Rabu, 28 Oktober 2020

MONSIEUR TANG


MONSIEUR TANG

Sebelum musim sejuk tahun 1982 aku telah  menjadi warga Wavre – Wavriens.  Wavre kota kecil daerah   kelas  menengah   Katholik   Wallons yang  menggunakan bahasa dan budaya Perancis.  Bilik  sewa  aku di alamat 25 Chaussee de Bruxelles hanya    5 batu ke  University Leuven la Neuve, 5 minit ke L'Athénée Royal Maurice Carême sekolah bahasa Peranchis, 7 minit ke station kereta api dan 40 minit dengan kereta api ke Brussels. 

Ini rumah kedai pertanian milik Monsieur Etienne.  Kedai menjual tanah gambus, baja, benih dan pokok bunga dan peralatan pertanian. Kedai ini bekas sebuah  banglo tegak  bersendirian tiga tingkat dalam  sebuah kawasan padang rumput lapang di pinggir kota.   Pada hemat aku bunglo ini pasti dalam bekas ladang gandum milik orang kaya satu ketika dulu.

Bilik aku di loteng – atau attick . Tingkap aku bukan memandang ke jalan raya. Bila tingkap dibuka aku nampak langit.  Bila hujan turun tingkap gelas aku menjadi atap. Dalam bilik ada  tilam – kerusi ,  meja tulis dan gas pemanas.  Dapur  yang lengkap diluar bilik. Bilik mandi tingkat satu. 

Berkelana dinegeri  yang kita tidak tahu bahasa satu masalah yang amat besar. Aku ingat lagi hari pertama aku di Wavre. Aku merancang untuk memasak makan malam. Aduh! Dapur gas memerlukan guris api. 

Lalu aku  masuk ke dalam  pekan. Aku tidak tahu sebutan  mancis api  dalam bahasa Peranchis . Lalu aku menuju ke café  berhampiran station  kereta api.  Di tepi pintu café ingatan aku kembali ke minggu pertama aku sampai ke Baghdad. 

Di  Jalan Al-Rasheed  aku masuk  ke restoran mencari  makan tengah hari. Aku cuba mencari gulai telor atau  gulai daging.  Pak Haji Pelayan restoran  bersuara kuat bila melihat aku masuk. Aku  tak faham. Lalu aku tunjuk tangan aku menyuap ke mulut. Kemudian  aku letakan dua tangan aku di celah kangkang  seolah meraba telor aku sendiri. Kemudian aku cubit  tangan aku untuk menandakan  daging. 

Al-hamduliah. Pak Haji Pelayan restoran itu  ketawa dan  menunjukan aku ke periok gulai daging. Dia juga meraba telornya dan berkata ‘la’.  Aku faham gulai telor tak ada bukan kerana  aku tak nampak  Pak Haji Pelayan tapi kerana kepalanya mengeleng-geleng. Amin.

Dalam  café aku  gayakan tangan aku mencalit mancis api kemudian aku letak duit pada tapak tangan aku. Tuan café faham terus memberi aku sepapan mancis api dengan logo cafenya. Dia  tidak mengambil duit dari tapak tangan aku. 

Dari café aku menapak ke Nopri supermarket ditengah pusat bandar. Aku ingin memberi bahan makanan. Ketika ini aku anggap semua pekara sudah beres dan enteng. Dalam supermarket aku tak  perlu tahu bahasa. Mata boleh mengenal – ikan, ayam, tomato, sayur atau ubi ketang.  Tetiba aku teringat aku perlu garam.  Satu masalah besar timbul. Aku tercari cari. Aku mencari garam. Tidak aku temui.

Ake mencarut dalam bahasa Melayu.  Aku mencarut  dalam bahasa Arab. Aku juga mencarut dalam Urdu.  Aku bukan mencarut pada garam. Aku mencarut pada  keadaan aku.

Pada ketika ini aku teringat dan tergambar  Kedai Mak Cik Jarah di Batu Serambai di Ulu Klawang tahun 1958. Cukup senang nak membeli garam. Satu guni garam kasar tersandar di tepi dinding tak jauh dari dua guni beras .  Penyedoknya tempurung kelapa. Ciss. Betapa senangnya hidup dizaman  itu.

