Rabu, 22 April 2020

ENAM PEKARA WAJIB



IKUT ARAHAN

JAGA KESEHATAN

Dr Noor Hisham dedah 6 kriteria sebelum PKP ditamatkan

TERDAPAT enam kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum perintah kawalan pergerakan boleh ditamatkan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Antara kriteria tersebut adalah kawalan sempadan untuk menghalang kes import Covid-19 serta kawalan pergerakan termasuklah laragan berkumpul yang boleh menyebabkan penularan wabak itu, katanya pada sidang media harian Covid-19, hari ini.

Tambahnya, setakat ini kerajaan masih tidak membuat keputusan sama ada akan menamatkan PKP yang dijadualkan berakhir pada 28 April ini atau melanjutkannya lagi.

SATU : “Kita tak boleh longgarkan kawalan sempadan (kriteria pertama) kerana orang mungkin bawa virus bersama mereka.

DUA : “Kriteria kedua adalah kawalan pergerakan, yang mana kita nampak sekarang berjaya mengurangkan jumlah kes,” katanya merujuk kepada usaha mengasingkan dan merawat kelompok individu yang dijangkiti Covid-19.

TIGA :Selain itu, yang turut dipertimbangkan adalah kemampuan sistem kesihatan kita seperti jumlah katil di ICU serta kemampuan makmal untuk ujian saringan.

EMPAT :Manakala, kriteria keempat adalah kemampuan melindungi kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas, orang kelainan upaya dan pesakit penyakit kronik.

LIMA : Katanya lagi, kriteria kelima adalah sejauh mana rakyat boleh beradapatasi dengan “norma baharu” termasuklah penjarakan sosial, kerap cuci tangan dan mengelak perhimpunan massa.

KE ENAM : Kriteria terakhir adalah kemampuan rakyat bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengekang penularan virus dalam komuniti.

Enam strategi ini perlu dipatuhi semua kementerian dan agensi supaya kita boleh nampak (caranya) untuk perlahan-lahan sampai ke strategi penyelesaian,” katanya. 

Beliau juga menjelaskan keputusan belum dibuat sama ada PKP yang dijadual berakhir 28 April ini akan dilanjutkan atau ditamatkan.

“Kita tak pasti sama PKP akan ditamatkan atau dilanjutkan.”

Beliau juga menekankan kepentingan supaya orang ramai mengelak hadir perhimpunan massa.

PKP pertama kali dilaksana pada 18 Mac selama dua minggu. Bagaimanapun, ia dilanjutkan dua kali dan dijangka tamat pada 28 April ini. – 21 April, 2020.

KRITERIA

KE TUJUH

JANGAN IKUT

KLUSTER

AMHAD MASLAN

DAN

AIR SUAM BUKAN

UBAT LAWAN

VIRUS KORONA

AMIN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Masa susah untuk ahli politik, tidak dapat berkumpul, kah kah kah kalau tak bermain gambar akan mati, hantar hamper makanan mesti bergambar, nak tunjuk menjadi wakil rakyat yang gemilang kah kah kah selalunya bila Kita membantu orang lain tak Ada Masa gambar gambar kah kah