MUSTAHIL
TAK FAHAM MAKNA KENYATAN POLIS INI
AMIN
Polis tolak permintaan ‘pelik’ Anwar untuk disiasat 2 jam sebelum ke istana
Polis Bukit Aman menolak permintaan “pelik” Presiden PKR Anwar Ibrahim supaya beliau disoal siasat pada hari sama dijadualkan bertemu dengan Yang di Pertuan Agong.
Permintaan itu dilakukan ketika polis menjalankan siasatan selepas enam laporan polis dibuat ahli Parlimen Umno menafikan senarai nama mereka menyokong Anwar untuk menumbangkan kerajaan persekutuan.
Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman berkata pemimpin PKR itu dipanggil untuk diambil keterangan hari ini pada pukul 11 pagi.
“Namun, setiausaha sulitnya memberitahu, Anwar hanya boleh datang pada 13 Oktober, pukul 9.00 pagi,” kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Huzir Mohamed dalam satu kenyataan.
Katanya, pihak polis menangguhkan temu janji mereka dengan Anwar sehingga ke satu tarikh yang akan diumum kelak.
Satu sumber yang mengetahui hal itu berkata, permintaan Anwar untuk bertemu dengan polis dua jam sebelum perkenannya ke Istana Negara adalah “pelik”.
“Ia tentu tidak akan berikan beliau cukup masa untuk memakai baju ke majlis itu, dan dalam masa yang sama akan menyulitkan siasatan pihak polis yang kebiasaannya memerlukan lebih dari beberapa jam,” katanya.
“Namun, setiausaha sulitnya memberitahu, Anwar hanya boleh datang pada 13 Oktober, pukul 9.00 pagi,” kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Huzir Mohamed dalam satu kenyataan.
Minggu lepas, Anwar berkata Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah memperkenan untuk mengadapnya esok, di mana beliau akan memberi perincian mengenai dakwaan mendapat sokongan majoriti “kukuh dan meyakinkan” daripada ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan.
Tiga minggu sebelumnya Anwar mengisytiharkan kerajaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sudah tumbang dan beliau di ambang membentuk kerajaan baru yang kuat.
Sejak itu, terdapat beberapa dakwaan ahli Parlimen Umno melompat ke blok Pakatan Harapan Anwar.
Sekurang-kurangnya 10 ahli Parlimen menafikan mereka akan menyokong Anwar untuk jawatan perdana menteri, termasuk Tengku Adnan Tengku Mansor, Ahmad Maslan, Bung Moktar Radin, Mahdzir Khalid, Idris Jusoh, Tajuddin Abdul Rahman dan Shahidan Kassim.
Ada dalam kalangan mereka turut membuat laporan polis.
Pihak polis memulakan siasatan mengikut Seksyen 505 (b) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
1 ulasan:
TT sudah selow la. Sudah mr yesterday. Sudah bilang semalam akan ada raung raung konspirasi. Sekarang tt baru bilang. Namun,terima kasih.10 tahun membaca belog seram ini minda terasa semakin bebas.punai pun keras.berak lagi lawas. Tiada lagi momok.tiada lagi polong. Terima kasih.
Catat Ulasan