Kini di Wavre aku membongkok menyusul ke setiap  rak cuba mencari garam. Dari rak biskut, ke rak jem dan kopi, ke rak bahan mandi hingga ke rak khas untuk perempuan sahaja - aku geledah. Tiga kali kali aku ulangi menyusul dari atas ke  bawah dari kiri  ke kanan  rak. Aku cuba membaca setiap kotak. Aku mati akal. Aku menyumpah lagi. Kali ini dalam bahasa Inggeris.

‘ Excuse me… may I help you..’ Anak muda lelaki Negro berbaju merah menghampiri aku.

‘ I am looking for fucking salt….’

‘ Oh… your fucking salt is  fucking here Monsieur…’ Dia membawa aku ke  rak bahan makanan dalam kotak. Rak ini telah aku geledah awal tadi.

‘ Here monsieur…’ Dia memberikan sekotak bertulis  ‘sel’  berbungkus cantik bukan dalam tempurung. Aku berterima kaseh.

Kemudian anak muda ini menerangkan yang  dia  pelajar university Leuven la Neuve.  Membuat  kerja  ‘part-time’ di Nopri.  Petang itu siswa dari Mali ini telah  mententeramkan  jiwa  aku.

Sesampai ke rumah aku terserempak dengan tuan rumah – Monsieur Etienne . Dia memperkenalkan aku dengan  Monsieur  Tang yang duduk ditingkat pertama. 

Anak muda awal dua puluhan berasal  dari Vietnam. Dia cacat. Kaki kirinya  telah dipotong.  DIa memakai dua tongkat untuk membantu dia berjalan.  Dia bergerak dengan menaiki sebuah motosikal khas beroda tiga. 

‘ Je m’ appelle Isham… saya Isham …’ Kami berjabat tangan untuk berkenanlan. Di Belgium aku membuat keputusan untuk  tidak lagi menggunakan huruf H dalam ejaan nama aku. Ini kerana dalam bahasa Peranchis tidak ada sebutan  H saperti sebutan kita. 


Maka  di Wavre bermulalah sejarah Hisham menjadi Isham. Isham ini hanya salah satu  dari beberapa nama yang aku gunakan ketika dua puluh tahun menyamar dan  berkelana ke sana sini.

Aku perhatikan Monsieur Tang berjalan perlahan lahan. Dia menapak satu anak tangga ke satu anak tangga.   Aku membontoti dari belakang. Dia menoleh dan bersuara.

‘ La guerre… la guerre monsieur Isham…’ Aku tak faham apa yang disuarakan kepada aku. Aku hanya  mengangguk tersenyum.

Petang itu aku masak kari ayam  ubi kentang yang aku pelajari di Karachi. Goreng  sayur kacang buncis dengan tomato. Malam itu  aku  berkenalan dengan Uncle Ben dari Amerika. Di Wavre tidak ada Malinja atau beras Siam.  

Aku bukan pelajar yang baik  dalam mempelajari bahasa  Tapi aku bertekad untuk boleh bertutur dalam bahasa Peranchis.  Jika aku gagal maka pedang aku tidak akan berasah.   

Hidup aku kembali menjadi rutin. Aku merancang selesai sekolah bahasa aku mahu mendaftar masuk  ke  sekolah filem. Tapi aku wajib ada sijil dari pusat bahasa Universiti Leuven la Neuve. Bila  universti mengambil pelajar baru  aku mendaftar masuk ke pusat bahasa. 

Dalam kalender university  tahun itu  jumlah pelajar luar negara dari Malaysia menjadi 1.  Aku seorang.

Setiap ujung minggu aku akan bersadai di café sebelah gereja Saint Jean Baptiste – di tengah kota Wavre. Aku memaksa diri aku bercakap.  Aku telah pandai  memesan sagelas Jupiler atau Stella. Telah tahu mengira duit.   Tapi belum berani mengajak Minah Wavre datang  ke café bercanda-canda.

