Selasa, 24 Mei 2022

EZAM MAT BAKI APA CERITA ?

 


Imej SPRM tercalar selepas ahli politik dilantik pesuruhjaya, kata bekas hakim

SEORANG bekas hakim kanan berkata melantik ahli politik aktif sebagai pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mencalarkan imejnya.

Bekas ketua hakim negara Mohamed Raus Sharif berkata peristiwa tertentu dalam tempoh empat tahun lepas telah mempersoalkan kebebasan dan kesaksamaan suruhanjaya itu.

“Ia bermula dengan pelantikan ahli politik aktif sebagai ketua pesuruhjaya SPRM,” katanya.

“Kebebasan, kesaksamaan dan integriti SPRM harus sentiasa dipertahankan dan dipelihara. Dan pegawai SPRM mesti menjalankan tugas mereka tanpa rasa takut. Paling penting, bebas campur tangan politik,” katanya dalam ucapan di Forum Pencegahan Rasuah Malaysia 2022 hari ini.

Walaupun beliau tidak menamakan mana-mana ahli politik, dipercayai merujuk kepada pelantikan Latheefa Koya sebagai pesuruhjaya SPRM oleh bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad pada 2019.

Walaupun pemimpin PKR itu meninggalkan jawatankuasa eksekutif pusat parti itu, pelantikannya menimbulkan keraguan mengenai siasatan dan pendakwaan terpilih daripada pembangkang.

Beliau memegang jawatan itu selama sembilan bulan sebelum berhenti berikutan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan berikutan Langkah Sheraton yang menyaksikan Perikatan Nasional mengambil alih kuasa persekutuan.

Raus berkata ia tidak menghairankan SPRM menerima pelbagai kritikan selepas pelantikan itu.

“Tidak menghairankan, terdapat dakwaan penyiasatan terpilih, pendakwaan terpilih.

“Terdapat juga dakwaan penarikan balik pertuduhan yang tidak wajar. Selain itu, isu integriti beberapa pegawai SPRM mula timbul,” beliau dipetik sebagai berkata.

“Nasib baik, tempoh jawatan ketua SPRM, ketua pesuruhjaya SPRM itu tidak bertahan lama,” katanya.

Latheefa digantikan oleh Azam Baki sebagai ketua pesuruhjaya SPRM.

Raus berkata kini terpulang kepada Azam Baki untuk mengembalikan kepercayaan orang ramai terhadap agensi itu, yang tidak akan berlaku dalam sekelip mata.– 24 Mei, 2022

AZAM BAKI

APA CERITA ?

AMIN

BILA MAMAT NI

NAK SEDEKAH

IKAN KEMBUNG 

KAH KAH KAH

RAMAI  TAK 

TAHU PERKATAAN

SEDEKAH 

DAN KOSSEP 

SEDEKAH

DATANG DARI

 BAHASA

YAHUDI

 AMIN

MACAM SHALOM

JADI SALAM

KAH KAH KAH

Tiada ulasan: