Rabu, 28 Oktober 2020

MELAYU HIJAU

 


MELAYU HIJAU


Unknown commented on 

"SEMUA BOCOR MELELEH"


Bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Lt Jen Datuk Sheikh Moksin Sheikh Hassan serta dua lagi pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) didakwa di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini, atas 17 pertuduhan menerima dan meminta suapan daripada sebuah syarikat kontraktor berhubung beberapa projek di Kementerian Pertahanan (Kementah). Sheikh Moksin, 59; Lt Kol Che Ahmad Idris, 54 dan Brig Jen Mohammed Feizol Anuar Ayob, 50, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Datin Sabariah Othman. 



Che Ahmad yang merupakan Ketua Cawangan Peperangan Siber Strategik, Bahagian Staf Perisikan Pertahanan, Kementah ketika kejadian didakwa atas satu pertuduhan meminta suapan RM500,000, satu pertuduhan setuju terima suapan RM500,000 dan tiga pertuduhan menerima suapan RM105,000 daripada Pengarah Urusan Syarikat FEHM Entity Sdn Bhd (FEHM Entity) Elias Jemadi Tajudin sebagai dorongan melantik syarikat tersebut secara rundingan terus bagi perkhidmatan senggaraan untuk bahagiannya di Kementah. 



Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Kompleks Perumahan Tun Osman Jewa, Kementah, di Kuala Lumpur antara September 2019 dan 7 April 2020. Mohammed Feizol Anuar yang merupakan penasihat ketenteraan Menteri Pertahanan semasa kejadian, didakwa atas lima pertuduhan menerima suapan berjumlah RM128,000 daripada Elias Jemadi melalui Pengarah Eksekutif FEHM Entity Hishamuddin Johari dan Pengurus Projek syarikat sama Nurin Nazwa Elias Jemadi sebagai dorongan untuk membantu menyerahkan Surat Niat untuk menjadi rakan strategik dan kontraktor senggaraan bagi peralatan perisikan untuk Bahagian Staf Perisikan Pertahanan di Kementah. Kah kah kah Ini semua cina merah Atau melayu hijau Pencerahan TT Kah kah kah

1 ulasan:

Ricesaffron@gmail.com berkata...

TT semalam gua mimpi,, dalam mimpi gua ada makhluk yg bernama Gin bin Tonic datang memberitahu gua bahawa di dunia ni yang halal telah lama habis yg makruh pun dah habis rastus tahun yg lalu dan yang masih tinggal tak banyak lagi adalah yg haram itu pun kalau lambat sikit atau kita leka akan habis di kebas,, gua heran lalu gua tanya pada Gin Tonic betul ke? Lalu jawap Gin Tonic, cuba lu tengok sendiri kerja kerja manusia sekarang terutama org politik dan sebahagian ulamak adakah mereka semua bekerja mencari yang halal atau berebut rebut mencari yg haram, rasuah, salah guna kuasa jual air liur bersama agama dan penipuan, penjudian, pelacuran menjadi pendapatan harian dan jika di dunia masih banyak yg halal knp mereka semua berebut rebut cari nombo dan cari kuasa untuk menghalal kan syarat2. TT lu tolong jawap betul ke apa yg Gin Tonic jelas kan,,