Aku selalu bertegur sapa dengan Monsieur Tang. Dia pergi ke sekolah khusus di Namur. Setiap hujung minggu Monsieur Tang ada tamu.  Bila aku mula mengenali  rapat Monsieur Tang baru aku tahu bahawa yang datang itu ialah abangnya.  Ayah, ibu dan dua adiknya semua tinggal  di Belgium.

Bahasa Pernchis aku  mula bercambah. Kini aku faham ‘le guerre’ maknanya perang.  Keluaraga Monsieur Tang   adalah warga pelarian  Perang Vietnam – 1955-1975. 

Bila aku ternampak Monsieur Tang aku teringat Pulau Bidong dan Pulau Babi Besar tempat tersadainya sampan dan perahu orang pelarian perang dari Indo-China pada akhir dekad 70’an.


Aku tanya Monsieur Tang apa yang dia belajar. Dia menerangkan dia belajar sama saperti kuliah di university cuma ini khusus untuk warga cacat.  Monsieur Tang dan  keluarga  sama saperti aku  mendapat suaka  dan perlindungan dari kerajaan Belgium. Kami mendapat bantuan keewangan sama saperti bumiputera  Belgium. Justeru aku gunakan  dana  untuk belajar.

Satu hari Monsieur Tang  naik  ke dapur melihat aku memasak.  Dia berkata makanan Vietnam tak jauh beza dari makanan Malaysia. Esoknya aku memasak kari ayam ubi kentang  untuk Monsieur Tang.  Aku hantar  ke biliknya.  

Dua hari kemudian aku pula datang ke bilik Monsieur Tang untuk mengambil periok kosong. Dia amat suka akan kari ayam aku. Dia mencadangkan supaya aku  menjadi tukang masak di Brussels. Aku jawab dengan senyuman.

Kemudian  dia  bertanya bagaimana pembelajaran bahasa Peranchis aku. Aku jawab ‘comme ci comme ca ‘ – macam ini macam itu. Kami pun  sama sama ketawa.  

‘ Monsieur Isham… aku ini mangsa perang. Lihat kaki aku ini. … la geurre.. la geurre…’

Lalu dia berkesah tentang perang Vietnam. Ayahnya pegawai kerajaan. Mereka tinggal di Saigon.  Satu petang kembali dari sekolah bom telah meledak. Dia terkena percikan. Dia pengsan dan dibawa ke hospital. Bila dia sedar kaki kirinya telah di potong.  Ketika itu umurnya 15 tahun.

‘ C’est la geurre … Monsieur Isham…’  Matanya memandang tepat pada  muka aku. Aku tidak ada jawapan.

Kemudian dia ketawa dan berkata …’ c’est la vie’’...  Aku ketawa sama. 

Dia mengalih  perbualan. Dia bertanya apakah aku ada  ‘petite copine’. Ini  lingo anak muda tentang awek. Sambil ketawa aku mengeleng kepala kemudian bertanya ‘ et toi?.. bagaimana dengan kamu…?’

Dia tersenyum gumbira.  Lalu  dia bersurah dua minggu lagi kekasihnya akan sampai ke Paris dari Singapura. 

Monsieur Tang menyambung surah tentang keluarganya. Ayahnya pegawai kerajaan rejim lama dibantu oleh   kerajaan Amerika untuk menguruskan  keluarganya mendapat perlidungan  di Belgium.

‘ Sebelum aku terbang ke Belgium… awek aku ini… telah datang  ke bilik aku.  Dia menyatakan cinta dan janji kasih sayangnya pada aku. Itu kenangan malam terakhir aku di Saigon.  Awek aku  minta aku berjanji setia… bila sampai ke Eropah jangan lupakan  dia yang tinggal di Saigon….’

‘ Bila kau jadi warga Belgium wajib jemput dia datang ke Eropah… inilah permintaan dia… dua minggu lagi dia akan sampai ke Paris.’ Muka Monsieur Tang berseri gumbira.  

‘ Isham… la nuit passait trop vite… malam berjalan pantas… dia menyerahkan seluruh tubuh badannya pada aku .. kami berjanji… aku akan bantu dia datang ke Eropah…’

‘ Le weekend ini aku akan ke Paris….aku tetap setia menunggu …dah tiga tahun lebih …’ Monsieur Tang  tersenyum lebar. Aku menepok bahunnya dan berkata   ‘ bon chance’ – semoga  berjaya. Aku rasa pedangnya akan diasah di Paris. 

