Ahad, 12 Julai 2020

TUAN TUAN HAJI MULA BERGADUH



TUAN TUAN

HAJI MULA

GADUH HAL 

SAPA JADI

PERDANA MENTERI

YA AMPOON

BERAPA KALI

NAK TERANGKAN

CALON PM

TELAH WUJUD

AMIN



Cadangan Hadi Awang, Annuar seperti jawatan PM boleh ‘dipajak gadai’, kata MT Umno

Seorang lagi pimpinan Umno turut menyatakan tidak bersetuju dengan cadangan agar Tuan Haji Muhyiddin Yassin menjadi calon perdana menteri bagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Tuan Haji Mohd Puad Zarkashi dalam hantaran menerusi facebooknya berkata, cadangan Presiden Pas Tok Guru Tuan Haji   Abdul Hadi Awang dan Tuan Haji  Annuar Musa itu seolah-olah jawatan Perdana Menteri boleh dipajak gadaikan.

“Umno tidak boleh dijadikan pajak gadai kerana jawatan Perdana Menteri.

“Cukuplah Umno dijadikan pajak gadai oleh mereka yang melompat masuk PPBM kerana mengejar jawatan Menteri, Timbalan Menteri dan peruntukan pembangunan.

“Sebab itu amat pelik apabila Tuan Haji Tok Guru Hadi Awang dan Tuan Haji Anuar Musa mencadangkan supaya Tuan Haji Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri untuk PRU15,” katanya.

Katanya, kemenangan besar di Pilihan Raya Kecil (PRK) Chini adalah “signal” dari rakyat bahawa orang Melayu dan ahli Umno-Pas yang mahu Umno dan Muafakat Nasional (MN) kembali memimpin walaupun lawannya hanya calon Bebas.

“Keahlian parti Umno dan Pas hampir 5 juta orang manakala keahlian parti Bersatu tak sampai 100,000 orang,” bidas beliau.

Katanya, Umno wajar melihat kepada parti besar seperti PKR dan DAP yang telah pajak gadaikan jawatan Perdana Menteri kepada Bersatu, akhirnya mereka yang tergadai.

“Maka jika pemimpin tidak mampu fikir, bagi akar umbi yang fikirkan.

“UMNO kena beringat, konsensus MKT dan pandangan ahli di bawah perlu dihormati,” kata beliau.

Kata bekas anggota Parlimen Batu Pahat itu, keputusan besar seperti memajak gadai jawatan Perdana Menteri kepada Bersatu perlu mendapat persetujuan dari akar umbi.

“Jangan apa yang terjadi kepada Pakatan Harapan terjadi kepada Muafakat Nasional.

“Apatah lagi rakyat masih tertanya-tanya Muhyiddin-Mahathir ini, kawan atau lawan,” tambahnya.

Terdahulu, Setiausaha Bersama Sekretariat MN Tuan Haji Annuar Musa berkata Umno dan Pas secara prinsip bersetuju untuk terus menyokong Muhyiddin sebagai calon perdana menteri bagi menghadapi PRU15.

Menurut Tuan Haji Annuar, keputusan itu telah dibincang dalam satu mesyuarat bersama.


RAKYAT PERLU

DI BERI TAHU

CALON TETAP

PERDANA MENTERI

MALAYSIA

IALAH KU LI

AMIN

PESAING BARU

CALON TETAP

TETAP PM

IALAH 

ANWAR IBRAHIM

AMIN

MUSTAHIL 

TUAN TUAN AJI

TAK SEDAR

TUAN TUAN AJI

TAK PERLU GADUH

SEMUA DAH BERES

AMIN

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sakai, jgn lupa ada high noon esok kat parlimen. kau buat laporan live dari parlimen atau informer kau jer yg bekalkan maklumat esok?

Tanpa Nama berkata...

Semua tikus berebut nak jadi PM, termasuk la PM sekarang ni. Tapi apasal kau tibai abam sorang jer? Nak ikutkan moral, semua tikus takde moral. Pasal pau pun sama, semua tikus kena pau... sama jer. Tikus tikus mmg suka kencing pun, tapi kencing abam jer yg kau nampak. Berlaku adil la sakai. Sakai yg baik adalah sakai yg adil dan daftar mengundi kahkahkah.

Tanpa Nama berkata...

Atuk gila kuasa nk jadi PM semula