Sabtu, 21 Mac 2020

LAGI SERANGAN KARONA








LAGI SERANGAN

KARONA

190 kru KD Mahawangsa dikuarantin

KIRA-KIRA 190 kru kapal termasuk 12 pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) daripada Kapal Diraja (KD) Mahawangsa dikuarantin selepas seorang anak kapal itu disyaki dijangkiti Covid-19.

Menurut kenyataan Markas Pemerintahan Armada Barat, seorang anak kapal disyaki dijangkiti Covid-19 setelah isterinya merupakan kontak rapat dengan seorang individu yang juga disyaki dijangkiti virus itu.
“Semua kru terbabit dikuarantin di dalam KD Mahawangsa, manakala seluruh keluarga anggota yang diklasifikasikan sebagai pesakit dalam siasatan (PUI) menjalani kuarantin di rumah,” demikian menurut kenyataan Markas Pemerintahan Armada Barat hari ini. 

Menurut kenyataan itu, tindakan sama telah dilaksanakan ke atas kira-kira 150 anak kapal KD Lekiu selepas mengiringi Kapal Petronas Floating Liquified Natural Gas 2 (PFLNG 2) dari Korea Selatan pada 4 Mac lepas dan sehingga kini tiada yang positif Covid-19.

TLDM masih melaksanakan tugas dan tanggungjawab seperti biasa serta tidak terjejas dengan penularan Covid-19 dan sebarang keputusan rasmi berkaitan anggota yang dijangkiti hanya akan dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan. – Bernama, 21 Mac, 2020.

-----------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Adakah dunia sudah apokalips?kiyai huttington bersabda apabila kita sudah ejek mengejek,memperlekeh bangsa bukan bangsa sendiri maka tunggulah bermulanya apokalips.bila wuhan terkena demam sebab makan kelawar,maka melayu gelakkan mereka.sepatutnya ikut ccp buat hospital medan,bersedia ubat,mesin cukup.