Selasa, 7 Januari 2020

TAK PERLU SELUDUP






TAK PERLU

SELUDUP

KENAPA KITA

BANGANG





Polis kawal sempadan elak daun ketum diseludup ke Thailand


JABATAN Narkotik Bukit Aman sudah bersedia meningkatkan kawalan di pintu sempadan negara bagi mengekang aktiviti eksport daun ketum ke Thailand susulan keputusan kerajaan negara itu membenarkan penggunaannya bagi tujuan kesihatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Mohd Khalil Kader Mohd berkata ada kebimbangan kegiatan menyeludup daun ketum ke Thailand akan meningkat selepas pihak berkuasa negara itu mengeluarkannya dari senarai kesalahan narkotik.

Sebelum ini, penyeludupan daun ketum ke Thailand diambil tindakan oleh pihak berkuasa kedua-dua negara, jelasnya.

“Sebelum ini, mereka bawa keluar ke Thailand, kita tangkap tetapi dengan perkembangan terbaru, kami tidak tahu bagaimana rentaknya nanti, sama ada mereka akan keluar.

“Ia akan memberi masalah kepada kita sekiranya kerajaan memutuskan ketum juga kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya,” katanya kepada pemberita selepas sidang media khas Ketua Polis Negara di Bukit Aman, hari ini.

Menurut Khalil, JSJN yang mempunyai Sekretariat Nukleus Narkotik (SNN) di semua negeri bersempadan dengan Thailand sedang dalam proses mengumpul maklumat dan membuat risikan bagi mengelak penyeludupan daun ketum ke negara jiran itu.

“SNN ada di Perlis, Kelantan, Perak dan Kedah dan mereka diberi tugas mengumpul maklumat-maklumat lanjut.

“Saya boleh katakan kita dalam keadaan siap siaga,” katanya.

Thailand pada Disember lepas meluluskan pindaan undang-undang narkotik yang membenarkan penggunaan produk ganja dan ketum untuk tujuan perubatan.

Dengan pindaan tersebut, jawatankuasa kawalan narkotik mempunyai kuasa untuk membenarkan pemilikan, pengeluaran, penggunaan, import dan eksport ganja dan ketum. 

Bagaimanapun, menurut Mohd Khalil, Malaysia sehingga hari ini masih kekal keputusan meletakkan ketum di bawah Akta Racun. 

Jelasnya, tahun lepas lebih 150 ribu kilogram daun ketum dirampas iaitu kenaikan 84% daripada tahun sebelumnya, manakala air ketum menunjukkan penurunan 72% iaitu daripada 233 ribu liter pada 2018 kepada 69 ribu liter tahun lepas. – Bernama, 6 Januari, 2020.


KETUM MALAYA

TERBAIK  DALAM

PASARAN AMERIKA

KENAPA KETUM

TIDAK DIEKPOT

JADI BAHAN

DAGANGAN

BILA DIHARAM

 TAMBAH KERJA

POLIS KASTAM

MAHKAMAH

WALHAL INI

PUNCA DUIT 

KAUM TANI

NANTI BILA

TOWKAY CHINA

DAH KONTROL

MEREKA LOBI

BARU KETUM

DILEPASKAN

DARI 

BISNES MELAYU

JADI 

BISNES CHINA

ARAK CINA 

JUDI CINA 

LENDIR CINA 

SELUDUP CINA

DADAH CINA 

MELAYU 

NAK NIAGA

KETUM BUKAN

MAIN DI HALANG

----------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kah kah kerja sistem begitu, makin dilarang makin dibuat, hukum begitu, Malaysia special semua nak kawal semua supaya rakyat syumul belaka, bila penagih jadi pesakit dan bila perokok jadi pesalah, ini lah malays maju sedunia, kah kah kah, kalau otak buat duit secara kapitalis semua dah kaya, kita ikut semua sistem Arab, Pakistan, Zimbabwe kah kah yang sesuka belakang dan kah kah

Tanpa Nama berkata...

Kalu dibenar nnt tukang jaga pintu xda pitih pulok