PILIHANRAYA
PREIDEN AMERIKA
Berita makin menular makin merebak. Suasana heboh. Media tak habis habis memberi analisa. Pekara yang dibincangkan : Mazhab kanan dan mazhab kiri di Amerika Sarekat sedang bersedia mengangkat senjata jika calon mereka tewas.
Pilihan raya presiden kali ini dibaca sebagai permulaan revolusi kedua untuk Amerika. Revolusi Amerika pertama 1776 bilamana warga Amerika mengangkat senjata untuk membebaskan diri dari menjadi tanah jajahan Inggeris. Revolusi kedua – November 2020 - kali ini musuh tidak sajelas tahun 1776. Kalau dulu jelas angkat senjata menentang kaum Raja dan kaum feudal di London.
Revolusi kedua Amerika November 2020 adalah dalam bentuk perang saudara antara ‘Amerika kanan dan Amerika kiri.’
DI Amerika pernah terjadi perang sudara dari tahun 1861 hingga 1865. Pergaduhan tentang ajenda hak memiliki hamba abdi, perebuatn ekonomi dan nilai apa sabenaranya budaya dan sistem politik Amerika. Wilayah Selatan Amerika yang mahu terus menggunakan tenaga hamba abdi telah mengakat senjata menentang Washington untuk menubuhkan negara dan kerajaan sendiri.
Kedua dua parti ini klim bahawa parti mereka lebih baik mengendalikan sistem kapitalis. Kedua parti ini klim bahawa mereka lebih berjaya untuk membentuk suasana politik dunia demi perniagaan dan keuntungan kaum pemodal Amerika dan kaum pemodal antarabangsa.
Jika ini yang diklim - apa yang membezakan dua parti ini sahingga para penyokong sedang bersedia untuk mengangkat senjata?
Dari pandangan Marxis dua parti ini tidak ada perbezaan idealoji. Republican dan Democrat hanya berbeza dari sikap. Republican lebih konservatif. Manakala Democrat lebih liberal. Republican menentang gerakan gay, lesbian atau homoseksual. Republican menentang kemasukan pendatang asing. Republican menafikan pemanasan dunia. Republican menentang penguguran bayi. Manakala Democrat menyokong LGBT, simpatii terhadap pelarian perang dan sedar akan bahaya pemanasan dunia. Democrat percaya badan wanita adalah hak wanita bukan milik Gereja.
Jika hanya perbezaan sikap kenapa penyokong sedang bersedia mengangkat senjata.
Untuk memahami politik Amerika 2020 kita wajib kembali melihat apa berlaku pada tahun 2016. Pada tahun 2016 Hillary Clinton dari Democrat menjadi buah hati media. Dalam analisa elite kapitalis, pemilik kilang senjata, pemain saham di Wall Street – adalah cantik tersusun dan indah untuk pandangan dunia apabila Hillary - saornng wanita dinobatka sebagai Presiden.
Kaum pemodal liberal dan mazhab konservatif baru mahu Amerika dilihat sopan. Dari segi perancangan elit politik dan elit ekonomi Hillary amat molek untuk membawa image feminis. Ini sama saperti imej Barack Obama. Sosok hitam, liberal dan tidak menggugat politik dan kestabilan politik dunia.
Walhal dari fakta sejarah dan statistic , Obama lebih banyak meledakkan bom membunuh warga dunia ketiga berbanding jumlah campuran total yang mati dibunuh oleh Bush dua beranak. Justeru kaum pemodal international mahu wakil mereka di Rumah Puteh yang sopan yang beradab. Adalah lebih senang kaum kapitalis menjarah dunia jika Rumah Puteh bersopan.
Semua perancangan menobatkan Hillary gagal apabila Donald Trump masuk dan menduduki Rumah Puteh. Kaum kapitalis Amerika menjadi gelabah, gugup dengan kesampaian Trump. Kini Rumah Puteh diduduki oleh seorang jantan yang kasar, lucah dan kurang sopan.
Saya adalah penyokong Donald Trump yang setia. Saya bukan menyokong garis kanan yang dibawanya. Saya juga tidak menyokong sikap Trump yang kurang sopan.
Saya menyokong Trump kerana jantan ini jujur. Sosok ini bercakap dari rasa hatinya. Inilah dia sabenarnya watak dan sikap kaum kapitalis – kasar rakus gelojoh untuk mendapat kekayaan. Ini watak Trump. Inilah watak kaum pemodal. Inilah perangai orang kaya. Inilah contoh keangkuhan dollar, dinar dari sesiapa yang memiliki kuasa.
Donald Trump tidak berlapik. Dia berkata benar dalam twitter. Untuk saya Trump adalah seorang revolusineer garis kanan. Saya penganut mazhab garis kiri lebih mudah mengenali sosok saperti Trump. Kontradiksi miskin kaya dan hitam puteh bertambah tajam dibawah Trump. Musuh sademkian lebih mudah untuk dikenali kerana ianya tidak menyamar. Tidak memakai ketayap. Tidak menjadi Imam atau tidak berkhutubah. Apa dirasa itu dicakap.
Belum pernah dalam sejarah Amerika seorang Presiden berkata secara terbuka ‘ CNN pembohong…’ . .. …Washington Post dan New York Times akhbar kaki putar… Jangan percaya akhbar ini kerja mereka membuat onar…’
Untuk pertama kali rakyat Amerika disedarkan bahawa selama ini media meniupkan asap ganja untuk mereka berkhayal. Media melalai dan memanaikan fikrah mereka. Terima kaseh Doland Trump yang telah menaikkan semangat kemarahn kaum buruh Amerika. Amin.
Kejujuran Trump ini menggerunkan kaum pemodal. Ini menakutkan elite politik. Kacau bilau berlaku di Washington DC. Topeng kesopaan mereka selama ini ditelah dikoyak rabakkan oleh Trump. Mak Cik Elegan dan Pak Cik Tweed yang minum Earls Grey Tea dengan jari kelengkeng terangkat ketika memegang cawan kini terperanjat besar apabila melihat Presiden mereka minum dari kole. Mereka merasa terganggu. Mereka tergugat oleh wujudiah Trump di Rumah Puteh. Topeng liberal dan topeng sopan mereka selama ini telah ditelanjangi oleh Trump.
Selama ini kaum pemodal telah menjual air jampi kepada kaum buruh, kelas buruh dan kelas bawahan di Amerika. Mereka menggunakan Parti Democrat yang di war war sebagai parti liberal ‘kiri’ untuk kaum buruh, kaum pekerja dan kelas bawahan. Garis politik ini telah dihuru harakan oleh Trump.
Kaum buruh kelas bawahan kulit puteh Amerika amat senang mendengar slogan - Amerika untuk Amerika – Make America Great Again – Amerika First - Orang Luar Keluar - Pendatang Asing Bawa Masalah. Kelas bawahan kulit puteh yang selama ini tanpa suara tetiba terdengar bunyi suara Trump. Inilah bunyi dan nada hati dan cita rasa mereka yang selama ini dihalang dan diserang oleh media liberal saperti Washington Post dan suku sakatnya.
Pada 9 September 2016 Hillary Clinton telah memanggil para penyokong Trump sebagai ‘ a basket of deplorables ‘ - sebakul Pak Lekeh yang bebal. Ini lah pandangan kelas elite Amerika terhadap kelas buruh di Amerika. Justeru mereka berbondong bondong mengundi Trump.
Untuk pertama kalinya Presiden Amerika telah berkata bahawa syarikat Amerika yang membuka kilang di China sabenarnya memperkuat musuh Amerika - China Merah.
Mengikut pandangan Trump syarikat yang membuka kilang di luar negara tidak patriotic. Syarikat jenis ini tidak sayangan Amerika. Trump bukan sahaja beretorik nasionalis tetapi membuktikan kata-katanya dengan mengeluarkan dana berbilion dolar menjemput pulang kilang ini ke Amerika.
Ha ha ha. Slogan nasionalis dan pro rakyat bawahan ini mendapat sambutan hangat dari kaum bawahan kelas buruh kulit puteh Amerika. Merek berbondong bondong menyokong Trump. Mereka inilah yang sedang bersedia untuk angkat senjata jika Trump gagal mempertahankan Rumah Puteh.
Tidak cukup dengan ini Presiden Trump telah memulakan projek mendirikan tembok besar untuk menghalang kemasukan pendatang haram dari negara Amerika Latin dan negara lain. Laluan dari Mexico sering dibolosi oleh pendatang haram. Tembok - jawapan Trump ini disambut hangat oleh pauk kanan yang sentiasa benci kepada pendatang.
Penyokong Trump terunggul ialah NRA – Nationa lRifle Association. Badan Ngo ini amat berpengaruh di Amerika. Mereka pelobi hak untuk warga Amerika ememilki senjata. Tidak ada calon Presiden Amerika yang berani menyerang NRA. Rata-rata ahli NRA dari haluan mazhab kanan. Malah ada diantara pecahan kumpulan ini yang menjadi ektremis rasis kanan yang benci kepada kulit hitam.
Pada tahap ini seratus peratua ahli NRA akan mengundi untuk Trump. Amin
Suasana menjadi tegang apabila Trump mengeluarkan keyatan bahawa udi pos yang sedang dijalankan di Amerika adalah satu penipuan. Trump melihat undi pos ini menyebelahi pihak lawan. Untuk itu Trump telah memotong dana kerajaan untuk mengendalikan sistem undi postal. Ketua Pengarah Pos yang baru dilantik ialah sosok peminat Trump.
Dalam masa yang sama aktivis Republican sedang menyusun dan mengatur ahli ahli mereka untuk memantau tempat membuang undi. Mereka ini terdiri dari bekas tentera dan bekas pasokan keselamatan. Mereka cekap menggunakan senjata.
Jelas penyokong Trump sedang bersedia. Meraka sdnag mengasah parang dan menyimpan makanan. Bagiamana pula dengan penyokong Joe Biden dari Parti Democrat. Tunggu minggu hadapan. (TT)
1 ulasan:
Apo kau besurah pasal amerika lak tt oi..dah kocut la tu esok ari selasa kah kah..dh tekelesup pipit kau tt dh panjang bulu dari batang kah kah kah
Catat Ulasan