Khamis, 15 Oktober 2020

UMNO TIBAI UMNO



BERITA BAIK

UMNO TIBAI UMNO

BAIK UNTUK

RAKYAT

BAIAK UNTUK NEGARA

AMIN

Umno mahu PM 

gugur 4 menteri, 

lapor media


UMNO mahu Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menggugurkan beberapa pemimpinnya dari Kabinet yang tidak mempunyai jawatan utama dalam parti, lapor Suara TV.

Laporan itu yang memetik sumber berkata ini adalah sebahagian daripada beberapa permintaan yang dibuat oleh Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan dan bendahari BN Tengku Adnan Tengku Mansor dalam satu sidang maya semalam. 

Saluran berita itu mendakwa Biro Politik Umno mahu semua pelantikan Kabinet dalam kerajaan Muhyiddin mengambil kira hirarki dalam parti.

“Muhyiddin agak kecewa dengan permintaan tersebut dan masih menilai pilihan-pilihan yang ada dalam memastikan pentadbiran beliau kekal stabil sehingga pertengahan tahun depan,” kata sumber terbabit. 

Biro Politik Umno yang bersidang pada malam Selasa berkata pihaknya akan mempertimbangkan untuk menarik diri dari menyokong Perikatan Nasional kecuali permintaan mereka dipenuhi.

Umno merasakan mereka diketepikan dan diganggu oleh parti Bersatu yang lebih kecil serta mahu peranan yang lebih besar dan berpengaruh dalam kerajaan. 

Buat masa ini seramai empat menteri Umno di Kabinet Muhyiddin tidak memegang jawatan dalam parti.

Mereka adalah Hishammuddin Hussein (Menteri Luar Negeri), Khairy Jamaluddin (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi), Halimah Mohamed Sadique (Menteri Perpaduan Nasional) dan Dr Adham Baba (Menteri Kesihatan).

Sumber itu bagaimanapun enggan menyenaraikan permintaan lain yang dibuat oleh Umno. 

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dipetik berkata bahawa syarat baharu untuk menyokong kerajaan PN tidak termasuk perbicaraan rasuah yang melibatkan pemimpinnya.

Pemimpin Umno yang berdepan tuduhan rasuah termasuk Zahid, bekas perdana menteri dan Ahli Parlimen Pekan Najib Razak, Ahli Parlimen Putrajaya Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Rahim. – 15 Oktober, 2020.

DIBUANG

SAPA AKAN GANTI?

KAH KAH KAH

UMNO CDANG

NAJIB ZAHID

KU FRAUD 

DAN AZEEZ

KAH KAH KAH



Tiada ulasan: