Ahad, 12 Julai 2020

KHALWAT HARI 117





KHALWAT 117
AHAD 12/7/2020
BERKHALWAT PKPP
MASUK HARI KE 117
INI BERMAKNA
LAGI 15 HARI KE 28 JULAI

PAGI INI KETIKA 
GUA MASUK HOKKIEN
KUALA LUMPUR
REDUP MENDUNG
TANPA CAHAYA
KABUS TEBAL
KERANA HUJAN 
PETANG KELMARIN

OKESTRA UNGGAS
YANG SETIA BERMAIN
MASIH LAGI 
TERKUKUR BALAM MERBOK
PAGI INI 
HOKKIEN
MILIK  MEREKA

KEDENGARAN JANTAN BERLAGU
INI JANTAN DEWASA
TAPI TIDAK SEMERDU
JANTAN KAMPONG
TAK TAHU KENAPA
SUARA JANTAN HUTAN
TIDAK SEMERDU
JANTAN KAMPONG
INI MACAM
BANGLA BANG
TIDAK SEMERDU
MELAYU BANG

KETIKA GUA MENGETIK
TULISAN INI DIRUMAH
HUJAN TURUN KEMBALI
KEDENGARAN JELAS
JATUHAN TITIK AIR
KEATAS DAUAN DAUN
DI SEKELILING BLOK

KITA MULA HIDUP
SETIAP PAGI KITA BANGUN
WAJIB DIKIRA SEBAGAI
 SATU KEHIDUPAN BARU

PEKARA ITU DILIHAT  SUSAH
LALU KITA TAKUT
SEBENARNYA 
KERANA KITA TAKUT
MAKA
 MAKA PERKARA ITU
 DILIHAT SUSAH

KITA SELALU MERASA
TAK CUKUP MASA
NAK BUAT ITU
NAK BUAT INI
TAPI
KITA TAK BUAT APA APA PUN
MEMBUAT TANPA TUJUAN
KITA SELALU KOMPLIN
TAK CUKUP MASA
DAN BELAGAK
MACAM KITA SIBUK GILA
WAL HAL TAKDA PA PA

INTAN BERLIAN
TAK AKAN INDAH CANTIK
JIKA TIDAK DIGANYANG
KITA JUGA SAMA
KALAU HIDUP TIDAK BERMAKNA
JIKA KITA TIDAK DIDUGA
DIGERUDI
DENGAN MASALAH
DAN
CABARAN

KEINDAHAN YANG AMAT INDAH
IALAH MELIHAT
SOSOK SEDANG BERTEMPUR
MENUNDUK MELINTASI
SEMUA RINTANGAN
AMIN

SELAMAT BERKHALWAT



SUSAH
SEJUK MENDUNN

Tiada ulasan: