Sabtu, 21 Mac 2020

PENYAMUN PENCURI DAH TAKUT







PENYAMUN

PENCURI MULA

TAKUT

TAPI ADA

PENYAMUN

YANG CARI

BINI BARU 

KETAT SENDAT

KAH KAH KAH


Pergerakan terhad, kadar jenayah di hampir semua negeri turun

PERINTAH kawalan pergerakan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan pada Rabu lepas bukan sahaja mencegah orang awam untuk keluar dari rumah, bahkan kadar indeks jenayah turut menunjukkan penurunan di kebanyakan negeri.

Penurunan kadar indeks jenayah itu dipercayai mempunyai kaitan dengan perintah kawalan pergerakan yang diumum kerajaan pada Isnin akibat penularan wabak Covid-19 yang pada ketika ini mencatat jumlah 1,030 kes positif jangkitan itu.

Tinjauan di seluruh negara mendapati selain keadaan trafik yang bergerak lancar, di kebanyakan jalan utama terutama di ibu negara dan ibu negeri yang selalunya sesak pada sebelah pagi, laporan berhubung kejadian jenayah juga berkurangan.

Malah, perintah kawalan itu juga menyebabkan sebahagian besar ketua polis negeri dan daerah sendiri turun padang untuk melihat keberkesanan perintah kawalan pergerakan selain menyampaikan mesej itu semasa sekatan jalan raya dan di kawasan tumpuan orang ramai, yang secara tidak langsung “menggerunkan” penjenayah.

Paling ketara menunjukkan penurunan kadar indeks harian jenayah di Sarawak dan Terengganu iaitu mengalami penurunan kira-kira 50% iaitu separuh daripada biasa. 

Ketua Polis Terengganu, Roslee Chik berkata sebelum ini laporan yang diterima di seluruh negeri mencecah kira-kira 200 hingga 250 kes sehari, tetapi sejak dua hari lepas ia hanya sekitar 100 kes sehari.

Sarawak pula hanya melaporkan lapan kes jenayah curi pada Rabu berbading 15 kes pada hari sebelumnya, tetapi meningkat semula kepada 14 kes semalam iaitu hari kedua perintah kawalan pergerakan, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak, Aidi Ismail.

Selain dua negeri itu, Pulau Pinang yang biasanya mencatat purata 14 kes sehari turut menunjukkan penurunan ketara dengan hanya sembilan kes dilapor semalam.

Begitu juga di Pahang, Kedah, Kelantan, Perak, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor - semuanya mencatatkan penurunan kadar jenayah antara satu dan 10%.

Pun begitu, lain pula yang berlaku di Perlis apabila negeri berkenaan mencatat peningkatan sedikit bagi kejadian jenayah melibatkan curi dan pecah rumah.

“Jenayah terlibat adalah curi dan pecah rumah yang meningkat satu hingga dua kes, namun keadaan adalah terkawal,” kata Ketua Polis Perlis, Surina Saad. – Bernama, 20 Mac, 2020.


TAPI AWAS

LEPAS NI ADA

PENYAMUN BESAR

BANK

AKAN KLIM DUIT

DARI KERAJAAN

AWAS 

TUAN KILANG

AKAN MINTA

KERAJAAN 

GANTI RUGI

TAK CAYA 

TUNGGU 

TUKAR TIUB

TAK PERNAH

LEBONG
---------

2 ulasan:

Isaac berkata...

Cftgh

Tanpa Nama berkata...

tutup 2 minggu ok lah... kalau tutup 2 bulan???

siapa nak bagi makan anak bini? bantuan kerajaan cukupker? agak2 lockdown 2 bulan kadar jenayah naik ker turun?


... harap2 lockdown nih tak lama lah...