Jumaat, 14 Februari 2020

BERITA GANAS YANG GELI






KAH KAH KAH

MAT PET GADUH

DENGAN SAMSENG

DEPAN 

RUMAH PASONG

KAH KAH KAH 

9 lelaki merusuh di balai polis ditahan


POLIS menahan sembilan lelaki yang merusuh dan menghalang penjawat awam di hadapan Ibu Pejabat Polis (IPD) Port Dickson semalam. 

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata sembilan lelaki itu ditahan oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di perkarangan IPD Port Dickson kerana merusuh, menghalang penjawat awam serta berkelakuan tidak senonoh di dalam balai polis. 

“Kejadian berpunca daripada sekumpulan lelaki yang mabuk bertindak memecahkan cermin kereta milik seorang individu dengan menggunakan senjata parang di Taman PD Utama. Pergaduhan di taman berkenaan telah berlarutan sehingga ke perkarangan balai Polis Port Dickson. 

“Bagaimanapun, pihak polis telah berjaya menahan kesemua suspek berumur lingkungan 24 hingga 33 tahun yang terlibat di dalam Balai Polis Port Dickson,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

“Dua daripada sembilan suspek itu didapati gagal mengemukakan pengenalan diri semasa diperiksa oleh pihak polis serta saringan air kencing mendapati seorang suspek positif dadah jenis methamphetamine,” katanya dan menambah semakan polis mendapati lima daripada suspek mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah dan narkotik.

Aidi berkata tangkapan dibuat atas kesalahan merusuh, membuat ugutan jenayah terhadap anggota polis, menghalang penjawat awam menjalankan tugas, berkelakuan tidak senonoh di dalam balai polis serta gagal mengemukakan  pengenalan diri. 

“Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 186 Kanun Keseksaan, 148 Kanun Keseksaan dan di bawah Seksyen 90 Akta Polis 1967. 

“Kesemua suspek direman selama tiga hari sehingga esok di lokap Balai Polis Port Dickson,” katanya. – Bernama, 13 Februari, 2020.


WOIT

BETUL PERANGAI

LOKMAN ADAM

KAH KAH KAH

NAK TUNJUK

SAMSENG BOLEH

PERGI GADUH

DALAM HUTAN

KAH KAH KAH

DEPAN 

RUMAH PASONG

SEMUA KENA 

PASONG

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


--------

Tiada ulasan: