Selasa, 11 Ogos 2020

MAKIN RAMAI LARI TINGGALKAN BERSATU





SEMUA LARI

TINGGALKAN 

BERSATU 

UNTUK

 DILIHAT COOL


Bersatu Shah Alam pula ditinggalkan

Sebahagian pemimpin Bersatu bahagian Shah Alam bersama akar umbi mereka mengumumkan pelepasan jawatan masing-masing dan keahlian parti.

Keputusan itu diumumkan Timbalan Ketua Bahagian Shah Alam, Md Azlan Shah Md Arhad dalam sidang media hari ini, dengan pengumuman keluar parti oleh sembilan lagi ahli bahagian.

Ekoran itu, beberapa cawangan Bersatu bahagian juga akan dibubarkan.

Azlan berkata, peletakan jawatan ahli pimpinan adalah mengikut perlembagaan selepas mendapati parti sudah tidak berpaksi kepada perjuangan dan matlamat asal penubuhannya iaitu memerangi rasuah, salah guna kuasa dan menolak kleptokrasi.

“Surat peletakan jawatan kami akan dihantar secara rasmi kepada Setiausaha Agung pada hari ini.

“Kami di Shah Alam dalam kapasiti masing-masing akan meneruskan wadah perjuangan  Dr Mahathir Mohamad, serta terus berkhidmat untuk rakyat bersama-sama ahli- ahli akar umbi yang memilih untuk turut sama keluar.

“Kami juga memilih untuk tidak memutuskan sebarang ukhwah atau silaturrahim sesama sahabat kami dan berdoa serta berharap agar pejuangan asal dikembalikan,” katanya.

Antara 10 pimpinan bahagian Shah Alam yang mengumumkan keluar parti termasuklah ahli yang memegang jawatan sebagai Pengerusi Tetap Bahagian; Timbalan Ketua Bahagian; dan Ahli Jawatankuasa Bahagian.

Selain itu, turut melibatkan pimpinan Cawangan Shah Alam antaranya, Ketua Cawangan Shah Alam, ahli Jawatankuasa; Ketua Armada; Ahli Jawatankuasa Armada; Ketua Srikandi; Ahli Jawatankuasa Srikandi; dan ahli akar Umbi Shah Alam.

BERSATU MAKIN

TERBARAI 

AMIN

SEMUA

NAK JADI 

COOL DUDE 

TAK NAK 

JADI POYO

AMIN

Tiada ulasan: