BANI MELAYU WAJIB BERUBAH
Telah sampai masanya Bani Melayu melihat ke dalam - melihat diri mereka sendiri. Suasana dan suhu politik dalaman Malaysia dan juga politk dunia hari ini mewajibkan Bani Melayu meneliti diri.
Pada tahun 2017 Bani Melayu tidak ada pilihan. Bani Melayu tidak boleh lagi mengudur. Persoalan Nasional ini adalah saekor seladang jantan yang bertanduk tajam. Bani Melayu wajib menangkap tanduk Sang Seladang ini. Siatkan kulit-kulitnya. Lapah dan salaikan dagingnya sebagai tanda satu tamadun.
Ini tugas suci yang telah ditinggalkan oleh sejarah kepada sesiapa sahaja yang mengakui dirinya Bani Melayu hari ini.
Mengulangi kata-kata Hang Tuah - tidak Melayu hilang didunia - bukan saja satu klise malah ianya amat-amat membosankan. Saya berani mengatakan kata-kata Hang Tuah ini membosankan kerana ianya tidak memiliki apa-apa makna yang hakiki pada ketika ini.
Saya berani berkata sademikian kerana saya amat yakin pada tahap ini Bani Melayu itu sendiri tidak tahu, tidak mengenal dan tidak memiliki jawapan yang tuntas tentang satu persoalan yang maha agong ini.
Soalan kurun ini yang telah lama terpahat di tembok-tembok batu disetiap pelusuk dan penjuru. Ianya terpampang menunggu jawapan. Tetapi tidak ada siapa yang berani menangkap tanduk Sang Seladang ini.
Apa dia soalan itu? Soalan kurun ini yang wajib dijawab oleh Bani Melayu ialah siapa sabenarnya Bani Melayu itu. Sekali pandang kelihatan soalan yang saya timbulkan ini dilihat remeh dan tidak masuk akal untuk ditanya.
Tapi yakinlah - Siapa dia Bani Melayu - adalah satu soalan yang amat penting. Satu jawapan yang tuntas wajib dalam usaha untuk menyelesaikan persoalan nasional yang sedang saya timbulkan ini.
Huraian dan jawapan siapa dianya Bani Melayu ini amat penting terutama apabila saya telah menimbulkan teori Yang Lain/The Other. Saya juga telah menimbulkan bagaimana Yang Lain ini telah menimbulkan psikik Melayu.
Ketika saya memberi penghuraian untuk memahami psikik Melayu ini kita juga wajib tahu bahawa ada lagi satu faktor yang telah, yang sedang dan yang akan mempengaruhi bersama dan membidani kelahiran psikik Melayu. Tepat dan betul kewujudaan Bani China dan India di Tanah Melayu ini telah melahirkan psisik Melayu. Tetapi bukan ini sahaja yang membantu kelahiran psikik Melayu.
Faktor ini ialah dunia bawah sedar Bani Melayu. Pada hemat saya psikik Melayu ini juga muncul hasil dari bawah sedar Bani Melayu - the unconscious. Malah bawah sedar Bani Melayu ini juga sama-sama bertanggung jawab melahirkan psikik Melayu ini.
Salah satu dari manifestasi bawah sedar Bani Melayu ini ialah kegagalan Bani Melayu untuk memiliki jati diri dan indentiti Melayu yang ampoh, kukuh dan bersepadu. Jati diri Bani Melayu kelihatan lembik dan manai. Malah Bani Melayu dilihat umum sebagai satu bani yang tidak memiliki jati diri kukuh. Jati diri Melayu goyah disana sini.
Contoh yang paling muktamad dan paling senang untuk difahami ialah dengan menonton drama tv distesen Melayu atau mendengar radio siaran Melayu. Lihatlah bahasa pengucapan yang bercampur aduk. Nak katakan Bahasa Dewan pun bukan - nak dikatakan Bahasa Oxford pun kacau bilau. Ini untuk saya manifestasi jati diri Bani Melayu yang penuh kecelaruan.
Untuk ini kita wajib melihat kenapa Bani Melayu memiliki jati diri yang lembik, bercelaru dan manai?
Saya akui bahawa hampir kesemua negara bekas jajahan kolonial mengalami permasalahan jati diri ini. Ini kerana pada satu ketika dahulu dengan kekuatan senjata tamadun Bani Melayu telah dijajah oleh kuasa kolonial. Ini memberi impak berjangka panjang.
Dalam masa yang sama saya tidak menerima seratus peratus peranan kolonial ini. Ini kerana pada hari ini kita telah bebas merdeka. Kita boleh melakukan apa shaja yang kita fikirkan baik untuk tamadun dan masa depan kita. Pucuk dicita ulam mendatang.
Lihat pengalaman di Seberang. Amat jelas kelihatan Bhinnika Tunggal Ika telah menjaya mengikat 8,844 pulau-pulau untuk melahirkan satu negara bangsa dan mencipta tamadun bangsa. Lihat bagaimana Bahasa Bani Melayu dinobatkan walau pun bahasa ini bukan bahasa majoriti. Bahasa majoriti ialah Bahasa Jawa.
Kenapa di Tanah Melayu gagal?
Di Tanah Melayu ada kecelaruan tentang asal usul Bani Melayu ini. Siapa Bani Melayu sebelum kita menerima takrifan Perlembagaan yang diajukan oleh kuasa kolonial. Siapa dia Bani Melayu sebelum Lord William Reid memberikan takrifan?
Untuk saya ini persoalan penting. Ini persoalan jati diri. Adalah hakikat bahawa sebelum Lord Reid sampai ke Tanah Melayu Bani Melayu telah lama wujud.
Bukti yang yang terpampang dimata kita ialah tinggalan sejarah di Lembah Bujang Kedah. Lima ribu tahun sebelum Lord Reid sampai Bani Melayu telah wujud.
Ini bukan lebong Hishamuddin Rais. Jika tidak yakin tentang apa yang saya tulis sila pergi ziarah Lembah Bujang.
Candi-candi di Lembah Bujang ialah tanda bahawa tamadun Bani Melayu telah wujud lebih awal dari Batu Bersurat Kuala Berang. Lebih awal dari kesampaian Tok Arab yang tunggang tunggit di Pantai Kelebang Melaka yang dilihat oleh Sultan Melaka. Lebih awal dari mimpi Sultan Melaka yang ‘anunya’ telah dipendekkan.
Saya menolak permulaan tamadun dan peradapan Bani Melayu dengan kesampaian Arab dan Islam. Bani Melayu telah wujud dengan agama kepecayaannya sebelum sampainya Islam. Hakikatnya Bani Melayu ini keseluruhan adalah mualaf yang telah menerima Islam sebagai pegangan baru mereka.
Justeru Bani Melayu wajib menerima fakta sejarah bahawa tamadun Bani Melayu bukan bermula dari kedatangan peniaga Tok Arab atau peniaga dari Parsi atau peniaga dari India atau peniaga dari China. Bani Melayu wajib menebalkan jati diri dan berbangga dengan ketamadunan Melayu yang bukan Arab
Sila lihat dan baca dengan betul betul apa yang tertulis pada Batu Besurat Kuala Berang yang bertarikh 1326 atau 1386.
Pada penampang depan Batu Bersurat ini ada disebut bagaimana ada permintaan untuk menegakkan agama Islam. Permintaan itu diajukan kepada Dewata Mulia Raya. Nah! Dewata Mulia Raya ini adalah tuhan Bani Melayu pada ketika itu.
Justeru tamadun Bani Melayu bukan bermula dengan Islam. Bani Melayu telah ada kepercayaan. Telah ada Tuhan sendiri. Memulakan tamadun Bani Melayu dengan kedatangan Islam adalah satu kesilapan hakiki. Tingallan sejarah bangunan kuno di Lembah Bujang sedang bersuara dengan lantang bahawa tamadun Bani Melayu lebih tua dari 1404 atau 1303.
Jika kita tidak berbangga dengan asal usul kita maka kita akan menjadi bangsa yang bercelaru tamadunya saperti Bani Melayu sekarang ini. Si Tenggang itu pada ketika ini adalah kita yang cuba meninggal dan memadamkan sejarah Melayu Lembah Bujang.
Naratif Si Tenggang ini adalah peningglan tamadun Bani Melayu. Kesah ini adalah tunjuk ajar dari Orang Asal Bumi Melayu agar jangan melupakan sejarah bangsa.
Bani Melayu wajib bangga dan merayakan Kemelayuan Bani Melayu bukan merayakan budaya Bani Arab. Sayugia dingatkan bahawa Bani Arab juga merayakan sejarah bangsa mereka sebelum kesampaian Islam. Tamadun Sungai Nil, Sungai Dajlah lebih awal dari kedatangan Islam. Sejarah kuno ini dirayakan oleh Arab di Syria, di Mesir atau di Iraq hingga ke hari ini. Malah Iran yang kuat agamanya merayakan pesta Nowruz sebagai permulaan tahun mereka.
Kecelaruan pembudayaan Bani Melayu ini telah menjadikan Bani China dan Bani India tidak berapa yakin dengan kekuatan tamadun Melayu. Mereka memandang sipi. Kurang yakin ini dapat dilihat dalam pelbagai hal.
Kita terdengar suara Bani China yang bangga dengan tamadun Hwang Ho yang berumur 5,00 tahun. Kita juga terdengar suara Bani India yang bangga degan tamadun Sungai Ganges dan Sungai Indus.
Kenapa kita tidak berbangga dengan Lembah Bujang. Apakah Bani Melayu malu untuk mengakui bahawa pada satu ketika dahulu Bani Melayu juga ada Dewata Mulia Raya yang kita sembah.
Penilaian sejarah ini amat penting. Malah ianya menjadi lebih penting lagi di Tanah Melayu ini kerana wujud dua pendatang baru yang dibawa oleh kuasa kolonial. Demograpi hari ini akan memaksa Bani Melayu menilai kembali sejarah Dewata Mulia Raya.
Pada hemat saya kecelaruan yang wujud hari adalah menifestasi dari kegagalan Bani Melayu menghayati sejarah bangsanya. Masaalah nasional yang wujud hari ini adalah manifestasi dari kegagalan Bani Melayu memberi takrifan kepada tamadun dan budaya Melayu.
Takrifan siapa Bani Melayu telah wujud sebelum Perlembagaan Malaya dimimpikan oleh kuasa kolonial pada 1877 sesudah Perjanjian Pangkor 1874. Tetapi Lembah Bujang telah wujud 3000 tahun lebih awal.
Penakrifan siapa Bani melayu ini amat amat penting. Kerana dari penakrifan sini wajib lahir satu budaya induk - budaya penakrif dalam sebuah negara bangsa yang baru.
Apa budaya penakrif? Tunggu minggu hadapan. (tt)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45
-----------------
12 ulasan:
BetuL TT.. ..Bani meKayu ni muaLLaf "CINA buta" sign kontrak daLam geLap sebagai "CINA BUTA" sudaH dapat Duit Dan bini Lawa, muLa kompius nak puLangkan bini "main-cont"...di daLam kegeLapan "kompius" muLa Laaa project menjuaL hukum fekah,.. .Bahawa tiada "Cina buta" daLam isLam ...sedang kan "terus atau gostan" maju atau mundur bukan asaL Dari imaN.... Titik bidayah-nya bukan imaN tapi "puLussssiKim Libriti agama" ini Lah SaLesman agama penghapaK alQurAn agamawang tiada berkesudahang kenikmatang menjuaL agama isLang berpandukang patuk2 syariah compliance compLiang isLang reka-ang umnQ UG ongLy semuanmnya.. ..amin
Anjurkang Lobay2 meLayu ini Pertandingan MeLancap "masturbate contestants" tengOk ngkorang hasiLnya nanti.. ..so TT mahu tahu siapa meLayu... . 1) one onLy no two, one onLy tapi tiada keLihatang kumis, jenggOt Dan sorban-nya... Secara konseptuaL nya adaLah sama "deep state" peLakun utama meLayu adaLah umnQ UG and LateLy PAS.. .sebagai akar serabut umnQ UG akar tunjang... Para bLogerz Dan pengamaL media yg Makan dedaK.. .itu onLy ORANG MeLayu.. .Anjurkang contest masturbate nanti berduyung-duyungang keLuar ngaku punya keLebihang, Ada panjang danG tahanG
Lama... Ada janda2 Kembanggg ..bagi sama bangLars
Anjurkang Lobay2 meLayu ini Pertandingan MeLancap "masturbate contestants" tengOk ngkorang hasiLnya nanti.. ..so TT mahu tahu siapa meLayu... . 1) one onLy no two, one onLy tapi tiada keLihatang kumis, jenggOt Dan sorban-nya... Secara konseptuaL nya adaLah sama "deep state" peLakun utama meLayu adaLah umnQ UG and LateLy PAS.. .sebagai akar serabut umnQ UG akar tunjang... Para bLogerz Dan pengamaL media yg Makan dedaK.. .itu onLy ORANG MeLayu.. .Anjurkang contest masturbate nanti berduyung-duyungang keLuar ngaku punya keLebihang, Ada panjang danG tahanG
Lama... Ada janda2 Kembanggg ..bagi sama bangLars
KAPiR harbie... .awas TT, Jangan keLuar Dari tinta dakwat muuu atau Dari muLut-muuu "dewata RAYA Seru sekaLian aLam it'u Allah muuu" KAPiR harbie nanti... Jadi
...aku naiK saksi bahawa tiada Pangeran sesejati nyaaa Pangeran KechuaLi Pangeran Agong Gusti alllaH dewata RAYA Moho agong Allah jua hendak nya Dan imaN pada semuanmnya RasuL2 Dan nabi2 nya AllaH.. .nabaK pembawa berita Allah... .Aminnnn Amennnn
apa ko merepek nie sham?
