Isnin, 7 Disember 2020

SOKONG TAPI TAK SAMPAI MATI



GUA SOKONG

TAPI GUA

TAK SOKONG

HUKUMAN MATI

AMIN

BUKTIKAN SALAH

MASUKAN KE DALAM

PENJARA

AMIN

JATUHKAN 

700 TAHUN PENJARA

AMIN

BILA DIA MERAYU

KURANG 153 TAHUN

4 BULAN 15 HARI

KHALAS

INI HUKUMAN

LEBIH ADIL

AMIN 


Seleweng bantuan 

Covid-19 boleh 

dihukum mati,

' kata agensi 

anti rasuah Indonesia

MENTERI Sosial Indonesia Juliari Batubara boleh dikenakan hukuman mati atas tuduhan rasuah yang akan didakwa ke atasnya kerana menerima suapan lebih kurang RM4.9 juta melibatkan peruntukan bantuan rakyat terjejas Covid-19, lapor media di republik.

Ketua agensi anti rasuah (KPK) Indonesia Firli Bahuri berkata pihaknya sedia menuntut hukuman mati ke atas Juliari dan empat yang lain kerana jenayah rasuah itu dibuat ketika republik berhadapan bencana wabak.

Jelas beliau, siasatan pihaknya akan turut meneliti sejauh mana perbuatan rasuah di tengah pandemik Covid-19 itu merugikan kewangan negara, yang mengikut undang-undang anti rasuah Indonesia boleh dikenakan hukuman mati.

“Di bawah (undang-undang) memang ada ancaman hukuman mati. Kita faham juga pandemik Covid-19 ini dinyatakan oleh pemerintah bahawa ini adalah bencana bukan alam nasional.

“Kita tidak akan berhenti sampai di sini apa yang kita lakukan,” katanya, seperti dipetik media di Indonesia.

KPK sebelum ini memberi amaran memantau urusan bantuan untuk rakyat terkait Covid-19, termasuk yang disalurkan melalui Kementerian Sosial.

“KPK sudah mengesan sejak awal, dan betul ada,” kata Firli.

Siasatan awal KPK mendapati Juliari menerima suapan daripada peruntukan untuk bantuan rakyat. Suapan daripada dua syarikat pembekal itu diuruskan oleh dua pegawai kementerian. Keempat-empat mereka turut ditetapkan sebagai suspek.

Juliari menyerah diri kepada KPK pada awal pagi Sabtu.

Juliari, 48, adalah menteri kedua dalam Kabinet Presiden Joko Widodo yang dinamakan sebagai suspek jenayah rasuah dalam masa tidak sampai dua minggu melibatkan dua kes yang berbeza.

Pada 25 November lalu, KPK menahan bekas Menteri Kelautan dan Perikanan Edhy Prabowo atas dakwaan terlibat menerima rasuah berhubung kontrak eksport benih udang kara yang diagih-agihkan kepada syarikat yang didalangi pemimpin politik. 

Dalam reaksinya, Jokowi menegaskan bantuan sosial di tengah pandemik adalah wang rakyat.

“Itu wang rakyat. Apalagi ini terkait dengan bantuan sosial dalam rangka menangani Covid-19 dan pemulihan ekonomi nasional. Bantuan itu sangat diperlukan oleh rakyat,” katanya semalam.

Media melaporkan Jokowi akan melantik Menteri Koordinator Pembangunan Manusia dan Kebudayaan Muhadjir Effendy untuk menjalankan tugas sebagai menteri sosial. – 7 Disember, 2020.

JADIKAN

SOSOK SOSOK

INI SEBAGAI

CONTOH

AMIN 

JADIKAN 

KES MEREKA

 SEBAGAI 

KES RUJUKAN UNTUK RASUAH DALAM 

NEGARA ASEAN

AMIN




2 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Bilo duit dah ado dalam tangan ..kito solitkan duo tigo olai dalam coli bini ..itu rezeki ..rezeki datang dgn banyak cara. Lu tingok Bossku punye rizki ..Bik Mama barang komeh 5 lori ..tu somuo rizki ..kato TaT, rizki tak salah alamat ..kahkahkah.

Tanpa Nama berkata...

Sonang je yeop, kurung dalam bilik kaca bersama beberapa orang mayat yang meninggal mangsa COVID-19 positive. Biar rakyat tonton dari luar. Kalau tak mati juga baru gantung di khalayak rami.