Khamis, 12 Mac 2020

MAKIN BERAT




MAKIN BERAT

10,000 PULAK


Lelaki Malaysia hadir majlis tabligh di Seri Petaling sah positif Covid-19

SEORANG lelaki warga Malaysia berusia 60 tahun yang menghadiri ijtimak tabligh di sebuah masjid di Seri Petaling, Kuala Lumpur minggu lepas adalah antara yang disahkan positif Covid-19 hari ini, kata Kementerian Kesihatan.

Lelaki itu-dikenali sebagai kes 131- adalah antara 10,000 orang pelbagai warganegara yang hadir perjumpaan bermula 27 Februari sehingga 1 Mac itu.

Brunei semalam mengesahkan seorang rakyatnya yang positif Covid-19 selepas hadir perjumpaan tabligh di Malaysia.

Hari ini, Kementerian Kesihatan berkata usaha sedang dijalankan untuk mengesan lebih 5,000 orang rakyat Malaysia yang hadir perjumpaan itu.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata lelaki Malaysia itu diuji positif pada 10 Mac.

“Beliau mula mengalami gejala demam, batuk dan selesema pada 4 Mac 2020, sebelum kemudiannya mengalami sesak nafas pada 8 Mac 2020 dan dimasukkan ke Hospital Bentong pada hari yang sama. Beliau kemudiannya telah dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan pada 9 Mac 2020.

“Beliau sudah diasingkan dalam ward isolasi dan sedang menerima rawatan,” katanya di Facebook malam ini.

Beliau turut menasihatkan semua orang yang hadir perjumpaan itu untuk menghubungi pusat kesihatan berdekatan atau Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat KKM untuk menjalani ujian dan mengelak wabak itu merebak. – 11 Mac, 2020.


BAHAYA BELUM

BERKURANG 
-----

Tiada ulasan: