Khamis, 9 Mei 2019

RAKYAT GUMBIRA











JANGAN GENTAR

JANGAN CUAK

RAMPAS  RAMPAS

SEMUA INI 

HARTA RAKYAT

KEADILAN

TELAH SAMPAI



Polis dan kerajaan fail saman untuk lucuthak RM711 juta harta Najib, Rosmah

Kerajaan dan pihak polis memfailkan dua saman untuk melucuthakkan harta bernilai RM711 juta milik  Tuan Haji  Najib , isterinya  Puan Hajjah Rosmah Mansor dan beberapa pihak lagi.

Selain wang tunai, mereka juga menyita barang-barang mewah termasuk 27 kereta mewah dan hartanah daripada mereka yang terlibat.

The Edge melaporkan bahawa dua notis usul dan afidavit sokongan telah difailkan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur semalam untuk merampas barang-barang itu, yang didakwa dibeli dengan wang 1MDB.

Sumber yang dipetik berkata ia adalah langkah susulan selepas penyitaan barang berharga tahun lepas di kediaman yang dikaitkan dengan Najib di beberapa kawasan, termasuk Bukit Bintang.

Notis pertama yang difailkan semalam adalah untuk merampas harta di Lembah Klang, wang tunai (dalam pelbagai mata wang asing), barang kemas, beg tangan, jam tangan dan cermin mata hitam bernilai RM680 juta.

Perisytiharan kedua ialah bagi merampas barang bernilai RM31 juta, termasuk 27 kereta mewah, wang tunai (dalam pelbagai mata wang asing), 29 akaun bank, jam tangan dan beg.

Pada Mac lalu, Ketua Polis Negara ketika itu, Mohamad Fuzi Harun, menegaskan bahawa siasatan ke atas barangan yang dirampas mesti selesai pada atau sebelum 16 Mei.

Ini kerana pihak polis hanya mempunyai sehingga tarikh itu untuk memegang barang yang dirampas. Selepas itu, Fuzi berkata, pihak polis perlu melalui proses tertentu, termasuk cadangan dari mahkamah sebelum meneruskan siasatan.

Pada 27 Jun tahun lalu, bekas Pengarah CCID Bukit Aman Amar Singh dilaporkan berkata jumlah nilai barang yang disita berkaitan dengan kes 1MDB adalah antara RM900 juta dan RM1.1 bilion.


RAMPAS  SEMUA

KEMUDIAN

MASUKKAN 

ROSMAH

DALAM PENJARA

SEMU RAKYAT

AKAN GUMBIRA

INI TANDA

KEADILAN



---------------------

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Takper kak Ros....kena bersabar Bulan puasa ni. Ada tips percuma untok anda...cepat cepat convert semua Wang kepada 100 pink diamond Dan seludop ke kazhastan . Pink diamond sukar dikesan kastam . Maira boleh tolong jagakan .

Tanpa Nama berkata...

bila nak siasat mami shahrizat bibir tebal tu? org tua tua cakap kalau pompuan bibir tebal, labia majora nya pun tebal.. apa tu.. omputih cakap camel toe.

bila pula nak buka semula file pek moh?

Tanpa Nama berkata...

Aies jgn itu macam wha mau pinjam 1 weeks untuk di apung di acc whag

Tanpa Nama berkata...

TT, jangan awal hepi-hepi. Bila mat songel berkuasa nanti, buat 'deal of the century'. Lu satu, gomen satu, kocek gua tiga .... Yang hepi-hepi nanti, kak badak yang bawa birkin pi London shiopping.

Tanpa Nama berkata...

Tuan Haji Mak Hajjah. harta tak habis 7keturunan. Tapi dua ekor malaon ini sendiri tak pasti harta semua tu dapat secara halal atau halam.
Ini contoh klassik melayu islam di tanah melayu.

Tun Razak&Rahah bangga ke ada anak jantan menantu yang kaya meliana macam ni?

Jika tidak diterajang pada 9May tahun lepas mesti 2ekor malaon ini akan terus berjoget di atas pentas lepas PRU, masih terbang ke sana ke mari, TV3suku masih membodek menjilat seperti biasa.