Khamis, 15 Oktober 2020

TUAN HAJI TIBAI TUAN HAJI

 


BILA UNDI

NAK DIJALANKAN

KAH KAH KAH

CAKAP CAKAP

TAK GUNA

WAJIB BUAT UNDI 

AMIN


Ku Li ada hak kemuka

 usul di Dewan Rakyat – Annuar

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li mempunyai hak untuk mengemukakan sebarang usul di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun Setiausaha Agong Barisan Nasional (BN), Tuan Haji  Annuar Musa berkata, pada masa sama, Speaker Dewan Rakyat juga mempunyai tanggungjawab untuk melaksanakan tugasnya mengikut peraturan yang ditetapkan.

“Sebagai ahli Parlimen yang agak lama, saya sudah faham benar,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai sepucuk surat Ku Li yang mahu usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tuan Haji  Muhyiddin Yassin dibahaskan di Dewan Rakyat.

Ditanya mengenai dakwaan kewujudan kem yang menyokong Ku Li di dalam UMNO untuk diangkat sebagai Perdana Menteri, Annuar memilih untuk mengunci mulut.

“Saya tak ada (komen) untuk ulas mengenai apa- apa spekulasi,” katanya.

Menurutnya, semua pihak sepatutnya memberi tumpuan kepada rakyat.

Dalam perkembangan sama Annuar berpendapat, tiada keseimbangan antara rakyat dan politik.

Katanya, rasa tidak puas hati akan datang sepanjang masa tetapi ia bukanlah alasan untuk bergaduh.

“Rakyat menjadi susah, pasaran saham merudum, bilangan pelabur luar akan kurang sekiranya kita ambil pendekatan sebegitu,” katanya.

Semalam, tular sepucuk surat, Ku Li mendakwa dua usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin ditolak sebanyak dua kali untuk dibahaskan.

Pendedahan itu dibuat sehari selepas Ku Li dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Pertemuan itu diadakan selepas Presiden PKR, Tuan Haji Anwar Ibrahim mempersembahkan bukti yang didakwa memberi sokongan terhadapnya. – MalaysiaGazette


ANWAR PUN

KLIM DIA ADA

SOKONGAN

KAH KAH KAH

HANYA BOLEH

SELESAI DALAM

PARLIMEN

AMIN

SENANG SAJE

BUAT UNDI

KHALAS


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dah Tak Ada sifat manusiawi dah Ahli Politik Melayu.. dok berebut nakkan kuasa, yang Ada kuasa sibuk nak pertahankan kuasa.. agaknya bila tanah kubor masuk dalam mulut baru berenti.. rakyat dah menyampah dengan kamu semua

panglimo potaseh berkata...

Negara Kapir Laknat Korea ..hanya sebab feri karam, PM nye letak jawatan. Di Tanah Melayu beberapa ekor ahlul politik yang kaya raya, tua ganyut, sakit mental, berpuloh kes mahkamah, x-banduan, bakal masuk jel, homosek sedang BERGASAK merebut jawatan PM ..mereka semua Islam Syumul ..