Isnin, 7 Disember 2020

NEGERI SEMBILAN AMAT BAHAYA





 AWAS


NEGERI 9

ZONE MERAH

TAPI MAJORITI

DALAM PENJARA

AMIN

POTENSI MEREBAK

KELUAR AMAT

CEPAT

AMIN 


1,600 kes Covid-19 hari ini, sepertiga dari Negeri Sembilan

SATU per tiga daripada 1,600 kes baharu Covid-19 hari ini adalah dari peningkatan jangkitan di kluster penjara Bakti, Negeri Sembilan.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 500 daripada 541 kes di negeri itu datang dari kluster penjara tersebut.

Dua lagi negeri yang mempunyai kes tinggi adalah Selangor dan Sabah iaitu masing-masing sebanyak 426 dan 248 kes.

Secara keseluruhan, kluster penjara dan pusat tahanan merekodkan 548 kes daripada keseluruhan kes yang dilaporkan hari ini.

Hari ini kes Covid-19 negara melonjak naik kepada 74,294 sementara kes aktif sebanyak 11,604.

Daripada itu, hanya tiga kes import dilaporkan.

Dua kematian dilaporkan di Sabah, menjadikan jumlah kematian setakat ini kepada 384. Mangsa itu adalah wanita berusia 76 tahun dan lelaki berusia 59 tahun yang mempunyai masalah kesihatan lain seperti darah tinggi.

Menurut Dr Noor Hisham, 1,033 orang telah di discaj daripada hospital dalam tempoh 24 jam selepas pulih dari jangkitan Covid-19.

Dengan ini jumlah keseluruhan kes sembuh adalah 62,306 kes.

Pihak kementerian kesihatan turut menemui dua lagi kluster baharu.

Sementara itu, 129 pesakit dimasukkan ke dalam wad dan berada dalam unit jagaan rapi, yang mana 57 daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan. – 7 Disember, 2020.


HATI

HATI

KITA 

JAGA 

KITA

Tiada ulasan: