Selasa, 30 Mei 2017

HARI KE EMPAT








HARI EMPAT


saperti telah dijanjikan
siang cuaca molek
panas yang tak terik

tapi kuala lumpur petang ini
melintas  saje jam empat lebih
awan gelap sampai
marah dan marah
petir kilat sabung menyabung
bagai halilintar membelah bumi
bagai sang naga nak keluar
mencurah hujan turun
aku merancang nak keluar
merayau cari bazar ramadan
gagal lagi
kelmarin pun gagal

lalu berbuka dirumah 
bersama ezi dan tak tak
bersama gate dan sepang

ah! indahnya hidup ini

tapi aku terfikir 
bagaimana dengan mak cik warung
dengan abang jual air tebu
dengan kuih muih
dengan lauk pauk bulan puasa

hujan ooo hujan 
kau datang lagi
aku dengar kali ini
kueh tak lagi seringgat tiga
kini lima kupang sebutir

ah! bagaimana agaknya
berbuka puasa untuk
abang bidin dan kak jah
anak tiga duduk
di sri sabah

hari ini aku terbaca
tentang nasi campur 
tiga puluh dua ringgit
aduh! nahal mahal mahal

bagimana agaknya
keluarga menengah
dalam kota ini hidup
lumayan makin kurang
untuk aku nasib abik
ada pasar chow kit
tempat membeli buah
termurah di malaysia
tak pecaya sila datang
tapi bukan waktu malam
buah sayur ikan daging
waktu malam ada harga spesial
harga malam

bila aku mengetik ini
semua senyap
burung tidak bersiul
tapi dari jauh aku dengar
kicauan murai
jam akhir mencari cacing
sebelum semua gelap

ezi dan tak tak selesai makan
diluar cuca segar
cahaya datang kembali

aku masih ada 
jering pegaga mangga
dan
sebiji pisang
ah! indahnya hidup ini

SELAMAT

BERBUKA





-------------

Tiada ulasan: