WOIT
INI BERITA
ASAL
KAH KAH KAH
Dakwaan liwat:
Lelaki dakwa diperalat buat SD
Individu yang sebelum ini mendakwa seorang pemimpin politik pembangkang terkemuka melakukan liwat terhadap dirinya kini tampil membuat penjelasan.
Menurut individu terbabit, dia telah diperalat dan dipergunakan oleh seorang pemimpin NGO untuk membuat tuduhan tersebut.
Ketika dihubungi Malaysiakini, lelaki terbabit mengesahkan dia membuat laporan polis terhadap presiden Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Malaysia Ramesh Rao Krishnan Naidu dan bloger Raja Petra Kamaruddin.
Berdasarkan laporan polis yang dilihat Malaysiakini, dia mendakwa dipengaruhi untuk membuat akuan bersumpah (SD) berkenaan liwat yang dilaporkan sebelum ini.
Lelaki itu juga mendakwa Ramesh Rao berjanji akan memberikannya habuan atau pampasan atas tindakan tersebut.
Laporan polis dibuat setelah blog Malaysia Today menerbitkan artikel mengenai tuduhan liwat berkenaan.
"Saya telah diperalat dan dipergunakan oleh Datuk Seri Ramesh Rao Krishnan Naidu dengan melakukan penyebaran berita berunsur lucah di media sosaial keatas saya hingga menyebabkan segala maruah saya dan seluruh ahli keluarga saya tercemar dan telah menyebabkan saya diganggu oleh beberapa pihak media sehingga menyebabkan saya terganggu emosi dan tertekan.
"Tujuan laporan ini dibuat adalah untuk mengambil tindakan kepada Dato Sri Ramesh Rao dan Raja Petra yang menyebarkan berita berunsur lucah ke media sosial," menurut laporan yang dikongsikan kepada Malaysiakini.
Tak pernah berjanji
Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan polis mengambil kenyataan pengadu semalam dan akan memanggil Ramesh Rao untuk disoal siasat.
"Siasatan sedang dijalankan," kata Mior kepada Malaysiakini.
Bagaimanapun, Ramesh Rao ketika dihubungi berkata polis telah menghubunginya bagi diambil keterangan esok.
"Saya akan memberikan kerjasama sepenuhnya dan memberitahu perkara yang sebenarnya.
"Saya tidak pernah berjanji atau memberitahu (pengadu) bahawa (menteri) akan membiayai dia," katanya kepada Malaysiakini.
Selain itu, Ramesh Rao juga mengaku meyakinkan lelaki terbabit untuk membuat akuan berkanun berhubung dakwaan liwat terbaru melibatkan seorang ahli politik pembangkang terkemuka itu.
"Ya, saya lakukan, kerana tanpa SD bagaimana untuk membuktikan bahawa dia adalah mangsa?" katanya.
Malaysiakini telah menghubungi pembantu menteri kanan terbabit untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
Dalam SD bertarikh 29 Jun lalu, lelaki terbabit didakwa melakukan hubungan seksual dengan ahli politik berkenaan di beberapa hotel pada 2013 dan diberikan upah sejumlah RM300 setiap kali bersama.
Dia turut mendakwa atas permintaan ahli politik itu, dia juga memperkenalkan seorang kawannya kepada ahli politik berkenaan dan kedua-duanya melakukan hubungan seks.
Terdahulu Malaysiakini melaporkan lelaki itu juga dikatakan telah memfailkan satu laporan polis mendakwa berlaku manipulasi tetapi tidak dapat disahkan.
Malaysiakini juga telah menghubungi ahli politik itu untuk memberi komen mengenai tuduhan tersebut.
MAKIN
BERGOYANG
KAH KAH KAH
SAPA AHLI
POLITIK ITU
SAJE TANYA
JANGAN MARAH
KAH KAH KAH
2 ulasan:
Kahkahkah projek liwat dah gagal. Kahkahkah
Ini cerita bunuh dua burung pakai satu peluru..Ditelan mati mak diluah mati bapak..if u cant beat them join them.. Kalau agak2 nk menipu tapi tak lepas ngaku je cepat²..
Catat Ulasan