Selasa, 11 Ogos 2020

GADUH JANGAN TAK GADUH







RIBUT TIDAK

UJAN TIDAK

TUP TUP

HAL CALON

APA MAKNANYA

AMIN

PKR Batu Pahat mahu calon PRU15 anak tempatan


JENTERA dan penyokong PKR di Batu Pahat, Johor, yang wakilnya melompat parti pada hujung Februari lalu, mula menyusun gerakan untuk memastikan calon Perikatan Nasional (PN) kalah dalam pilihan raya umum akan datang.

Mereka memberitahu The Malaysian Insight, mahu Pakatan Harapan (PH) meletakkan calon anak tempatan bertanding di Batu Pahat dalam Pilihan Raya Umum ke-15, dan bukannya lagi calon payung terjun yang kemudiannya mengkhianati parti.

Mereka yakin calon anak tempatan tidak akan sanggup mengkhianati pengundi yang memberi mandat, dan dengan itu kemenangan rakyat “tidak akan dicuri.”

“Kita tidak mahu lagi calon import. Kita hendak calon akan datang mesti anak jati Batu Pahat… orang tempatan,” kata Ketua Pemuda PKR Batu Pahat Mohammad Salmin Mohammad.

Beliau memberitahu The Malaysian Insight pendirian itu sudah diputuskan oleh pimpinan akar umbi di Batu Pahat.


MAKANYA

DI BATU PAHAT

ADA BERGUSTI

ADA BERGOMOL

SEDANG BEREBUT

KERUSI

KAH KAH KAH

SEPAK TERAJANG

MULA AWAL

KAH KAH KAH

GADUH JANGAN

TAK GADUH

AMIN

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PKR dah khianat pengundi Batu Pahat, nak rebut kerusi pulak. Kali ni orang Batu Pahat akan undi UMNO. Kat DUN Bandar Penggaram pun, orang Cina akan undi DAP. Langsung tak ada PKR, buat apa gaduh? Baik tinggalkan Anwar, masuk parti lain.

Tanpa Nama berkata...

Makna nyer mat songel tidak mahu dibiliskan, diketepikan, disenyapkan atau bak kata mat saleh irrelevence...mat songel kena tetap jadi relevent andai tidak mahu tenggelam...macam biasa dia mesti naik...apa yang naik tuh kena tanya mat songel!