Rabu, 28 Oktober 2020

TOLAK MUHYIDDIN



TOLAK BUJET

TOLAK MUHYIDIN

AMIN

TOLAK

KERAJAAN PERPADUAN

AMIN

ANGKAT ANWAR  

TUBUH 

KERAJAAN BANDUN

AMIN 


 

Selepas titah Agong, 

puak pro Anwar 

dalam PKR ancam

 tolak belanjawan

Peringatan daripada Agong kepada ahli-ahli Parlimen hujung minggu lalu tentang kepentingan belanjawan bulan depan gagal untuk menghentikan satu puak dalam PKR untuk menyusun kekuatan untuk menolak Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, satu langkah yang boleh menyebabkan pilihan raya mengejut diadakan pada musim pandemik.

Terdapat kebimbangan daripada dalam PKR bahawa sokongan Agong terhadap cara pentadbiran Muhyiddin menguruskan krisis Covid-19, termasuk penolakan jelas Umno dan PAS untuk mengadakan sebarang kerjasama dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim, akan mengukuhkan lagi kedudukan perdana menteri.

Pemimpin peringkat bawah PKR diarahkan untuk meneruskan tekanan terhadap kerajaan, ketika kemarahan dalam kalangan 39 ahli Parlimen mereka selepas Anwar gagal untuk membuktikan beliau mempunyai majoriti untuk menumbangkan kerajaan Muhyiddin.

Walaupun Agong sudah memberi peringatan, ahli Parlimen Subang, Wong Chen, yang merupakan pengikut setia Anwar, menggesa pembangkang tidak berputus asa menjelang pengundian belanjawan bulan hadapan.

“Pengundian belanjawan merupakan satu-satu cara pembangkang untuk menguji legitimasi kerajaan. Disebabkan itu, kita tidak boleh memberikannya secara percuma kepada perdana menteri,” katanya dalam tulisan di media sosial.

“Sebaliknya, kita perlu mempertimbangkan untuk menggunakannya sebagai tawar menawar bagi reformasi diperlukan untuk menyelamatkan demokrasi.”

Beliau memberikan senarai panjang reformasi yang perlu dilakukan kepada kerajaan berusia sembilan bulan – ditubuhkan selepas Pakatan Harapan tumbang ketika Covid-19 baru bermula di Malaysia Februari tahun ini, sebagai pertukaran sokongan belanjawan.

SIAPA BOSS

SEKARANG 

ANWAR KE 

NAJIB

KAH KAH KAH

SAJE TANYA

JANGAN MARAH

AMIN 



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bajet susah mende kalau baik sokong kalau Tak buat apa sokong..

Tanpa Nama berkata...

Gila puak² politik ni dah tak ada ubat hingga titah Agong diketepikan. Gila babi pun tak sampai tahap ni. Politik haram jadah.