ASAK JANGAN
TAK ASAK
RATIP TAK CUKUP
Selepas LGE, kini Anwar
pula asak Dr M
Hari ini Anwar Ibrahim pula dilaporkan sebagai tidak bersetuju jika bekas pemimpin Umno yang menyertai Bersatu dilantik sebagai Menteri menggantikan tempat Dr Maszlee.
Isunya juga sama: Lantikan Menteri adalah kuasa budi bicara Perdana Menteri yang boleh melantik siapa sahaja selagi dia daripada kalangan Ahli Dewan Rakyat atau Ahli Dewan Negara.
Seperti Lim Guan Eng, siapa Anwar untuk men’dictate’ Perdana Menteri? Dan tidakkah beliau akan malu sendiri jika bekas pemimpin Umno tetap dilantik sebagai Menteri?
Hari ini juga Anwar dilaporkan menyebut sesuatu yang sebelum ini hanya disebut oleh orang lain, iaitu supaya tarikh khusus pelan peralihan kuasa dibincang oleh Majlis Presiden PH.
Kedua-dua laporan ini memberi gambaran bahawa Anwar mungkin sedang semakin mengasak, dan mungkin sudah semakin kurang sabar, menunggu giliran mengambil-alih.
Kalau mengikut hukum fizik, bila semakin kuat asakan dibuat maka semakin kuatlah pula tindakan balasnya, tetapi hukum politik ini tidak menentu, kita sama-sama tunggu dan lihat sahajalah.
PASAI APA
ABAM ASAK
INI MESTI ADA
SESUATU YANG
TAK BETUL
KAH KAH KAH
KATA DAH JANJI
KAH KAH KAH
ADAKAH JANJI
HANYA DICAPATI
KAH KAH KAH
---------
Tiada ulasan:
Catat Ulasan