Sabtu, 21 Mac 2020

PANDANGAN PORTAL MALAYSIAN INSIGHT



PANDANGAN

PORTAL

MALAYSIAN

INSIGHT 

Guna akal budi, bukan kerah tentera

SELEPAS tiga hari pentadbiran Muhyiddin Yassin merosakkan operasi mengawal pergerakan di seluruh Malaysia untuk membendung Covid-19, kini beliau mahu mengerahkan tentera ke lapangan.

Tindakan ini amat salah dan tidak perlu.

Polis hanya bertindak semalam untuk mengkuatkuasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 hingga 31 Mac bagi memutuskan rantaian jangkitan SARS-CoV-2 yang menyebabkan Covid-19.

Pihak berkuasa menyebut, hanya 60% rakyat mematuhi arahan tidak keluar rumah.

Tetapi tindakan mengerahkan tentera menunjukkan rakyat tidak mematuhi polis mahupun kerajaan dan hanya patuh kepada tentera. Benarkah begitu?

Polis sudahpun menjalankan tugas mereka, sepertimana pasukan perkhidmatan kesihatan sejak penyakit itu mula dikesan di Malaysia pada 24 Januari.

Apa yang perlu dibuat mudah – nyatakan penyakit ini membunuh dan tidak mendiskriminasi.

Satu-satunya orang yang dipercayai rakyat Malaysia waktu ini adalah Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Semua menteri kerajaan yang muncul di siaran televisyen dan membuat kenyataan merosakkan perkara yang perlu disampaikan.

Kerahan tentera tidak akan menjadikan keadaan lebih baik. Malaysia hanya memerlukan kerahan tentera sewaktu 13 Mei dan sebagai tindakan berjaga-jaga sewaktu ancaman pengganas Daesh.

Apa yang kita perlukan adalah akal budi.

Perkara ini amat kurang sewaktu pihak berkuasa mengarahkan semua universiti dan kolej ditutup tanpa memikirkan terdapat pelajar dari serata Malaysia dan dunia yang tiada tempat tujuan, atau yang mungkin membawa pulang virus itu kepada keluarga di kampung.

Kurang akal budi apabila meminta pengguna memohon permit di balai polis untuk perjalanan antara negeri.

Kurang akal budi apabila rakyat disekat daripada menjemput saudara yang merupakan doktor dan jururawat yang baharu menamatkan tugas berat memerangi jangkitan ini.

Rakyat Malaysia juga kurang akal budi kerana tidak dapat memahami betapa seriusnya wabak ini yang membunuh lebih 9,000 orang di seluruh dunia dan lebih ramai lagi jika sebarannya tidak diputuskan.

PKP sangat mudah. Duduk di rumah. Kekal sihat. Peluang untuk mati berkurangan.

Malaysia sudah ada dua kematian disebabkan Covid-19. Jumlah ini boleh naik dan setiap seorang daripada kita, termasuk polis di lapangan dan doktor, jururawat, juruteknik makmal yang memeriksa sampel serta kakitangan pasar raya dan kedai runcit dan peniaga pasar mungkin mati.

Biarlah tentera kekal di berek. Mereka menjadi barisan pertahanan terakhir sekiranya keadaan menjadi bertambah buruk.

Ahli politik yang tidak boleh berfikir dengan baik seelok-eloknya letak jawatan dan biarkan krisis ini ditangani pakar.

Biar polis jalankan tugas melindungi kita. Biar kakitangan kesihatan bertugas menyelamatkan kita.

Ahli politik boleh berkhidmat dengan tidak mengacau tugas ini dan tidak membuat keputusan terburu-buru. – 20 Mac, 2020.

* Jahabar Sadiq pengendali The Malaysian Insight.






-------------

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PM tegur suruh dok rumah, ramai masih degil. Agong pun pesan dok rumah, ada lagi yg degil merayau memancing bagai. Polis suruh balik, ada yg melawan. Mmg ramai yg jenis degil. Kat sek 7 shah alam memalam ada jer bunyi bebudak motor memekak jam 11pm, bunyi mcm berlumba jer. Kahkahkah elok jer dipelangkong jenis mcm ni.

Tanpa Nama berkata...

Otak melayu kepala lutut. Betul jugak sebahagian tapi sebahagian yang lain perlu bimbingan keras. Disuruh duduk rumah mengelupur nak balik kampung.penjaga kampus jiga satu bangang serupa pelir. Kumpul dulu dalam kampus sebelum hantar satu satu. Duit maintaining bas dah mula ada yang simpan balik ke semenjak kak lat resign ni. Ada bangang buat kenduri,majlis lenggang perut.malaysia tumbang sebab bangang bukan jangkit korona atau perang.

dr chenor berkata...

Piigii daa.
Duduk depan laptop boleh la berlagak pandai.
Cuba turun di lapangan dan buat kerja.
Baru tau langit itu tinggi ke rendah.

Tanpa Nama berkata...

Molek juga tentera tolong polis...polis byk kerja nak dibuat..ini bukan soal politik..kalu nak kira buruh gaji hari pun patuh arahan kerajaan walaupun terpaksa makan sehari sekali je..fikir positif la malaysia insight..jgn kecam org lain..semua anak bangsa wajib bersatu hati menangani covid 19 ni..harap hadam

Tanpa Nama berkata...

Elok tentera dikerahkan bagi membantu. Bukan gi berperang. Skang ni polis ke sana ke mari suruh org bersurai, rugi manpower. Baik polis bertugas kutip set2 tabligh dan org2 terdekatnya. Tentera boleh tumpu pastikan rakyat stay at home. Gerakkan juga semua doktor tentera dan semua doktor2 yg berlesen utk tumpu rawat pesakit. Kerahkan juga prnjawat2 awam utk bantu kawal pastikan org duduk rumah, kena ingat gaji mereka masih berjalan. Setidaknya depa berkawal dalam komuniti.

Tanpa Nama berkata...

Ni malaysia bhai, akal budi tak jalan. Dulu himpunan bersih hindraf semua tu dah larang elok2 guna akalbudi tapi korang degil, berdemo jugak, terpaksa la hantar fru. Sama kes dgn sekarang laa. Alaa kalau guna akal budi aku rasa sampai sekarang mat sembab takkan jadi PM. Nak kawtim dgn org degil tak betakal ni kena guna tentera dan fru kasi langgar jer, baru berkesan. Lagipun jumlah yg mati akibat covid19 makin meningkat dan yg masuk icu pun makin bertambah. Lagi mau akalbudi?