.

Khamis, 7 Jun 2018

SATU SARANAN DARI ANAK MUDA




ADUN SEMAMBU: KERAJAAN NEGERI PAHANG 
PATUT MENJADIKAN 
KERAJAAN PERSEKUTUAN
 SEBAGAI TELADAN 
DENGAN 
MEMBERIKAN 
PERUNTUKAN KEPADA SEMUA ADUN

ADUN SEMAMBU mencadangkan Pihak Kerajaan Barisan Nasional untuk menjadikan Kerajaan Persekutuan sebagai teladan dengan memberikan peruntukan kepada semua Wakil Rakyat yang telah memenangi setiap Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang untuk Pilihran Raya Umum ke-14 yang telah diadakan pada 9 Mei 2018.

Saya menggesa agar pihak Kerajaan Negeri Pahang yang diperintah Barisan Nasional untuk mengikut jejak Kerajaan Persekutuan dibawah pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan dalam segi pembahagian peruntukan Wakil Rakyat. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir telah mengumumkan pengagihan perutukan kepada setiap Ahli Parlimen dan Pusat Khidmatnya sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Perdana Menteri telah mengumumkan pemberian RM 500,000 kepada setiap Ahli Parlimen Pakatan Harapan dan RM 200,000 untuk pusat khidmatnya sebelum Hari Raya. Manakala, Ahli Parlimen Pembangkang diberikan peruntukan sebanyak RM 100,000.

Saya menyarankan bahawa Kerajaan Negeri Pahang tidak sepatutnya mengamalkan diskriminasi atas perbezaan politik dalam pengagihan peruntukan yang sepatutnya diberikan kepada setiap wakil rakyat. Peruntukan wajib diberikan kepada setiap Wakil Rakyat agar pengundi di semua kawasan tersebut dapat menikmati  manfaat peruntukan tersebut.

Kerajaan Negeri Pahang sepanjang tempoh pimpinan Dato’ Sri DiRaja Haji Adnan bin Haji Yaakob tidak memberikan sebarang peruntukan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang selama ini. ADUN Pembangkang terpaksa bergantung kepada pengumpulan dana daripada rakyat dan gaji bulanan dalam sepanjang waktu berkhidmat.

Dengan itu, saya yakin bahawa Kerajaan Negeri Pahang dibawah pimpinan Menteri Besar yang baru, YB Dato Wan Rosdy bin Wan Ismail akan membawa perubahan yang baru di dalam Negeri Pahang dengan memberi pengagihan peruntukan kepada setiap Wakil Rakyat tanpa mengira parti politik. 

Lee Chean Chung
ADUN Semambu
Ketua Penerangan 
Angkatan Muda KEADILAN Malaysia





----------------------

2 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Padan muka wakil Kapir Laknat Pahang tak dapat bantuan. Pahang jgn mayin-mayin oo.. ini nigili manyak Islam punye.. Lu tak ingat ka apa lia punye muftee ciakap.. sulah lupa la tu.. tu la makan lagi babee manyak-manyak.

Tanpa Nama berkata...

Tgk kerajaan pas ktan dan tganu ada beri peruntukkan kpd adun pembangkang di negeri mrk tak.