Khamis, 6 Februari 2020

ISTERI DIZALIMI KERAJAAN MADEY







MADEY ZALIM

LARANG ISTERI

DENGAR

SUAMI  BICARA

MADEY ROSAK

SATU KELUARGA 

BAHAGIA



Isteri  diarah keluar, tidak dibenar ikut perbicaraan kes suami


KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes rasuah suami Najib, Rosmah Mansor yang masuk hari kedua menyaksikan keadaan ‘panas’ seketika.

Ini kerana Najib yang hadir bagi mendengar perbicaraan isterinya diarahkan keluar selepas pasukan pendakwaan membantah kehadirannya.

Selepas beberapa minit Najib duduk di galeri bagi mengikuti prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib, memaklumkan kepada mahkamah tentang kewajaran beliau hadir pada perbicaraan yang melibatkan suami beliau.

Kata Akram, kenyataan Najib sebelum ini pernah dirakamkan sebagai sebahagian daripada siasatan oleh pihak berkuasa terhadap kes itu.

“Yang Arif, kenyataan Najib pernah dirakamkan sekaligus membolehkan beliau dipanggil sebagai saksi kelak dalam perbicaraan ini,” katanya kepada Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan.

Mohamed Zaini kemudian meminta Najib keluar dari bilik prosiding berkenaan.

Najib dengan wajah tenang bangkit sambil berkata ‘okay’ sebelum berlalu keluar dengan dua penyokongnya.

Sebelum ini, ketika berlangsungnya perbicaraan SRC International Sdn Bhd pada tahun lepas, Rosmah diarah keluar oleh hakim ketika prosiding sedang berjalan.

Ketika Itu, Timbalan Pendakwaraya, Datuk V. Sithambaram mempersoalkan kewajaran Rosmah berada dalam mahkamah kerana beliau merupakan seorang saksi yang berpotensi dalam kes berkenaan.

“Rosmah Mansor berada di mahkamah. Dia adalah saksi yang berpotensi. Kenyataannya  sebagai saksi telah direkodkan.

“Kami tidak mahu sebarang masalah kemudian hari,” kata Sithambaram ketika itu.

Prosiding kemudian bersambung dengan saksi ke-4, Bekas pemandu peribadi pengarah urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin memberi keterangan.

Selepas Itu, bekas Menteri Pendidikan, Tuan Haji  Mahdzir Khalid akan memberi keterangan berhubung kes rasuah solar ini.

Prosiding masih lagi berjalan di hadapan Zaini Mazlan ketika ini. -MalaysiaGazette

BUKTI MADEY

ZALIM MAKIN

JELAS 

LAGI TERANG

KENAPA ISTERI

DILARANG MASUK

KAH KAH KAH

ISTERI 

NAK TUNJUK

KASEH SAYANG

CINTA ABADI

zalim zalim zalim
KAH KAH KAH




-----------

Tiada ulasan: