Isnin, 10 Januari 2022

PENCURI JADI HAKIM KES CURI

 


SPRM tidak boleh siasat orangnya sendiri, kata Gerak Independent

MEMBENARKAN Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan salah laku yang membabitkan ketua pesuruhjayanya Azam Baki adalah satu penipuan keadilan, kata Gerak Independent.

Dalam satu kenyataan, kumpulan itu memetik kenyataan daripada tiga timbalan Azam yang mengisytiharkan sokongan mereka kepada bos mereka sebagai jelas menunjukkan “pegawai utama SPRM tidak boleh dilihat sebagai penyiasat yang tidak berat sebelah”.

Mereka berhujah, dengan membiarkan SPRM menyiasat pegawainya sendiri, ia akan melanggar prinsip keadilan “nemo judex in causa sua” (tiada seorang pun harus menjadi hakim dalam perkara melibatkan mereka sendiri).

“SPRM mempunyai kepentingan sendiri berdasarkan fakta bahawa ia akan menyiasat ketua pesuruhjayanya sendiri.”

“Kenyataan daripada ketiga-tiga timbalan pesuruhjaya SPRM yang menolak dakwaan terhadap, tanpa menyatakan fakta atau bukti sebarang siasatan dilakukan, adalah jelas bahawa pegawai utama SPRM tidak boleh dilihat sebagai penyiasat yang tidak berat sebelah,” kata Gerak Independent.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini memberitahu media bahawa beberapa pihak sedang menyiasat perkara itu termasuk SPRM sendiri.

Sebaliknya, Gerak Independent berkata Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) sepatutnya menjadi badan bebas utama yang meneliti perkara ini sambil menambah bahawa ahli Parlimen dalam jawatankuasa itu perlu mengambil peranan yang lebih tegas.

“Malah, semua ahli Parlimen harus mengambil peranan yang lebih tegas dan aktif untuk mempertahankan integriti Parlimen, sebagaimana mereka bersumpah untuk melakukannya.”

Gerak Independent berkata walaupun Suruhanjaya Sekuriti adalah badan yang sesuai untuk menyiasat dakwaan kesalahan di bawah Akta Perindustrian Sekuriti, tidak boleh ada pengaruh yang dibawa ke atas suruhanjaya itu.

“Keadilan bukan sahaja perlu dilakukan, tetapi ia mesti dilihat dilaksanakan. Perlu ada badan bebas yang tidak berat sebelah untuk menyiasat isu yang amat penting ini.

“Prosiding mesti telus. Penemuannya mesti dilaporkan kepada Parlimen dan bukan sahaja reputasi SPRM dipertaruhkan tetapi juga sistem tadbir urus kehakiman yang berharga dan kedaulatan undang-undang,” tegasnya. – 10 Januari, 2022.

INI KES UNIK

KAH KAH KAH

PENCURI JADI

HAKIM KES

DIA SENDIRI

MENCURI

KAH KAH KAH

INI HANYA BERLAKU

DALAM NEGARA

ISLAM

KAH KAH KAH

LEPAS INI GI

CIUM BATU ITAM

KAH KAH  KAH

Tiada ulasan: