Khamis, 6 Februari 2020

SELAMAT DIRI JADI KENG



JADI KENG

SELAMAT DIRI

BOCOR SEMUA

JANGAN JADI

LOKMAN ADAM


Pemandu beritahu pernah bawa beg sarat berisi wang 


SEORANG pemandu memberi keterangan pada perbicaraan Rosmah Mansor hari ini yang beliau membantu membawa beg sarat berisi wang tunai sebanyak dua kali pada 2016 dan 2017.

Shamsul Rizal Sharbini, 42, memberitahu mahkamah tinggi pada salah satu kejadian, beg itu sangat berat dan hanya mampu mengangkatnya satu persatu.

Rosmah berdepan tiga pertuduhan rasuah kerana didakwa meminta RM187.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin sebagai suapan untuk membantu syarikat itu mendapatkan projek solar hybrid bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Isteri bekas perdana menteri Najib Razak yang kini berusia 69 tahun itu juga dituduh menerima rasuah RM6.5 juta antara 2016 dan 2017.

Pada kejadian pertama iaitu akhir 2016, Shamsul berkata beliau membawa Saidi ke Lygon Bistro di Sunway Putra Mall.

“Saidi sering ke sana untuk minum kopi dan berjumpa rakan untuk bermain golf,” kata Shamsul di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Shamsul kemudiannya menghantar Saidi dan rakannya, Razak Abdullah, ke cawangan Maybank di Medan Tuanku, Kuala Lumpur pada kira-kira jam 11 ​​pagi.

Selepas kedua-duanya kembali dari bank, Shamsul berkata beliau disuruh membeli dua beg hitam besar di Kompleks Pertama dan membawanya kepada mereka di bank.

Saidi dan Razak masuk semula ke dalam bank itu dan keluar kembali dengan seorang lelaki Melayu. Ketiga-tiga mereka membawa dua beg ke kenderaan Shamsul.

Saksi berkata melihat lelaki tidak dikenali itu membawa senjata api. “Saidi berbisik kepada saya lelaki itu (tidak dikenali) takut mati jika sesuatu berlaku,” saksi itu memberi keterangan.

Shamsul berkata beliau memandu ke sebuah bangunan kediaman bersebelahan Pavillion Mall. – 6 Februari, 2020.


JADI KENG

BEBASKAN  DIRI

KALAU TAK

ADA TUDUHAN

BERSUBAHAT

SELAMATKAN

ANAK BINI

BIARKAN

NAJIB ROSMAH

MAMPOOOS

KAH KAH KAH

---------

Tiada ulasan: