Jumaat, 14 Julai 2017

JALAN RAYA MENUNGGU ANAK MUDA






JALAN RAYA

JALAN

PENYELESIAN

PANDANGAN / ULASAN : 14 JULAI 2017
ANTARA JOKOWI DAN NAJIB.



KESUNGGUHAN JOKOWI

Terbaru, Presiden Joko Widodo pula diserang oleh media-media utama Indonesia kerana membawa bersama ahli keluarganya dalam lawatan kerja ke Turki dan German pada 5 hingga 9 Julai lalu. Dia disifatkan sebagai gagal mempamerkan kesederhanaan seorang Presiden.

Padahal, semua kos untuk membawa ahli keluarga Presiden itu ditanggung duit kocek Jokowi sendiri. Menurut Menteri Sekreteris Indonesia Prof. Dr. Pratikno, Jokowi tegas untuk memastikan penjimatan wang negara bermula daripada Pejabat Presiden. Malah beliau menolak cadangan untuk menyewa pesawat yang lebih besar meskipun bagi tujuan lawatan rasmi jarak jauh.

Begitulah cerita dua ketua negara yang menghimpit negara kita. Alangkah sedihnya apabila kita hanya mampu menceritakan yang indah-indah tentang pemimpin negara-negara orang, sedangkan kita cukup tahu apa yang sedang dibicarakan negara orang tentang pemimpin kita.

MARUAH NAJIB

Mungkin panik akibat asakan banyak pihak ekoran skandal 1MDB, maka Najib sekeluarga menaiki pengangkutan awam dan dihebohkan kepada seluruh Malaysia. Tapi rakyat takkan lupa keluarga yang sama juga pernah menaiki pesawat rasmi kerajaan untuk pergi bercuti  di Australia dan Bali. 

Jika rakyat menanti  Perdana Menteri membuka ruang dalam Parlimen seperti yang dibuat Jokowi, mungkin hanya berlaku dalam mimpi. Jika rakyat mengharapkan Perdana Menteri menyediakan dialog terbuka bagi menjawab segala tuduhan kepada beliau, seperti sangat mustahil untuk Malaysia hari ini.

HANYA ADA SATU PILIHAN, UBAH.

Oleh itu tiada pilihan lain lagi. PRU14 nanti akan menjadi medan untuk rakyat menutup semua cerita-cerita duka untuk Malaysia. Jika Najib, UMNO dan BN terus berkuasa, kita khuatir Malaysia akan terus menjadi bahan sindiran masyarakat antarabangsa. Jangan biarkan Malaysia terus dipimpin oleh pemimpin yang tak punya maruah. 


Pandangan Peribadi :

SYUKRI RAZAB
Setiausaha Pengelola
Angkatan Muda Keadilan Pusat
019-8013 149
Syukri.lensa@gmail.com
Sup.amk@keadilanrakyat.org


JALAN RAYA

MENUNGGU

ANAK MUDA



-----------------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

keturunan sewel memang macam tu....
joli sini joli sana lepas tu klaim terus
ada fulus ke tak...takpe...asalkan boleh klaim....takde limit

lagi teruk dari pariah
malah golongan pariah lebih mulia dari keturunan sewel, macam keluarga si mongol tu!

dNAN SAhARA berkata...

... gasak jgn tak gasak, gasak sampai tumbang, baru ada akai.