Khamis, 12 Mac 2020

DARI KL TERUS MERABAK








DARI KL

TERUS MEREBAK


Kontak rapat kes Covid-19 pertama Pulau Pinang dikesan

KERAJAAN Negeri Pulau Pinang memandang serius tentang kes Covid-19 pertama di negeri itu, dan telah mengambil langkah menghubungi individu berkenaan untuk tujuan siasatan dan persampelan.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang juga telah mengenal pasti semua kontak rapat di tempat kerja dan di rumah individu itu bagi tujuan siasatan, persampelan dan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19.

“Keputusan ujian saringan akan disahkan Institut Penyelidikan Perubatan,” katanya dalam kenyataan kepada media di George Town hari ini.

Menurutnya, pesakit bagi kes pertama Covid-19 di Pulau Pinang itu merupakan seorang kontak rapat kepada satu kes positif di Kuala Lumpur.

Peserta perjumpaan tabligh dari Johor diminta lapor diri di JAINJ

SEMUA individu dari Johor yang hadir ke perhimpunan kumpulan tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling, Kuala Lumpur akhir bulan lepas diminta segera melaporkan kehadiran mereka kepada pejabat kesihatan atau jabatan agama negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor Tosrin Jarvanthi dalam kenyataan hari ini berkata semua mereka yang terlibat dalam perhimpunan itu diminta melaporkan diri ke Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) daerah atau pejabat kesihatan daerah dengan kadar segera.

BERJAGA JAGA


----------

Tiada ulasan: