiliki sikap pekauman kulit puteh.  Trump  juga amat suka perempuan cun lagi bergetah. 

Sabenarnya sikap ini  bukan hanya dimiliki oleh Trump atau oleh wrga Amerika sahaja - di Malaysia atau dinegara mana pun sikap ini wujud. Sikap ini amat luas. Mendahulukan diri sendiri, kaum keluarga sendiri atau bangsa sendiri bukan satu yangh pelik dan memeranjatkan. Sikap ini wujud dimana-mana dalam dunia ini.

Perbezaan Trump dengan  yang lain ialah  Trump tidak menyamar. Apa yang dia cakap itulah yang dia  maksudkan

Obama pun mencarut. Bill Clinton pun mencarut. Malah Bill Clinton seorang liberal  amat pandai  menyamar. Bill Clinton apabila ditekan  terus mengaku bahawa dia pernah menghidu ganja. Hanya menghidu tidak menghisap.

Minah cun Monica Lewinsky - seorang intern -  mengakui yang dia pernah menghisap konek  Clinton diatas sofa dipejabat Presiden. Bill Clinton menafikan yang dia pernah dihisap. Bill pura -pura tidak tahu. Ini bezanya Bill Clinton yang yang membawa imej elit politik liberal tetapi berbohong.

Obama ketika berkempen berjanji akan menamatkan perang di Afghansitan dan Iraq. Bila menjadi Presiden , Obama bukan hanya meneruskan perang malah memulakan perang Syria.

Trump mahu menutup Amerika dari dimasuki  pendatang haram. Trump mahu mendirikan tembok untuk menghalang pedatang haram masuk dari Mexico. Trump mahu semua kilang milik Amerika  kembali beroperasi  di Amerika bukan di China atau Vietnam.  Trump akan mengenakan cukai kepada syarikat Amerika yang membawa masuk barangan yang dibuat oleh  kilang Amerika diluar negara.

Hakikatnya Donald Trump mahu rakyat Amerika didahulukan. Slogan kempen  Trump ialah - Make America Great Again - Jadikan  Amerika Gagah Perkasa Sekali Lagi. Slogan ini menusuk hati rakyat Amerika. Slogan ini menyakinkan rakyat Amerika bahawa ekonomi Amerika merosot kerana salah pertabiran dari politik liberal yang dibawa oleh Parti Democrat.

Trump tidak mahu  kera dihutan disusukan anak dirumah mati kelaparan. Ini adalah  intipati kempen Donald Trump.

Kepada warga Amerika yang hilang pekerjaan, yang bekerja satengah masa, yang hidup dengan bantuan Jabatan Kebajikan - slogan dan kempen Donald Trump cukup meyakinkan. Justeru Trump menang.

Malah Trump mempersolakan kenapa NATO - perjanjian ketenteran  Amerika dengan Eropah  yang menelan berbilion dolar wajib diteruskan. oleh Amerika. Trump terus mempersoalkan kenapa  Amerika perlu campur tangan  dan melancarkan banyak perang walhal dalam negara semua  dalam keperiatan.

Paling jelas - sebagai seorang bilionaire - sebagai seorang ahli perniagaan - Trump tidak dapat melihat lojik kenapa Russia terus dianggap musuh.  Adalah masuk akal dan lojik mengikut pandangan Trump jika Russia menjadi rakan niaga.

Malah negara China yang suka putar belit nilai Yuan dilihat oleh Trump sebagai musuh. Tanpa segan silu Trump telah berbual selama 10 minit dengan Perdana Menteri Taiwan. Malah  China yang kini sedang membina bala tentera  di Laut China Selatan telah kena ‘herdik’ oleh Trump. 

Kenyataan Trump tentang Russia adalah ibu kepada semua ibu yang menyatukan semua kumpulan yang  tidak suka kepada Donald Trump.  

Gerombolan elit politik, elit ekonomi, elit risikan  dan intel, para liberal kiri, para intelektul kurang akal, CIA, NSA, FBI dan para seniman liberal Holywood - mereka semua ini sedang merancang untuk memastikan Donald Trump tidak menjadi  Presiden Amerika yang ke 45.

Pada Jumaat ini - dimajlis Angkat Sumpah - kaum liberal telah mengatur demo untuk memastikan Trump akan terus  berhadapan dengan masaalah.  Jika boleh - saperti Richard Nixon  - pada  9 Ogos 1974 telah disingkir keluar dari Rumah Puteh.

Elit politik, elit ekonomi, CIA , NSA, dan FBI kini sedang merancang untuk menjatuhkan  Presiden Donald Trump. Tetiba keluar kesah skandal sex Trump dalam hotel di Moscow ketika bersama menyaksikan pesta Ratu Dunia. 

Apa dia skandal ini? Tunggu minggu hadapan. (TT)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45






--------------------

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa kebende nih ????

Macam tulisan UTUSEX lepas PAU saja

Tanpa Nama berkata...

Oi tt kupas la sudut sains. Sains kata untuk kestabilan mesti ada kedua-dua ion positif dan jugak negatif. Kalau ion positif je, tak stabil, volatile. Tupasal dalam setiap manusia Tuhan beri jugak nafsu. Tapi dah tentu ciri positif mesti jauh melampaui ciri negatif barulah bagus. Jadi macamana bagus sekalipun kau lukis imej trump, dia tetap manusia yang ada kelemahan dan ciri negatif yang perlu kita nampak, sedar, paham, waspada dan tangani seelok mungkin, seperti juga betapa bagusnya mahathir bersama bersatu tapi tetapkita perlu paham, jangka dan sedia dengan putar kilas dia. Trump mungkin berterusterang dalam beberapa isu tetapi realpolitik menunjukkan dia hanya separa jujur bila menyatakan kemahuan berbaik dengan russia hanya untuk kelebihan ekonomi negara amerika. Jika dilihat situasi global keseluruhan jelas china sedang agresif melebarkan kuasa ketenteraan, setelah negara itu berjaya meledakkan tahap ekonomi mereka hingga mencabar monopoli amerika dalam ekonomi global. Jika china juga mencapai tahap kekuasaan ketenteraan setara dengan amerika, taraf mereka sebagai sosialis tentu menggugat demokrasi anjuran amerika yang berdekad dilihat terbaik. Dan jika china bergabung dengan russia, ini boleh menggoncang teruk amerika walaupun ada eropah. Jadi berbaik dengan russia bukan saja atas dasar ekonomi tetapi lebih penting adalah kuasa, seperti kau jugak selalu tulis, kekayaan hanyalah jalan menuju kuasa. Dan asia tenggara perlu takut polisi trump anti perang di negara lain kerana jika china mula mengganas membaham rantau ini yang kaya dengan berbagai sumber, khalas!

DIDI KOTA BELUD berkata...

hilary mcm najib..terpaksa backup kebodohan laki masing masing kerana skandal..apa tak senang kena kunyah oleh kapitalis....lemah dan pasrah..dua dua pakai gincu pink....kakakakakakka

UNCLE RAMLI berkata...

Trump tampak seorang sosok yang luarbiasa kerana sehingga kini berjaya untuk menjadi Presisden AS tanpa mengikuti amalan dan norma2 biasa yang mapan harus dilalui oleh mana2 calon bakal Presiden. Beliau mengaplikasikan strategi sendiri dalam mencapai cita ke Rumah Putih seperti tidak mengendahkan kena 'taat sedia ' pada kuasa Kompleks Industri Militer AS (KIMAS), selaku induk korporat atau kapitalis AS. Trump pun lupa yang KIMAS akan mengizinkan dia bertindak selama ini, tapi jika Trump terus bertindak secara sehala aje, jentera KIMAS tidak akan berdiam diri dan mungkin jika dia masih buat pekak dan bebal seperti menjalin silratulrahim dengan lebih anjal lagi dengan Rusia, pasti KIMAS tak boleh maaf dan Trump mungkin dilenyapkan. Siapa yg nak lawan tauke seperti KIMAS walaupun dia seorang Presiden dilantik oleh rakyat melalui cara demokratik akan dihukum atau dibungkam.

Tanpa Nama berkata...

Nasib baik TPPA yg ditentang PR dulu adia nk mansuh katanya... Tp menangisla Lim GE, sbb dia saja yg sokong PM sign agreement tu di NZ. Mcm ne tu hissey? Takkan takut nk band LGE kot?