Rabu, 2 September 2020

KOBID SERANG PENGANGKUTAN AWAM




KOBID

VIRUS KAPITALIS

SERANG 

PENGANGKUTAN 

AWAM

AMIN


Kajian di China dapati Covid-19 boleh tersebar melalui udara

KAJIAN di China mendapati seorang pesakit Covid-19 menaiki bas dengan pengudaraan terhad boleh menjangkiti lebih 20 penumpang lain walaupun dengan penjarakan sosial walaupun ramai yang tidak duduk dekat, sekali gus membuktikan virus itu boleh merebak melalui udara.

Pihak berkuasa kesihatan pada awalnya menolak kemungkinan hanya dengan bernafas boleh menyebarkan mikro yang menular ke udara, tetapi menarik semula kenyataan apabila para pakar mengumpul banyak bukti.

Artikel yang diterbitkan pada Selasa dalam JAMA Internal Medicine menyiasat ancaman jangkitan melalui udara dengan membuat kajian terhadap penumpang yang melakukan perjalanan selama 50 minit ke acara Buddha di bandar Ningbo di China timur dengan dua bas pada Januari sebelum pelitup muka menjadi rutin bagi mengawal  virus.

Para penyelidik percaya seorang penumpang, yang jantina tidak dikenal pasti, mungkin pesakit kerana mempunyai kontak dengan penumpang dari Wuhan, bandar di mana penularannya muncul pada akhir tahun lalu.

Para saintis berjaya memetakan tempat duduk penumpang lain, dan juga menguji virus tersebut, dengan 23 daripada 68 penumpang kemudiannya disahkan dijangkiti dalam bas yang sama.

Paling jelas ialah ia menjangkiti penumpang di depan dan belakang bas, di luar perimeter 1 hingga 2 meter yang diberitahu oleh pihak berkuasa dan pakar bahawa titisan berjangkit boleh bergerak.

Selain itu, penumpang yang sakit belum menunjukkan gejala penyakit, seperti batuk, ketika rombongan melakukan perjalanan ke acara keagamaan itu.

Para penyelidik juga berkata penyaman udara hanya mengedarkan udara di dalam bas, yang kemungkinan besar menyumbang kepada penyebaran virus.

“Penyelidikan menunjukkan dalam ruang tertutup dengan peredaran udara, SARS-CoV-2 adalah patogen yang sangat mudah ditularkan,” tulis mereka, merujuk pada nama virus tersebut.

“Penemuan kami mengenai potensi penularan melalui udara mempunyai kepentingan kesihatan awam yang penting.”

Kajian mereka yang merangkumi diagram, menunjukkan posisi setiap penumpang dijangkiti duduk, menambah bukti penularan melalui udara, termasuk penyelidikan mengenai bagaimana virus itu tersebar antara meja makan sebuah restoran di bandar selatan China, Guangzhou. – AFP, 2 September, 2020.



NAIK BAS

NAIK KERETAPI 

KAPAL TERBANG

JADI BAHAYA

AMIN

YANG ADA DUIT

BELI KERETA

YANG MISKIN

NAIK BASIKAL

ATAU PILIH 

JALAN KAKI

BAIK UNTUK

KESEHATAN

AMIN

Tiada ulasan: