SALAH GUNA
VETERAN UMNO
UNTUK KU LI
YA AMPOON
KU LI IALAH
CALON TETAP
PRESIDEN UMNO
MERANGKAP
CALON TETAP
PERDANA MENTERI
MALAYSIA
AMIN
Ramai tidak setuju pendaftaran PN, kata Ku Li
KUALA LUMPUR – Veteran UMNO berpendapat cadangan mendaftarkan Perikatan Nasional (PN) sebagai sebuah gabungan parti politik yang sah akan mendapat tentangan ramai pemimpin Barisan Nasional (BN).
Sambil berkata perkara tersebut masih pada peringkat perbincangan, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menambah, ramai yang masih mahu kekal di bawah naungan BN dan menggunakan logo parti berkenaan.
“Pendaftaran PN masih dibincang lagi, tapi nampaknya ramai tidak bersetuju, masih nak guna BN dengan semboyan terkenal, orang dah biasa dengan lambang tu banyak jasa BN,” katanya ketika ditemui di Menara Datuk Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Terdahulu beliau hadir mesyuarat pra-majlis Ahli Parlimen UMNO dan BN sebagai persediaan persidangan Dewan Rakyat yang akan berlangsung esok selepas Perikatan Nasional (PN) menubuhkan kerajaan beberapa bulan yang lalu.
Mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agung BN, Tuan Haji Annuar Musa yang menyatakan bahawa parti itu akan mempertahankan semua kerusi yang pernah ditandingi sebelum ini pada pilihan raya tahun depan, Tengku Razaleigh berkata, ia sememangnya wajar.
Tidak perlu perbincangan malah, ujar beliau, BN berhak mempertahankan semua kerusi milik parti tersebut sebelum ini.
“Memang kerusi kita kita kena bertanding. Dia ( Mohamed Azmin Ali) cakap nak bincang, kita tidaklah bincang sebab memang kerusi kita.
“Tidak bertegas, memang kita cakap kerusi kita, kompromi apa kalau kerusi kita, rumah awak orang nak, awak mahu kompromi?” soal beliau.
Untuk rekod, selepas Annuar menyatakan pendirian mewakili BN berkenaan kerusi, lain pula pendapati Mohamed Azmin Ali.
Beliau berkata, perkara tersebut perlu melalui meja rundingan terlebih dahulu. – MalaysiaGazette
PANDANGAN
KERAS HEBAT
MENENTANG
GABUNGAN PN
DARI KU LI INI
TANDA JELAS
PERSEDIAAN
KU LI
UNTUK DITABAL
SEBAGAI CALON
TETAP
PERDANA MENTERI
MELAWAN
ANWAR IBRAHIM
YANG JUGA KLIM
SEBAGAI
CALON TETAP
PERDANA MENTERI
MALAYSIA
KHALAS
SE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan