Selasa, 10 April 2018

RAFIDAH MAKIN LANTANG






SALUT

TABEK HORMAT

HEBAT BEKAS

MENTERI INI


Rafidah mahu kertas kabinet didedah


Bekas menteri  Rafidah Aziz mencabar pihak yang menolak dakwaan beliau bahawa 40,000 hektar tanah milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diberikan kepada sebuah syarikat swasta milik tiga individu itu untuk mendedahkan kertas mesyuarat kabinet berkenaan perkara tersebut.

Beliau juga memetik laporan berita dua tahun lalu untuk menolak kenyataan Menteri Pertahanan Tuan Haji  Hishammuddin Hussein mengenai isu ini.

"Kamu boleh tanya para menteri kabinet. Ramai yang sudah lupa, tetapi mendedahkan kertas kabinet akan menjelaskan isu ini dan membentangkan faktanya.

"Tiada yang boleh menafikannya. Ia berisiko melanggar sumpah jawatan mereka yang menyebut nama Allah SWT itu.

"Ia tidak baik untuk mereka," beliau memberitahu Malaysiakini.

JUJUR

JELAS

TUNTAS


-----------------------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lebai yg selalu jadi imam dan bagi kuliah ceramah agama pun langgar ikrar parlimen - sokmo monteng tanpa uzur syarie.

apalah nak diharapkan dgn yg tiada latar belakang agama.