Sabtu, 21 Januari 2023

HADI KATA SEDEKAH BUKAN RASUAH


Sedekah tidak langgar peraturan pilihan raya, kata Hadi

PEMBERIAN wang tunai sewaktu kempen pilihan raya tidak menyalahi peraturan kerana ia hanyalah sedekah kepada pengundi oleh orang awam, kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Beliau juga menyifatkan tindakan Umno memfailkan petisyen berhubung sogokan didakwa berlaku sewaktu kempen pilihan raya di Terengganu itu sebagai perang saraf.

“Itu gerak saraf… Ikut undang-undang pilihan raya, calon atau wakil calon tak boleh bagi, orang awam nak bagi sedekah terpulang kepada dia,” kata Abdul Hadi.

Peraturan sedia ada hanya melarang calon yang bertanding atau wakil calon memberikan wang tunai kepada pengundi, katanya kepada pemberita di Negeri Sembilan pagi ini.

Pemimpin Umno memfailkan petisyen pilihan raya ke atas tiga kerusi Parlimen di negeri itu kerana mendakwa PAS menyogok pengundi melalui agihan wang tunai tersebut sewaktu kempen PRU15.

Agihan wang melalui program i-Pencen, i-Belia dan i-Siswa itu didakwa dilakukan kerajaan negeri bermula 15 hingga 17 November 2022, beberapa hari sebelum PRU15.

Petisyen difailkan Umno Terengganu pada 3 Januari itu untuk membatalkan keputusan PRU15 bagi kawasan Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman.

Petisyen yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu itu mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, menurut Pengerusi Umno Terengganu.

Ahmad yang mewakili BN pada PRU15 lalu tewas di kerusi Kemaman kepada calon PAS Che Alias Hamid yang menang dengan majoriti lebih 27,000 undi.

Abdul Hadi Awang pula terus mengekalkan kemenangan di Marang dengan majoriti lebih 41,700 undi, menewaskan tiga calon lain.

Kerusi Kuala Terengganu kekal disandang calon PAS Amzad Hashim yang memperoleh majoriti lebih 40,900 undi menewaskan tiga calon lain.

Abdul Hadi bercakap kepada pemberita selepas majlis Semarak Gelombang Rakyat bersama Perikatan Nasional, di Kuala Pilah pagi ini. – 21 Januari, 2023.


WOIT

PELACUR

BERSEDEKAH

BUKAN BERI

RASUAH

KAH KAH KAH

PELACUR

KANG KANG

PDERCUMA

INI SEDEKAH

KAH KAH KAH

ISLAM  KATA

TAKDA RASUAH

SEMUA REZEKI

KAH KAH KAH

SEMUA

BAKSHEEEH

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: