Jumaat, 21 Ogos 2020

INI KES APA NI?






KES APA

PULAK NI

AMIN


Bukit Aman akan panggil Ramesh Rao berhubung isu SD liwat

POLIS akan mengambil keterangan Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Ramesh Rao berhubung satu akuan bersumpah (SD) mendakwa seorang pemimpin politik pembangkang terbabit dalam liwat.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.

“Ya, beliau (Ramesh) akan dipanggil … beliau antara saksi yang akan dipanggil (untuk diambil keterangan),” katanya.

Mior Faridalathrash bagaimanapun tidak memaklumkan bila pemimpin badan bukan kerajaan itu akan dipanggil ke Bukit Aman.


Menurutnya kes itu disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana melakukan hubungan luar tabii.

Sebelum ini satu SD mendakwa seorang lelaki mengadakan hubungan luar tabii dengan seorang ahli politik sebanyak empat kali di hotel berbeza di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang pada 2013 tular menerusi media sosial. 

Bagaimanapun, individu yang membuat SD itu membuat laporan polis minggu ini mendakwa Ramesh mempengaruhinya agar membuat tuduhan tersebut. – Bernama, 20 Ogos, 2020.


TAHUN 2020

MASIH LAGI

TAHUN MELIWAT

MALAYSIA KE?

KAH KAH KAH

SAJE TANYA

JANGAN MARAH

AMIN


Tiada ulasan: