Rabu, 22 April 2020

NASI BERLAUK TERBANG





NASI TERBANG

Wahai Para Pembacha Tukartiub Yang Budiman

Ramai di antara kita adalah penggemar ayam kampong.Walaupun banyak restoran2 di Lembah Klang ini kononnya hidangkan ayam kampong namun  amat sukar nak dapat yang betul2 ORI. Lazimnya ayam ternak dalam sangkar dan makan pellet. Bukan free range.

Bagi penggemar daging lembu tempatan  pulak hanya lembu baka Kedah-Kelantan yang janjikan daging tempatan yang ORI.

Kandongan lemaknya kurang dan texture daging sesuai untok masakan Melayu.

Selain dari daging nya sedap , lembu baka Kedah-Kelantan ini lebeh tahan penyakit dari lembu2 baka Eropah.

Memanglah  dari segi keuntongan,kadar pulangan  rendah tapi lembu Kedah- Kelantan tak manja..jaga lebeh kurang pun dah memadai.

Di negeri Kelantan Darul Naim ada mukim di daerah  Tumpat bernama Ayer Dingin. Sekarang popular dengan Nasi Belauk Ayer Dingin.

Sementara di negeri Kedah Darul Aman ada pula  terdapat mukim Ayer ("Ayaq") Hangat tak jauh dari pekan Kuah di  Pulau LangkawI.

Sesuai dengan lembu baka Kedah-Kelantan, jika kita kachokan Ayer Hangat di Kedah dengan Ayer Dingin di Kelantan  tentu kita beroleh Ayer Suam!

JENG JENG JENG!

Mudah mudahan Ayer Suam lebeh bijak atau cherdek sikit dari lembu lembu2  baka Kedah-Kelantan.

Kah Kah kah

Choba try main play lembu cow young muda! (sila ulang)

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Makan makan makan
Engkau lah agenda harian
Bangsa aku setiap masa
Bukan kerja tugasan amanat
Makan makan makan
Walau asyik makan tidak pernah tamak haloba
Bangsa ku yang suka malas
Malas bukan penyakit
Malas yang diajar pemerintah
Selama sejak merdeka
Dibiar malas memikir, malas otak supaya senang dikawal dan diperbodohkan
Makan makan makan
Masa susah masa senang
Makan keutamaan negara bangsa agama
Tamak tamak tamak
Sehingga membazir merata negata
Makan makan makan
Kah kah kah
Kah kah kah