Jumaat, 14 Februari 2020

PERSAHABATAN JUJUR TANPA AGENDA






PERSAHABATAN

JUJUR  

TANPA AGENDA
Seorang doktor memeriksa keadaan pesakit di Hospital Jinyintan, 
yang pada masa ini dikhaskan untuk pesakit COVID-19 
yang kritikal di Wuhan, China. 
Malaysia turut menghantar bantuan ke China dalam menangani wabak itu. 
– Gambar EPA, 14 Februari, 2020.

Malaysia hulur bantuan kepada China lawan Covid-19

SYARIKAT Malaysia menghulurkan bantuan perubatan ke China termasuk sarung tangan getah pakai buang untuk menangani wabak koronavirus baharu Covid-19 yang setakat ini menjangkiti lebih 60,000 orang.

Selain sektor swasta, Putrajaya menyumbang 18 juta sarung tangan getah, manakala sebanyak RM1 juta disumbangkan oleh kerajaan negeri Sabah kepada Wuhan. 

Wuhan adalah bandar di wilayah Hubei, di mana tercetusnya Covid-19.

Sumbangan RM1 juta itu akan digunakan untuk merawat mangsa virus berkenaan dan sebagai tanda penghargaan atas sokongan rakyat China terhadap industri pelancongan Sabah.

--------

Tiada ulasan: