Selasa, 22 Oktober 2019

CAKAP JELAS JELAS









WOIT AZMIN

LU CAKAP 

JELAS JELAS

SAPA BIKIN

HURA HARA

MAIN PINTU

BELAKANG

Biar Dr M terus jadi PM sehingga penggal PH tamat, kata Azmin

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mengulangi gesaan untuk Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai perdana menteri sehingga mandat lima tahun Pakatan Harapan berakhir.

Menteri hal ehwal ekonomi itu turut menolak dakwaan beliau menemui bekas naib presiden Umno, Hishammuddin Hussein secara rahsia untuk menghalang Anwar Ibrahim menggantikan Mahathir seperti dalam persetujuan antara pemimpin PH sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

“Kalau ada pihak yang hendak meroboh pentadbiran dan kerajaan lebih awal daripada itu, dua tahun atau satu tahun, itulah sebenarnya kerajaan pintu belakang.

“Sepatutnya biarlah Mahathir kekal sebagai perdana menteri hingga selesai tempoh penggal ini kerana itu mandat diberikan rakyat,” katanya di lobi Parlimen hari ini.

Azmin bagaimanapun tidak menyebut sebarang nama ketika ditanya dakwaan komplot pembentukan kerajaan baru tanpa DAP dan Amanah yang turut mengaitkan Hishammuddin.

Beliau berkata, isu peralihan kuasa perlu dihentikan kerana ekonomi negara sepatutnya menjadi keutamaan.

“Terlalu banyak ketidaktentuan berlaku di luar sana, pelabur asing, pelabur domestik terlalu bimbang sekiranya keadaan ini berterusan. Saya harap kita hentikan perbincangan tentang peralihan kuasa.

“Tumpu sepenuhnya masa untuk bangunkan ekonomi dan membantu rakyat. Beri sokongan padu kepada Mahathir untuk terus memimpin kerana ini dapat beri jaminan kepada pelabur bahawa politik Malaysia stabil.”

SAPA AGAKNYA

DUA MINGGU 

SEKALI BERATIP

NAK JADI PM
KAH KAH KAH

-----------

5 ulasan:

abu berkata...

TT kurang adab .. tak lama lagi TT sangkut .

panglimo potaseh berkata...

Selagi Madei idop, peluang Abam nak PM mmg takdo ..poochee ..eelek. Abam tak nak ko jadi MB Nogori Sombilan ..kahkahkah.

Unknown berkata...

mat jemin mula main kasar nak tutup pintu abg non jadi pm..tapi abg non tak kisah pun sebab banyak pintu abg non boleh jolok..tak dapat pintu pm dapat pintu pungkok pun ok je..

Tanpa Nama berkata...

Gua bosan dgn politics siti Azmin carila berita malar segar cerita pokok kunyit daun kunyit belalang kunit mandi kunyit tak payah menchi gua

Tanpa Nama berkata...

Dalam kerajaan Pakatan Harapan, jawatan 'Perdana Menteri Menunggu" buat kerja apa, gaji berapa, ada opis besar? Pintu masuk opus kat depan ke belakang?