Peguam Rosmah tidak panggil Najib jadi saksi
MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bekas perdana menteri Najib Razak tidak akan memberi keterangan sebagai saksi ketiga dalam perbicaraan kes rasuah isterinya Rosmah Mansor membabitkan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion.
Peguam Jagjit Singh yang mengetuai pasukan peguam memberitahu mahkamah mereka membuat keputusan untuk tidak memanggil Najib sebagai saksi kerana keterangannya bersifat “menyokong”.
“Hari ini pihak pembela dijadualkan memanggil saksi ketiga Najib.
“Selepas sesi perbincangan pada Sabtu dan lewat semalam, kami membuat keputusan untuk tidak memanggil Najib sebagai saksi ketiga kerana kami percaya keterangannya yang akan menyokong.
“Kami menyusun semula strategi kami dan memutuskan untuk tidak memanggil Najib,” kata Jagjit. – 10 Januari, 2022.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan