SEDARLAH
CHINA MERAH
ADALAH KUASA
IMPERIALIS
BARU YANG
NAK GANTI
IMPERIALIS
AMERIKA
China bina lebih 20 pusat pelancar peluru berpandu di Laut China Selatan
Perkembangan itu bakal mengundang persoalan bagaimana respons AS terhadap China, memandangkan AS sebelum ini pernah berkata akan berkeras dengan China di Laut China Selatan.
WASHINGTON: China kini hampir siap membina 2 dozen struktur di pulau buatan di Laut China Selatan, dipercayai bagi menempatkan pelancar peluru berpandu, kata 2 pegawai Amerika Syarikat (AS).
Perkembangan itu mungkin bakal mengundang persoalan bagaimana respons AS terhadap China, memandangkan AS sebelum ini pernah berkata akan berkeras dengan China di Laut China Selatan.
China menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan, yang menjadi laluan maritim ketiga dunia paling sibuk. Brunei, Malaysia, Filipina, Taiwan dan Vietnam juga mempunyai tuntutan di laut itu.
Pentadbiran Presiden Donald Trump mendakwa pembinaan pulau buatan China di Laut China Selatan, adalah haram.
------------------
Tiada ulasan:
Catat Ulasan