Dua kekasih bertemu di Paris. Lalu aku teringat  filem Casablanca  - kesah cinta Rick dan Ilsa  dimainkan oleh Humphrey Bogart dan Ingrid Bergman. Casablanca  juga  berlatarkan perang - Perang Dunia Kedua.

Aku ke university. Aku ke café. Aku ke  pasar. Setiap hari aku menulis surat pada kawan kawan di Malaysia, di Pakistan, di Australia – surat menjadi nafas utama aku.  Aku terlupa kesah cinta kota Paris  Monsieur Tang. Pada hemat aku pastikan  pasti cinta bercambah kembali saperti Rick bertemu Ilsa di Casablanca.

Disatu senja  di permualaan musim bunga Monsieur Tang datang ketika aku di dapur. Dia kelihatan tidak ceria. Aku menuangkan segelas air anggur puteh. Dia menolak.  Aku mencadang sebotol Stella. Dia menolak.

‘ Comment etait Paris?... Bagaimana Paris..? ‘ Aku   bersuara untuk  menceriakan keadaan. 

‘ Paris …Paris n’est pas pour moi… Paris bukan  untuk aku lagi..’ Kata-kata Monsiuer Tang ini menjerut hati aku. Apa telah berlaku.

‘ Ketika di Saigon dulu… dia tak nampak kaki aku yang putus… dia hanya nampak peluang untuk ke Eropah… segala janji… segala kata-kata hanya untuk meyakinkan aku untuk  memberi surat sokongan agar dia boleh datang ke Eropah… aku mengakui bahawa dia saudara aku … agar dia dapat menjadi orang pelarian… di Paris aku dilihat sebagai jantan cacat…’  Suara kecewa Monsieut Tang.

Aduh! Satu lagi cinta gagal.  Cinta sedih. Biasanya  jantan dan betina akan berjumpa dimusim bunga di Paris untuk jatuh cinta. Tapi bukan untuk Monsieur Tang.

Dua minngu kemudian kereta abangnya datang. Kali  ini dia mengambil barang-banrag Monsieur Tang yang   berpindah ke Namur. Kota kecil tempat dia belajar.

‘ A la prochaine… jumpa lagi.. salut..mon ami..’ Kata-kata akhir dari aku kepada Monsieur Tang.    Janji dan berjanji. C’est la vie – inilah   hidup. Amin. (TT)


KESAH INI JUGA MUNCUL DI
https://www.malaysianow.com/





4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sedih doh. Ini blog carut,seram,lucah dan lawak. Cilakak tt, terpancut air mata jantan aku. Cilakak kamu.

capt salai berkata...

Patut la kau x kawen2 tt..tolo kau dh bg kt tok arab..sib baek x bg kt pak sheikh

Si Luncai berkata...

Kisah cinta terlarang seorang pemuda dengan aweknya, terhalang dek keluarga.. Kisah cinta innes si pisau cukur... Kisah cinta lelaki pemburu buret.. Cinta mangsa perang yang ditolak sebab kaki yg cacat.. Semiotik cerita TT ni... Dalam semua kisah semua watak sempat bersenggama... Akhir kalam TT akan cerita kisahnya sendiri kisah cinta yang gagal dalam versinya sendiri.. TT pun sempat memantat jugak cuma kita tak tau sape pasangan mungkinkah orang perancis atau belgium atau azalina osman ataupun siti kassim... Kita sama sama tunggu kesudahannya..

panglimo potaseh berkata...

TT ..corito kau ni tolobih goreng la ..angguiyh. Di Saigon elok na bosumpah sumpit, kek Paris DOBUIH. Dlm golap maso nak ngasah ..pompuan tu ngiro ado duo koteng jo, patut eay tigo ..potong stim boto. Persoalan nyo di Saigon takan pompuan tu tak poghasan yang Tang ado sobijik koteng jo ..kahkahkah.