Ahad, 9 Ogos 2020

GEMPA MELANDA




MADEY BARU

BUKA MULUT

GEMPA MELANDA

AMIN

PARTI INI

BELUM WUJUD

TAPI RAMAI

DAH GOYANG

AMIN

Lagi pemimpin Bersatu letak jawatan, keluar parti


KETUA Bahagian Bersatu Klang Syed Abdillah Syed Abd Aziz hari ini mengumumkan peletakan jawatannya itu dan keluar daripada parti tersebut berkuat kuasa serta-merta.

Turut mengumumkan keluar daripada parti berkenaan adalah 23 ahli jawatankuasa (AJK) Bersatu Bahagian Klang. 

“Kami juga membuat keputusan untuk membubarkan Bersatu Bahagian Klang dengan serta-merta. Seluruh barisan Bersatu Bahagian Klang yang diketuai saya sendiri, secara sebulat suara hilang kepercayaan terhadap kepimpinan peringkat Penaja Bersatu,” katanya dalam sidang media khas pembubaran Bersatu Bahagian Klang.

Syed Abdillah berkata susulan pengumumannya keluar daripada parti itu, sebanyak 10 cawangan Bersatu Bahagian Klang yang melibatkan lebih 2,800 ahli turut terbubar secara automatik.

Katanya, Bersatu Bahagian Klang juga mencapai kesepakatan untuk menyertai parti baharu yang ditubuhkan bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, semalam.

Terdahulu pada sidang media berasingan di Kuala Selangor, Ahli Dewan Undangan Negeri Jeram yang juga Ketua Bahagian Bersatu Kuala Selangor Mohd Shaid Rosli turut mengumumkan keluar daripada parti berkenaan serta-merta dan bergerak sebagai wakil rakyat bebas. – Bernama, 8 Ogos, 2020


INI BUKAN

GEMPA ROSMAH

INI GEMPA 

COOL DUDE

KAAH KAH KAH

1 ulasan:

Unknown berkata...

ini je.. berita menyusul??