tahun hijrah 1438
tahun masihi 2017
tahun tamil 2047
itupon tahun hijrah sepuloh bulan
sebelum islam masyuk bani melayu hindu, budha, sambut wesak sham oooi, yang bani melayu lupa, agung tok arab dgn gaya warak, pakai jubah, dasar kesamaan menarik minat semua, lembah bujang kerajaan apa? majapahit kerajaan apa? kerajaan melayu melaka siapa buka? siapa parameswara? apakah bani melayu lupa atau sengaja melupakan fakta sejarah? seperti peti undi. sejarah juga mengalami nasib yang sama.... bukan siapa undi tapi siapa kira, begitu juga sejarah, bukan siapa baca tetapi siapa menulis sejarah. hujah kau tak boleh pakai, kalau.bani cina india tak sampai, bani melayu masih wujud kah? kah kah kah
Tuan TT adakah kerajaan silam Dinasti Chola dari India yang membangunkan Lembah Bujang?
Mungkinkah Kota Gelanggi yg kat Johor juga dibangunkan oleh kerajaan Dinasti Chola atau Ayuthia dari Siam?
Kejutaan tahun yg sampau dan diyakini Hinduism Buddhism adakah agama tertua dan seanutan dgn penyembah penyembah berhala pengamal paranormal keutamaan menjarah dan menjajah diasia menjarah bagai merung mahawangsa berkibar dibenua benua.. dimana gugusan dan kedudukan melayu ketika itu?...... to be continued.. nak berakjab bro
lihat? macam mana? dah BUTA!
Hang Tuah? Siapa dia? Tak kenal pon! Ko mimpi ke?
"psikik" ke "side kick" macam bola sepak? tak cukup kena sepak lagi ke?
dah kena "rahmat kenching" ber poloh poloh tahun!
tak cukup lagi keh?
zaman skarang, semoa dah kena penyakit Buta, Bisu dan Pekak!
skarang yang ada tinggal hanya "met rempit" dan "mat lanjak" dan "mat gian"!
(gian seks, giat dadah, gian fulus!)
lembah bujang dah kene PADAM
lama lama terus jadi 'papa dam'
kena makan!
yang tahu mano start bani melayu ni satu yo....dia ado kek LEMBAH DUDA....kakkakakkakakakaka
TT, jatidiri melayu dah hancus. melayu memang malu nak amalkan budaya sendiri. semua sibuk nak jadi pak arab. aku bagi contoh satu jer, melayu sekarang lebih suka pakai jubah arab berbanding pakai baju melayu. kononnya lebih islamik. islam tak ajar mesti pakai jubah serban dan dan dan...islam cuma ajar supaya tutup aurat dan jenis2 pakaian untuk tutup aurat terpulang la pada adat budaya memasing. kalau kau cina muslim, pakai jer la cara pakaian cina asalkan tutup aurat. asalkan jgn pakai pakaian yg pelik pada pandangan masyarakat setempat dah la.
sama la jugak mcm pakai kain pelikat, org tua2 kalau nampak kau solat pakai seluar,sibuk nak suruh tukar pakai kain pelikat, kononnya lebih islamik.. ishh! pelik2 ah melayu nih!!
Kahkahkah aku setuju dengan perenggan akhir Tanpa Nama 12 Mei 2017 4:07 PG, ini spesis melayu cetek tapi ingat diri dia la yang pandai dan tau segala. Spesis sama akan marah atau tak suka kau makan mi goreng guna kayu cop (chopstick) walaupun jenis pakaibuang yang diberi pada pelanggan kedai dalam keadaan bekas plastik ber-sealed, depa kata ini cara makan cina kapir harbi yang makan babi panggang. Tapi peliknya depa makan mi goreng bukan guna tangan beb, tapi guna sudu dan garfu iaitu cara makan orang puteh kapir harbi yang makan babi panggang jugak! Kahkahkah letih otak aku tengok kerenah spesis ni!
Catat Ulasan