.

Rabu, 23 Mei 2018

SATU INGAT KEPADA ANWAR









SATU INGATAN

UNTUK ANWAR


Berpada-padalah Anwar, jangan lajak sangat

Hai… nama aku Zulhazmi… aku berumur 42 tahun.. aku dilahirkan di Kampung Kota Bukit , Kedah dalam keluarga yang menentang Umno. Kami sekeluarga penyokong Pas melawan Umno.

Semakin remaja di alam sekolah menengah, aku masih menyokong Pas dengan seluruh keluarga aku. Di mana ada pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, aku dengan abang-abang akan ikut ayah turun menyumbang tenaga untuk menumbangkan Umno yang bagi kami zalim. Tahun 1990 paling seronok kerana muncul gabungan Angkatan Perpaduan Ummah antara Pas dengan Semangat 46 hingga berjaya menjatuhkan Umno di Kelantan.

Meningkat dewasa di Universiti Kebangsaan Malaysia dari 1993 – 1999 aku tak aktif politik dalam kampus sebab bagi aku politik kampus ni poyo saja. Ramai kawan-kawan aku di sekolah dan di kampung aktif dalam politik kampus sehingga menjadi antara pimpinan tinggi persatuan mahasiswa dalam kampus. Aku tak terlibat dalam politik kampus tapi bila balik dari kampus ke kempung, aku adalah penyokong Pas.

Tahun 1997 – 1998, berlaku pergolakan politik dalam Umno hingga Anwar dipecat dan dibicarakan. Waktu tu aku antara orang yg paling seronok memadanmukakan Anwar!!! Padan muka hang kata aku waktu tu. Masa hang jadik TPM, hang belagak bukan main, apa hang tak kata kat kami orang-orang Pas ni.

Anwar buat reformasi dalam Umno/BN..?? Ehhh ya ka? Bersepah skandal Anwar masa dia Ketua Pemuda sehingga di TPM.

Tapi bila Anwar dihina, dilayan bagai manusia tak ada nilai, aku yang ketika itu adalah pelajar di fakulti undang-undang, aku tahu menilai mana yang zalim mana yang adil. Bagi aku, sejahat mana manusia selagak Firaun pun, dia tetap maanusia dan tidak layak dilayan seperti itu.

Aku menyokong Pas dan GERAK yang digerakkan oleh Almarhum Ustaz Fadzil. Aku lupakan saja sejarah Anwar semasa dia dalam Umno walaupun masih terngiang-ngiang di kepala hinaan dan cercaan dia pada Pas dan ahli-ahli Pas termasuk aku.

Anwar dilayan begitu teruk oleh Umno yang diketuai Tun Dr. Mahathir ketika itu.. semuanya fakta sejarah yang semua orang tau.

Kemudian Anwar kembali gagah mengetuai pakatan pembangkang dengan nama Pakatan Rakyat. Terus melawan Umno/BN.

Pernah juga Anwar cuba deal dengan Najib untuk Konsensus Nasional pada PRU13 disaksikan Pak Jusuf Kalla dengan ditawarkan tempat dalam kabinet tapi gagal kerana DAP dan Pas tak setuju.

Aku kemudian keluar Pas dan sertai DAP. Aku keluar Pas kerana Pas tidak lagi lawan Umno sebaliknya barua Umno. Aku sertai DAP sebab DAP istiqamah lawan Umno dan nak menjadikan Malaysia milik semua.

Dipendekkan tulisan…
Sekarang Pakatan Harapan berjaya jatuhkan Umno/BN. Anwar bebas setelah pengampunan Diraja.

Keluar Anwar mendakwa inilah perjuangan rakyat selama 20 tahun bermula 1998 bila dia dipecat. Ehhh? Perjuangan rakyat?

Aku cuma nak kata “KEPALA BAPAK HANG”

Hang seorang saja ka rakyat Malaysia?? Selama kami lawan Umno sedari hang dalam Umno tak kira kami ni rakyat?

Hang saja hero dalam Malaysia ni? Semuanya hang?

Berpada-padalah Tuan Haji  Anwar.

Jangan diulang kesilapan lalu.

Sejarah lama jadikan pedoman dan teladan.

Jangan lajak sangat.

Yang nak masuk mai komen (dalam FB) sat lagi tu, pikiaq dalam-dalam… hangpa lawan Umno sebab Umno jahat atau sebab Anwar atau sebab Tun…. guna akal bukan otak…

Hormat orang lain sama sebab Malaysia ini hak aku, hak warganegara Malaysia!

Aku

Zulhazmi Shariff





-----------------------

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Piiiirah...

Tanpa Nama berkata...

sangat sangat bersetuju

N.S.KRISHNA berkata...

Satu penulisan yang menarik dan tajam perkataan dan maksudnya. Banyak kebenaran yang diutarakan...saya setuju yang MALAYSIA INI BUKAN MILIK SESIAPA...BUKAN MILIK SATU ATAU DUA KELUARGA...MALAYSIA MILIK SEMUA WARGANEGARA YANG TANAH TUMPAHNYA DARAH DI BUMI INI...!

Tanpa Nama berkata...

Tapi tahun 98 hanya anwar yg mampu buat gerakan ampuh utk lawan madey, ribuan turun ke jalanraya. Takde politikus lain yg mampu lawan mahafiraun pada masa tu. Gelombang reformasi masih kuat dan tun madey sendiri dah buat agenda reformasi sekarang ni. Politikus lain tak mampu buat gerakan rakyat turun ke jalanraya mcm yg anwar penah buat pada thn 1998. So, jgn la anggap mcm anwar takde nilai langsung dgn kemenangan manis 9 mei 2018.

Unknown berkata...

dalam dan merentas zaman.

Tanpa Nama berkata...

Dah dua Kali penjara atas kesalahan sama, kalau Tak ubah juga skrip Dan style so nuar nie payah juga,apa pun sebaik keluar penjara, dah nampak Gaya watak perkataan sebagai sandiwara, Tak payah nuar, be sincere je, enough is enough ya, kalau 20 tahun MU patut jadi PM, tetapi denied because of what ? So be fair, smart and no drama...kalau you jadi ketua pun jiba day huru hara kan negara...mahathir factor jangan lupa...sabar Dan tunggu Masa...sementara now enjoy dulu..salam

NoManNoCry berkata...

eh, zul, tapi ngapa ye, parti tun (ppbm) tanding paling banyak kerusi, menang 11 jer?...kepalabapak hang blh tolong fikirkan tak ?...ps. gua sokong tun, anwar, lks, matsabu>pakatanharapan utk masa depan malaysia

Tanpa Nama berkata...

Kalau nak baca politik semata-mata, ko memang hebat

Tapi bacaan politik tu bukan absolut. Kenapa?

Kerana di sebalik setiap peristiwa dan perilaku setiap sosok itu ada ketentuan Allah swt di situ.

(Hatta TT yang di anggap berbagai lagi jijik oleh orang2 alim ni pun ada peranannya sejak waktu TT di universiti Malaya dulu sehinggalah sekarang).

Hanya Allah swt penentu watak setiap sosok pada waktu yang ditentukanNya demi rencanaNya yang maha besar lagi penuh rahsia yang tertentu itu.

Kita ni semua takde apa2.....samada esok pagi kita masih mampu bernyawa pun kita tak boleh pastikan. Kan?

So usahlah ko nak terlajak lebih......

Warisan Ulong berkata...

Kah kah kah ......tiba tiba masuk dap....bila daftar? 10/5/2018?