Selasa, 11 Ogos 2020

CONTOHI HOT BURGER





SOSOK INI

WAJIB DIJADI

CONTOH IKUTAN

AMIN

BERANI BUAT

VIDEO

AMIN

BERANI LAPOR

AMIN

HADAPI RISIKO

AMIN

BRO......

TEMPAT LAIN

BILA PULAK

NAK BERGERAK

MUSTAHIL TAKDA

AMIN 

SPRM tahan 3 penguatkuasa MBSA, siasat rasuah di Sungai Buloh

AGENSI anti rasuah menahan tiga pegawai penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam kerana dipercayai mengutip dan menerima rasuah bulanan bagi melindungi perniagaan tidak berlesen di sekitar kawasan Sungai Buloh, susulan pendedahan rakaman video yang tular sejak hujung minggu lalu.

Rakaman video itu mendapat perhatian Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador dan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin, yang mengadakan perjumpaan berasingan semalam dengan individu yang mendedahkannya di Facebook.

Ketiga-tiga penguatkuasa itu ditahan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya semasa dipanggil untuk memberi keterangan pukul 9 pagi tadi, kata sumber agensi.

“Tangkapan ini susulan pendedahan dalam klip video yang tular, yang mendakwa  pihak berkuasa gagal memantau dan menguatkuasakan undang-undang, selain dikatakan menerima rasuah daripada penjual rokok seludup dan kedai judi di sekitar Sungai Buloh,” kata sumber.

Dua daripada mereka bertugas di pejabat MBSA cawangan Sungai Buloh manakala seorang bertugas di ibu pejabat di Shah Alam.

“Semua mereka akan direman esok,” kata sumber.

Penjual rokok Acheh juga ditahan

Seorang peniaga rokok seludup warganegara Indonesia dari Acheh, seperti yang disebut dalam rakaman video itu, turut ditahan untuk siasatan, kata sumber.

Lelaki yang berniaga di kawasan itu sejak tahun lepas ditahan di rumahnya di Sungai Buloh malam tadi dan akan diserahkan kepada pihak Imigresen untuk tindakan lanjut, tambahnya.

“Dia dipercayai membayar wang rasuah sebanyak RM300 sebulan kepada penguatkuasa bagi mengelakkan sebarang tindakan,” kata sumber.

Agensi anti rasuah percaya pegawai penguatkuasa yang terlibat menerima rasuah antara RM300 hingga RM3,500 sebulan daripada setiap sebuah premis perniagaan.

Ini termasuk kedai judi, kedai makan tanpa lesen, gerai rokok, dan gerai yang menjalankan perniagaan di kawasan larangan, katanya.

Sumber juga memberitahu ada dalam kalangan penguatkuasa yang terlibat yang jadi pengkhianat membocorkan maklumat berhubung operasi penguatkuasaan yang dirancang oleh pihak berkuasa.

“Ini menyebabkan setiap operasi yang dijalankan gagal dan diketahui awal oleh peniaga-peniaga haram ini,” katanya.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi The Malaysian Insight, mengesahkan tangkapan tersebut.

Beliau tidak menolak wujud kegiatan mengutip rasuah secara bersindiket dalam kalangan anggota penguatkuasa.

“Saya menyeru mana-mana pihak yang ada maklumat lanjut mengenai kegiatan rasuah dalam kalangan penguatkuasa undang-undang untuk tampil untuk berkongsi maklumat.

“Identiti mereka akan dilindungi sepenuhnya,” katanya.

Ahmad Khusairi berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 bagi kesalahan meminta atau menerima suapan. 

Semalam, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador memanggil pemilik perniagaan Hot Burger Malaysia Asri Abdul Hamid atau Asri Janggut ke pejabatnya di Bukit Aman untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai pendedahannya melalui rakaman video yang tular itu.

Beliau sebelum itu berterima kasih secara terbuka kepada Asri kerana mendedahkan maklumat kepada polis  dan menjanjikan tindakan tegas segera, termasuk ke atas pihak berkuasa yang bersekongkol.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Shafa’aton Abu Bakar bagaimanapun dalam satu sidang media pada Ahad berkata satu laporan polis telah dibuat terhadap Asri mendakwa pendedahannya bersifat fitnah dan menjatuhkan wibawa pasukan polis.

Aduan terhadap pengadu itu menyebabkan rakaman video pendedahan Asri semakin tular serta mendapat reaksi dalam kalangan di Parlimen.

Asri juga semalam membawa Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin meninjau lokasi kejadian di Sungai Buloh.

Dalam sidang media kepada wartawan, Hamzah berkata aduan terhadap Asri dibuat kerana beliau membangkitkan dakwaan ada ancaman keselamatan terhadapnya. – 11 Ogos, 2020.


JELAS ADA

SISTEM BAYAR

BULANAN

PARA CUKONG

BAYAR PIHAK

BERKUASA

AKHIRNYA

NEGARA INI

MILIK CUKONG

AMIN

1 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Gwa rasa dah sampai time nye kita ikut cara koboi guna Bounty Hunters utk tangkap mesin judi dan cukong. Tapi masalahnye ..kita lebey teruk dari negiri koboi ..sebab SHERIFF kita di ternak oleh Cukong ..chamnotu?